Pages

Tuesday, September 15, 2015

Hati yang tenang


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

I'm back..........

 

Huhuhuuuu...jenuh mencari2 kembali laman ni dalam keadaan jerebu yang teruk ini..ingatkan IPU di luar je yang dah teruk...rupanya IPU laman ni lagi teruk jerebunya...hampir2 dah lupa kewujudan laman ni..mak aihh sawangnya usah nak katalah..nampaknya kena buat double spring cleans..:)

 

Rindu sebenarnya nak meluah dan berkongsi rasa..namun tak tahu sibuk apa...asyik xsempat je..huu..malu pada mereka yang sangat bijak mengurus masa...24/7..masa yang sama kita ada..tp hakikatnya..pengurusan masa kita sangatlah berbeza..kita yang menentukan manfaatnya masa kita atau tidak...antara test yang allah sentiasa beri pada kita...pengurusan masa..tak tahulah pencapaian CGPA kita dalam subjek ni..kena tunggu pengumuman di padang mahsyar kelaklah nak tahu sama ada kita berjaya atau tidak dalam ujian ni..huuu..Allahu rabbi... 

 

2014..tak banyak entri yang dibuat.... tahun yang penuh ujian..cabaran dan banyak menuntut pengorbanan dan mujahadah hati..bimbang jika menulis akan lebih ketara ketidaksatabilan emosi..menonjolkan ketidakmatangan diri yang tidak elok untuk diteladani..so..2014..biarkan ianya tersisip kemas dalam ingatan..buat pedoman dan peringatan...

 

Namun 2014 juga mencatatkan kemanisan dalam diari hidup..alhamdulillah allah beri rezeki berpindah ke rumah yang lebih selesa..itupun juga selepas pelbagai ujian dan dugaan dan lebih terubat apabila tesis yang diusahakan setelah pelbagai kekangan akhirnya dapat diselesaikan dan berjaya melepasi viva dengan izinNYA juga. Benarlah Firman Allah SWT:

 

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

 

Inilah antara kalam Illahi yang kadangkala kita tidak peduli..yang mungkin kita tdiak cuba untuk fahami..lalu membawa kita kepada keluh kesah..kerunsingan..sedangkan jika kita berusaha memahaminya..pasti kita tidak akan larut dalm dukacita dan kerunsingan kerana kalamNYa adalah kalam yang benar tiada dusta..hanya kita hambaNYA yang leka dan alpa.


15/9/2014...here we are..





 

2015...setelah berlalu 9 bulan..ini adalah entri pertama ....alhamdulillah 'ala kulli hal...ternyata penghijrahan  membawa kebaikan...suasana berbeza..mood berbeza..aura berbeza...moga terus positif dan dirahmatinya...


 

"Kebahagiaan itu bukan pada wang ringgit...harta melimpah ruah..kereta mahal dan mewah...isteri cantik..suami kacak..pangkat dan gelaran..tapi kebahagiaan itu datangnya dari hati yang tenang"

 



salam sayang..


Wednesday, March 5, 2014

Rahsia Rambut Sihat

Rambut..satu nikmat yang Allah berikan kepada kita....kerana ia adalah anugerah Allah..maka pastilah kita perlu menjaganya dengan baik kan?
ehmmm..bila sebut pasal rambut..Hana' nak cerita-cerita tentang dua masalah utama  rambut yang sering berlaku dan rahsia untuk mengatasinya..kira-kiranya..ni rahsia rambut sihat....hihi..rahsia sangatlah kan..:)

OK!!..

Biotin~ membantu B Complex menjadi lebih efektif, mengurangkan rabun, rambut beruban, eczema dan keradangan kulit - See more at: http://naturalvitaminshop.blogspot.com/2013/02/supplemen-kurangkan-stres-vitamin-b.html#sthash.RpfzTijU.dpuf
Masalah pertama : MEMUTIH SEBELUM WAKTUNYA

KENAPA? 
Stress atau tekanan perasaan  boleh menyebabkan uban tumbuh sebelum waktunya. Tekanan atau stress menyebabkan vitamin B berkurangan dalam badan, sekali gus menyebabkan uban tumbuh. Keadaan akan kembali normal semula jika tahap stres  dapat dikawal dengan baik.
Rambut beruban juga boleh disebabkan  oleh pigmen di dalam folikel rambut dikenali sebagai melanin tidak berfungsi sepenuhnya atau telah rosak dan ia dipengaruhi oleh umur.
Merokok juga penyebab kepada rambut beruban dengan cepat kerana kandungan nikotin di dalam darah yang cenderung menghapuskan zat dan gizi yang diperlukan dalam rambut.

