Pages

Saturday, May 9, 2009

Tips Keluarga Bahagia!!!


Bagaimana untuk menjadikan perkahwinan kita sentiasa dilimpahi keredhaan Allah?...agar
Semakin lama usia pernikahan akan semakin terasa sakinah mawaddah wa rahmah...tipsnya mudah tapi terpulang pada kita sama ada mahu percaya @tidak...nak ikut@abaikan...tepuk dada tanyalah iman!!!

Pertama adalah rumahtangga yang selalu berfikir keras bagaimana keyakinan kepada Allah terus meningkat.Makin akrab dan kenal dengan Allah pasti akan memberi kesan positif dalam diri kita. Setiap hari dalam hidup kita seharusnya difikirkan bagaimana kita dekat dengan Allah. Kalau Allah sudah mencintai mahluk segala urusan akan beres.
Oleh itu, apa pun yang ada dirumah harus menjadi asbab kepada kita untuk mendekatkan diri kepada Allah. Beli barang apa pun harus yang disukai Allah. Supaya rumah kita menjadi rumah yang disukai Allah. Boleh memiliki barang yang bagus tetapi mestilah tanpa diwarnai dengan takabur. Bukan perkara mahal atau murah, bagus atau tidak... tetapi apakah nanti mampu dipertanggungjawabkan disisi Allah atau tidak.ini kerana apa Allah mengetahui setiap yang kita fikirkan.justeru, semua yang bermula dalam rumahtangga kita mestilah Lillahitaala.

Yakinlah bahawa jika hubungan kita dengan Allah bagus semua perkara akan beres. Barangsiapa yang dekat dengan Allah, akan diberi jalan keluar setiap urusannya. Dan dijamin dengan rezeki dari tempat yang tidak diduga-duga. Dan barang siapa hatinya yakin Allah yang punya segalanya, akan dicukupkan segala keperluannya. Jadi bukan dunia ini yang menjadi masalah tetapi hubungan kita dengan Allah-lah masalahnya.


Kedua adalah rumahtangga yang paling produktif dalam kebaikan. Wang paling berkah adalah wang yang paling tinggi produktivitinya. Kaya boleh asal produktif. Boleh mempunyai rumah banyak asal diniatkan agar berkah demi Allah itu akan beruntung. Kerana itu, teruslah mencari wang. Bukan untuk memperkaya diri semata-mata tetapi bersedia pula untuk mengagihkannya untuk insan yang memerlukan. Sedekah itu tidak akan mengurangi harta kita kecuali bertambah. Jadi jangan fikirkan balasan yang kita akan dapat?(tu dah x ikhlas namanye)... Tapi apa yang boleh dan telah kita perbuat? Orang beruntung setiap waktu fikirannya produktif mengenai kebaikan. Selagi hidup, lakukan yang terbaik, sesudah mati kita tidak ada upaya sedangkan amal jariah ketika hidup itulah antara bekalan yang paling penting ketika 'disana'. jadi jangan kedekut dan ajar2lah diri kita ini agar murah hati...InsyaAllah kita akan murah rezeki..

Ketiga adalah rumahtangga yang dihiasi saling nasihat menasihati dalam kebenaran dan kesabaran. Kata-kata terbaik yang kita katakan adalah meminta pandangan dan nasihat. Ayah meminta nasihat anak atau isteri, niscaya tidak akan kehilangan wibawa.. Dan kita tidak mampu menjadi penasihat yang baik sebelum kita menjadi orang yang boleh dinasihati dan kita tidak akan mampu memberi nasihat jika kita tidak boleh menerima nasihat. Nikmatilah nasihat sebagai rezeki dan bukti kejayaan hidup. Sayang....hidup hanya sekali dan sebentar, namun malang kita sering tertipu dengan diri sendiri kerana melayan nafsu dan dunia. Fikirkan sekarang, jangan bertangguh dalam merubah diri dan keluarga untuk hampir kepada Allah.

Kecemerlangan tidak terhenti di dunia...kesinambungannya di akhirat sana

.

No comments:

Post a Comment