Pages

Friday, May 1, 2009

TV oh TV!!!


Lepas satu satu button remote ku tekan...mencari2 channel yang menarik untuk ditonton...tapi hampa...walaupun ada berpuluh channel yang ditawarkan oleh khidmat satelit berbayar ni tapi satu pun tidak menarik perhatianku bahkan memualkan...
mana tidaknyer...petik satu channel...menampilkan drama remaja2 yang bebas berpasangan...dialihkan channel lain...remaja2 sibuk berpraktis menyanyi..channel lain...anak2 kecil pula menyanyi...channel lain lagi..drama omputih yang ada aksi2 separa 18sx...last2 button channel berhenti di channel disneyplayhouse...baik menonton channel ni dengan si kecil..tak menyakitkan hati dan mata...
ehm...rancangan2 televisyen ni..sama ada kita sedar ataupun tidak...terlalu banyak memaparkan segmen hiburan yang tidak dapat tidak kita mesti akur bahawa ianya melalaikan kita...di mana golongan remaja terutamanya sanggup berlepak berjam2 menghabiskan masa dan ada juga menghabiskan wang semata2 menjayakan rancangan akademi fantasia...mari berdansa dll lagi segmen rancangan realiti...bayangkan betapa kita menonton tv berjam2 tak terasa masa berlalu...tapi berada 10 mint di atas sejadah dah terasa punggung berkematu...aduh!!! asyiknya dugaan dunia!!
Justeru mengenangkan betapa banyaknya rncgan2 begini yang mementingkan hiburan semata2 hati berasa marah dan sedih...memikirkan kesan dan impaknya kepada anak2 kita..bayangkan betapa anak2 kita disogokkan dengan hiburan sebegini yang pasti akan mencambahkan benih2 minat dan suka kepada segala bentuk hiburan...aspek positifnya amat sedikit yang dihidangkan kepada anak2 kita...yang banyak adalah puing2 kelalaian dan kelekaan
setuju ataupun tidak rancangan2 televisyen di Malaysia ini amat sedikit menghidangkan rancangan2 yang menambahkan ilmu..boleh dikatakan hanya 20% sahaja rancangan ilmu disiarkan itupun semata2 kerana ada astro Oasis, discovery dan satu dua lagi channel yang lain...namun malangnya channel ini amat tidak popular dikalangan anak2 dan para remaja kita..
aduh...Susahnya hati...ada tv susah x de tv pun susah jugak...tapi..bila difikirkan2 lagi bagus juga bila x de tv ni...tapi...x sampai hati!!!

Kecemerlangan tidak terhenti di dunia...kesinambungannya di akhirat sana


.

No comments:

Post a Comment