Masalah kedua :  KEGUGURAN RAMBUT

KENAPA? 
Punca utamanya ialah  akar/umbi rambut yang lemah menyebabkan rambut senang gugur dan lambat untuk tumbuh kembali. 
Cara bentuk pemakanan juga mempengaruhi keguguran rambut secara sementara seperti pemakanan yang tinggi MSG.
Penggunaan bahan kimia di dalam produk seperti syampu dan pewarna rambut juga boleh menyumbang kepada keguguran rambut. 
Masalah kulit kuat berpeluh, berminyak dan banyak fikir turut menyumbang kepada keguguran rambut di samping hormon yang tidak stabil.
  
AWAS!!
Terdapat kajian dari sekumpulan penyelidik Perancis yang diketuai oleh Dr Philippe Giraud, iaitu penyelidik Hospital European Georges Pompidon di Paris, bahawasanya lelaki yang mula botak diawal 20 tahun dikatakan berisiko atau petunjuk awal kanser prostat. Berbanding lelaki yang mula botak di usia 30 ke atas, masalah botak adalah dianggap biasa kerana faktor genetik, pemakanan dan stres kerana pekerjaan. Walaupun tidak mempunyai bukti yang sahih, tetapi ia boleh dianggap satu masalah yang besar kerana jika tidak dibendung, selama-lamanya anda akan tidak mempunyai rambut! (Sumber : Kumpulan Media Karangkraf )

BAGAIMANA MENGATASI?
 
Diet yang seimbang, kaya dengan sumber mineral semula jadi seperti kalsium, zat besi, asid folic dan silika (Silika digunakan oleh tubuh untuk menyerap vitamin dan mineral serta membentuk sel-sel baharu yang membuatkan rambut kuat dan sihat) boleh membantu masalah rambut beruban dan mengurangkan keguguran rambut. Vitamin A,  B-12 dan  Vit E penting untuk pertumbuhan rambut yang sihat. Pertumbuhan rambut juga memerlukan kepada sumber protein yang mencukupi  kerana Protein  merupakan komponen utama dari rambut (98%).


BAGAIMANA MEMPEROLEHI SUMBER DAN MINERAL YANG DIPERLUKAN?

RAHSIA RAMBUT SIHAT 1:

Sememangnya sayur-sayuran hijau/berdaun adalah sumber mineral yang baik untuk kulit kepala dan rambut.  
Silika yang penting untuk rambut yang sihat terdapat dalam kentang, timun dan taugeh.  
Buah-buahan (terutamanya limau) dan sayur-sayuran membekalkan vitamin C yang dapat meningkatkan penyerapan zat besi.
Protein yang dikonsumsi sebaiknya protein yang rendah lemak, seperti ikan, daging, ayam kampung, biji-bijian, dan kekacang termasuk kacang soya.
Asid folic pula boleh diperoleh daripada sayuran berdaun hijau seperti bayam, asparagus dan brokoli.
B12 banyak terdapat pada , telur, ikan, keju dan daging dan sayuran hijau.
Vitamin E  mudah didapati dari bahan makanan seperti bayam, badam, kacang tanah, sawi, brokoli, biji bunga matahari dan aprikot.
Sumber Vitamin A antara lain susu, ikan, sayuran (terutama yang berwarna hijau kuning), dan buah-buahan terutama yang berwarna merah dan kuning seperti lobak, cili merah,  pisang, dan betik.

Namun..adakah makanan yang kita makan ini mampu memberikan nutrisi yang diperlukan secukupnya?
Kemungkinan..nutrisinya hilang ketika kita memasak makanan tersebut..
Keadaan ini menyebabkan keperluan nutrisi oleh badan tidak mencukupi..
Justeru..kita mungkin memerlukan bantuan..

RAHSIA RAMBUT SIHAT 2 :

Keperluan badan kepada kalsium, zat besi, asid folic dan silika  Vitamin A,  B-12, Vit E dan Protein boleh ditampung dengan pengambilan supplemen ini:

1. Mengambil B-Complex Shaklee dalam diet anda yang mengandungi 8 komponen penting Vit B termasuklah biotin yang membantu B complex lebih aktif dalam mengatasi masalah rambut beruban dan asid folic.

Biotin~ membantu B Complex menjadi lebih efektif, mengurangkan rabun, rambut beruban, eczema dan keradangan kulit - See more at: http://naturalvitaminshop.blogspot.com/2013/02/supplemen-kurangkan-stres-vitamin-b.html#sthash.RpfzTijU.dpuf
Rahsia Rambut Sihat bcomplex

2. VITA LEA
Multivitamin dan mineral pertama dicipta di dunia yang membekalkan vit A, D, E, C,Asid Folic,Vita B1, Vita B2, Vita B3, Vita B5, Vita B6, Vita B12, Biotin, Kalsium, Fosforus, Iodin, Zat besi, Magnesium, Kuprum, dan zinc yang diperlukan oleh badan.


 3. VITA C PLUS
Membantu mempertingkatkan penyerapan zat besi dan membantu mempertingkatkan peredaran kulit kepala. 

Rahsia Rambut Sihat vita C


4. VITA E COMPLEX
Vit E penting untuk pertumbuhan rambut yang sihat, cantik dan lebat di samping membantu membaiki peredaran darah, memperbaiki tisu.

Rahsia Rambut Sihat vita e



5.Energizing Soy Protein (ESP)
Protein adalah asas kehidupan sel-sel tubuh. Komponen-komponen penting seperti kuku, rambut, kulit, otot dan jaringan penghubung utamanya terbentuk dari protein. 
Tubuh  memerlukan protein yang cukup dan juga berkualiti demi membantu untuk memperbaiki sel-sel yang rosak, mengganti sel-sel yang lama dan membina sel-sel baru yang sihat. Sel-sel tubuh yang sihat pula penting demi membantu penyerapan optimum nutrien ke dalam tubuh kita.
ESP in shaa Allah adalah pilihan terbaik sebagai pelengkap protein anda kerana Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. 
Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya.
Asid amino yang ada akan merangsang pigmentrambut untuk menghasilkan lebih banyak melanin yang membantu untuk mengekalkan warna rambut yang hitam.
 
Rahsia Rambut Sihat esp


Kesemua supplemen yang dinyatakan ini  adalah antara rahsia rambut sihat. Keperluannya telah dinyatakan...terpulang pada anda  untuk membuat pilihan..
DAN JIKA ANDA MAHU MENGETAHUI TENTANG KHASIAT LAIN SUPPLEMEN SHAKLEE..
 
hubungi Hana'..

☏ Call/sms/whatsApp: 013-3652558  
ALHAMDULILLAH...Hana' dan keluarga sedang mengamalkannya..
ANDA?? 
Moga bermanfaat..walaupun sekadar berkongsi maklumat kerana..
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia.” 


Saturday, March 1, 2014

Rahsia Terbongkar : ESP Hanya Satu Seumpamanya !

Assalamualaikum..
Hr ni nak hoghlight tetang ESP..yang sentiasa menjadi pilihan ramai..
Bagus ke ESP ni?
Tak perlu cerita banyak..biarkan poster ini membongkar rahsianya.... hanya satu seumpamanya :)



Rahsia Terbongkar : ESP Hanya Satu Seumpamanya !

♥♥

Berminat?
Hubungi saya:
♥♥ Hana'
♥♥ 0133652558

Tuesday, February 25, 2014

Rahsia batuk dan selsema anak hilang tanpa ubat mahupun antibiotik!

Assalamualaikum  sahabat-sahabat yang dikasihi sekelian..:)

Kali ini nak cerita-cerita sikit tentang batuk dan selsema..
rasanya..batuk dan selsema ni sangat sinonim dengan anak2 kita yang masih kecil..dari awal usia anak-anak..batuk dan selsema ni memang boleh dikatakan kawan karib anak2 kita.

Kenapa anak kita diserang batuk dan selsema?
Apa yang perlu kita fahami..kebanyakan jangkitan batuk dan selsema di kalangan kanak-kanak adalah disebabkan jangkitan kuman virus, dan bukannya jangkitan kuman bakteria. 

Apabila anak selsema atau batuk..kerapkali kita akan memberikan mereka ubat mahupun antibiotik. Apakah kesan ubat ataupun antibiotik kepada anak? 

Terdapat banyak kajian yang telah membuktikan bahawa ubat-ubat batuk dan selsema sebenarnya tidak berkesan untuk mengubati gejala-gejala bagi golongan kanak-kanak.

Malah lebih merisaukan, telah terbukti ubat-ubatan tersebut mempunyai kesan sampingan yang buruk apabila diambil oleh kanak-kanak yang kecil. Kesan sampingan seperti mengantuk boleh menyebabkan pengurangan penyusuan dan minum, terutamanya bayi dan kanak-kanak yang kecil yang secara tidak langsung boleh menyebabkan dehidrasi. 

Ubat batuk dan selsema selalaunya mengandungi antihistamine (seperti actifed) yang tidak digalakkan diberikan kepada kanak-kanak enam tahun kebawah dan sanagta tidak digalakkan untuk kanak-kanak dua tahun kebawah. Begitu juga ubat yang mengandungi seperti codeine, boleh mengakibatkan pernafasan bayi serta kanak-kanak diperlahankan. ) Jika diberi terlebih dos atau disebabkan komplikasi lain, kanak-kanak ini boleh berhenti bernafas, sawan, gangguan sistem saraf, jantung dan usus, serta membawa maut.

Di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak membenarkankan penggunaan ubat-ubat batuk dan selsema bagi kanak-kanak di bawah umur 2 tahun sejak tahun 2007.

Menurut FDA (Food and Drugs Administration) di Amerika Syarikat, ubat batuk dan selsema tidak dibenarkan untuk kanak-kanak di bawah umur 2 tahun; kanak-kanak di bawah 6 tahun tidak disyorkan untuk diberi ubat batuk dan selsema.

jika ubat juga tidak digalakkan..begitu juga dengan rawatan antibiotik yang sebenarnya hanya berkesan untuk jangkitan bakteria sahaja. Sekiranya demam selsema dan batuk itu tidak serius, antibiotik tidak akan merawatinya ataupun mengurangkan tempoh jangkitan tersebut.
 
Pengambilan antibiotik dengan tidak betul (tidak diperlukan, antibiotik yang salah, atau tidak mengikut sukatan, kekerapan atau tempoh rawatan) boleh memudaratkan keadaan dengan dua keadaan :
1. menyebabkan kemunculan kuman bakteria yang rintang terhadap antibiotik (antibiotic resistant bacteria) : kuman bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan yang jauh lebih bahaya yang tidak dapat dirawati serta boleh meragut nyawa. Kuman tersebut bukan bahaya kepada pesakit itu sahaja, tetapi boleh merebak kepada orang lain juga.
2. Superbug : Badan manusia (terutama kulit, saluran pernafasan &usus)  mempunyai kuman baik yang membantu melawan kuman asing yang menyebabkan jangkitan. Antibiotik bukan sahaja boleh membunuh kuman bakteria yang bahaya, tetapi ia juga boleh menyebabkan kemunculan superbug atau menghapuskan kuman baik dalam badan.
Antibiotik penting untuk menghapuskan jangkitan kuman bakteria bukan untuk kuman virus.

so..apa rahsia batuk dan selsama anak hilang tanpa ubat mahupun antibiotik?

Rahsia rawatan yang disyorkan adalah:

1. Titisan hidung dengan air garam (nasal saline drops) dan sedut hingus dari hidung (mucus extractor) yang senang didapati di kedai farmasi.

2. Teh limau madu yang suam
Madu didapati boleh mengurangkan batuk serta dipercayai boleh membunuh kuman. Walau bagaimanapun, ia tidak boleh diambil oleh bayi yang berumur kurang daripada setahun kerana kemungkinan mengandungi spora botulinum (jangkitan ini boleh menyebabkan gangguan sistem saraf yang serius). Spora ini tidak bahaya kepada kanak-kanak yang lebih besar serta orang dewasa mempunyai sistem pertahanan yang kuat.

3. Pengambilan cecair yang lebih
Susu ibu, air suam, atau sup ayam. Jangan diberinya minuman berkarbonat atau sitrus, sebab ianya boleh menyebabkan sakit / gatal tekak.

4. Rehat yang mencukupi
Ubat demam masih boleh diberi mengikut sukatan dan kekerapan yang disyorkan oleh doktor.


5. Elakkan pengambilan gula putih ketika diserang selsema batuk kerana GULA adalah MAKANAN VIRUS dan BAKTERIA yang boleh menyebabkan virus atau bakteria lebih aktif dan membiak..

6. KUNYIT: ditumbuk sedikit kemudian sapukan di hidung .

7. BAWANG PUTIH :
Selsema atau batuk kebiasaannya berlaku disebabkan virus,  memakan makanan antiviral seperti bawang putih atau kunyit dan lainnya akan membantu.  Buat minyak bawang putih untuk sapu pada dada anak (hana menggunakan garlic shaklee)


Rahsia, batuk, selsama, hilang tanpa ubat, antibiotik, garlic


8. NAIKKAN IMUN SISTEM
Jika selalu sangat batuk berlaku, perlu cuba naikkan imun sistem badan. Antara yang disarankan ialah :
a) Pengambilan supplement yang meningkatkan antivaral protein iaitu interferon . Interferon adalah sejenis protein yang dihasilkan oleh tubuh kita untuk melawan virus, sekaligus mengelakkan virus tersebut ‘membiak’ dalam tubuh kita. Hana menggunakan Nutriferon iaitu inteferon semulajadi di dunia yang HANYA dipaten oleh Shaklee dan TIDAK dijual di kedai2 biasa. 

Rahsia, batuk, selsama, hilang tanpa ubat, antibiotik, nutriferon

 b) VITAMIN C
vitamin antioksida seperti vitamin C yang dapat membantu melawan jangkitan serta meningkatkan sistem imuniti tubuh .
""The more we study vitamin C, the better our understanding of how diverse it is in protecting our health, from cardiovascular, cancer, stroke, eye health [and] immunity to living longer."(study researcher Mark Moyad, MD, MPH, of the University of Michigan).

Rahsia, batuk, selsama, hilang tanpa ubat, antibiotik, vitamin c


9. VITAMIN D
Vitamin D dapat mencegah asma dan alahan (termasuk alahan kulit). Sumber vitamin D yang baik adalah salmon dan cahaya matahari pagi (dedahkan diri pada cahaya matahari pagi). hana memberikan anak-anak OMEGA GUARD Shaklee kerana ia membekalkan
vitamin D yang diperlukan di samping kaya dengan kandungan lemak omega-3 yang in shaa Allah terbaik.

Rahsia, batuk, selsama, hilang tanpa ubat, antibiotik, omega guard






sumber: 
1. doktorbudak.com. 
2.webmd
3. drzubaidi.com


Kesemua supplemen di atas adalah istimewa buat anak-anak saya saya. Anda bagaimana? 



SEBARANG PERTANYAAN,
Hubungi Hana':

☏ Call/sms/whatsApp: 013-3652558  

cod: Nilai/Bandar Baru Salak Tinggi/ Salak/ Jijan

Saturday, February 22, 2014

KENAPA SUPPLEMEN? KENAPA VITAMIN?

ASSALAMUALAIKUM..
masa terus berlalu..hari bertukar hari..bulan berganti...tahun silih pergi..
Cara hidup zaman millinieum ini sudah pasti amatlah berbeza berbanding zaman dahulu..
semuanya sangat berbeza...dan perbezaan ini memberikan kesan sama ada kita sedar mahupun tidak..kesan yang sangat besar kepada kesihatan tubuh badan kita.. ..
cara hidup moden membuatkan kita tua sebelum usia..
cara hidup moden membuatkan fizikal/badan kita memerlukan bantuan..

KENAPA SUPLEMEN PENTING? KENAPA PERLU KEPADA VITAMIN?

Badan yang sihat bermula dengan nutrien yang seimbang. Kalau kita lihat, untuk memulakan gaya hidup yang sihat, pemakanan yang seimbang merupakan salah satu aspek terpenting dalam kehidupan seharian kerana kita perlu makan untuk hidup. Tetapi, kita pun sebenarnya tidak pasti dengan cara hidup zaman sekarang ini yang tidak sihat disebabkan pemakanan, pencemaran, tekanan hidup serta kurangnya aktiviti sihat seperti bersenam dan rekreasi.

Pada zaman terdahulu, mereka tidak memerlukan suplemen sebab aktiviti harian seperti bertani membuatkan badan mereka sentiasa aktif. Berbeza dengan cara hidup kita sekarang yang bekerja depan pc setiap hari, kalau keluar meeting pun ada kereta, LRT, bas dan sebagainya. Realiti sekarang kalau nak pergi kedai pun nak cari parking yang betul-betul depan kedai. Jadi, kurangnya senaman, bahan makanan yang tercemar, air bertoksik, dan ditambah lagi dengan pencemaran yang banyak unsur bebahaya menyebabkan kehadiran radikal bebas dalam badan kita.

Radikal bebas adalah sangat berbahaya kepada badan kita dan perlu adanya bantuan untuk mengeluarkannya sebelum ia merosakkan sel badan yang boleh menyebabkan kepada pelbagai penyakit degeneratif seperti kanser, sakit jantung, osteoporosis, diabetes, parkinson yang berisiko untuk tubuh badan kita. Logiknya kita lihat sendiri semakin banyak penyakit degeneratif yang meningkat setiap tahun, dan semakin ramai yang berisiko untuk mendapat penyakit ni.

Puncanya? Salah satu sebab ialah tak cukup nutrien yang seimbang dan diperlukan oleh badan, untuk menyingkirkan sel-sel radikal bebas yang hadir dalam badan kita, serta dapat menguatkan sistem imun badan untuk mencegah daripada dijangkiti pelbagai penyakit dan virus. Jika kita tak singkirkan radikal bebas daripada badan kita, sel-sel yang rosak akan menyebabkan kepada keadaan badan yang lebih teruk seterusnya boleh menyebabkan penyakit2 degeneratif yang berbahaya seperti kanser, jantung, diabetes dan sebagainya.

Jagalah kesihatan anda. Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Jom amalkan gaya hidup sihat!

~ credit to bisnesideas..

**********************************************************
SUPLLEMEN ASAS UNTUK KESIHATAN SEKELUARGA



SUPPLEMEN, VITAMIN, ASAS KESIHATAN KELUARGA

Antara kebaikan Supplemen asas untuk kesihatan sekeluarga ini adalah :
~ Membantu mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh
~ Membantu seisi keluarga rasa lebih bertenaga
~ Menguatkan sistem imun anda
~ Membekalkan kesihatan kulit , rambut, kuku, tulang dan otot yang sihat

Supplemen asas untuk kesihatan sekeluarga ini terdiri daripada 6 Supplemen asas yang merupakan vitamin  paling popular dalam set penjagaan kesihatan Shaklee! Ia terdiri daripada :
1. Vitalea – Multivitamin with Iron formula
2. Vitamin C 500mg – sustained release
3. B Complex
4. Energizing Soy Protein (ESP) – Vanilla
5. Mealshake
6. Vit C Chewable


Antara kebaikan Supplemen asas untuk kesihatan sekeluarga ini adalah :
~ Membantu mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh
~ Membantu seisi keluarga rasa lebih bertenaga
~ Menguatkan system imun anda
~ Membekalkan kesihatan kulit , rambut, kuku, tulang dan otot yang sihat 

Vitalea
Multivitamin yang lengkap. Sebiji Vitalea mengandungi 12 jenis Vitamin & 7 jenis galian yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Kekurangan zat besi (Iron) boleh menyebabkan tekanan darah rendah, insyaAllah pengambilan Vitalea membantu dalam hal ini. 

Vitamin C Sustained Released
Vitamin C Shaklee mengandungi 500mg keperluan badan seharian yang mana ia bertindak mengikut pelepasan masa. Ia hanya akan melepaskan vitamin C atas keperluan badan. sangat penting untuk imun tubuh kita. Bertindak sebagai antioksidan dan sangat penting dalam melawan penyakit.

B Complex
Ianya bertindak sebagai penjana tenaga (melalui tindakbalas glukos) disamping memberi ketenangan kepada tubuh . Vitamin B complex adalah vitamin yang paling utama dalam mengatasi kelesuan dan tekanan. Vitamin B Complex yang lengkap mengandungi 11 jenis vitamin B yang memberi sokongan kepada badan, dari segi kesihatan fizikal dan juga mental. Vitamin B complex mempunyai elemen yang meningkatkan metabolisma, tenaga dan kesihatan otak. Ianya juga mengelak kulit wajah kelihatan kusam tak bermaya.

Energizing Soy Protein
Protein adalah unsur terbesar didalam tubuh kita selepas air. 25% Badan kita adalah protein. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter. Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi  9 Asid Amino Perlu ya ng tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia. Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana iamengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian.

Mealshakes
Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’ di mana kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.Ia juga kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar juga vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan. Mealshake juga mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit. Ia kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.

Vit C Chewable
Vitamin C membantu memelihara daripada jangkitan, dan meningkatkan imuniti tubuh, membantu anda menjaga kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang, meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging,membantu pertumbuhan dan penggantian tisu dan menolong dalam pengeluaran hormon anti-stress dan interferon.

Kesemua supplemen di atas adalah istimewa buat keluarga saya. anda bagaimana? 

SEBARANG PERTANYAAN, 
Hubungi Hana':

☏ Call/sms/whatsApp: 013-3652558  

cod: Nilai/Bandar Baru Salak Tinggi/ Salak/ Jijan
 

Monday, February 10, 2014

Anak-anak adalah Anugerah Terindah !

Bismillahirrahmanirrahim

Selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga serta sahabat baginda..Alhamdulillah, hari yang cukup indah dengan nikmat kurniaanNya yang tidak terhingga banyaknya..



Assalamualaikum w.b.t
salam sejahtera..salam sihat dan ceria..!
Hari ini nak sentuh topik tentang anak-anak sikit..:)

Allah SWT berfirman, mafhumnya:
“Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” (asy-Syura: 49-50).

anak sihat pintar

Ibu bapa mempunyai tugas berat mendidik anak-anak agar menjadi generasi rabbani. Amanah ini cukup berat dan akan ditanya di akhirat kelak. 

Sabda Nabi, “Hak anak ke atas ayahnya ialah memberinya nama yang baik, mengajarnya menulis, mengahwinkannya apabila sudah cukup umur dan mengajarnya al- Qur’an”. (Riwayat al-Hakim & ad-Dailami). 

Baginda SAW juga pernah bersabda, “Tidak ada suatu pemberian yang lebih baik daripada seorang ayah kepada anaknya daripada budi pekerti yang baik”. (Riwayat at-Tirmidzi).

Ini adalah tanggungjawab yang jelas kepada semua yang bergelar ibu bapa..kita tidak boleh menafikan sama sekali amanah yang telah dipertanggungjawabkan Allah kepada kita ini kerana anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. 

Antara aspek penting juga yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa ialah jaga kesihatan anak-anak sejak mereka kecil dengan roh iman dan ibadat kepada Allah agar hidup mereka nanti tidak di jangkiti penyakit sosial. Berikan anak kita didikan agama yang berterusan agar roh islam dan iman sebati dalam diri mereka. 

Di samping itu juga pastikan kesihatan anak kita turut dijaga dan dititikberatkan agar mereka membesar sihat dan pintar, cergas dan cerdas seterusnya mampu menjadi pejuang penegak  Addin tercinta.

**********************************************
Ini adalah pilihan Hana' dalam usaha memaksimumkan pengambilan makanan terbaik untuk anak-anak..In shaa allah. 

anak anugerah terindah, omega, supplemen anak sihat pintaranak anugerah terindah, omega, mealshakes, supplemen anak sihat pintar

 anak anugerah terindah, vitamin c, supplemen anak sihat pintaranak anugerah terindah, nutriferon, antibodi, supplemen anak sihat pintar
 
Omega, Mealshakes, Vitamin C dan Nutriferon....alhamdulillah sangat membantu agar anak-anak Hana' sihat dan pintar, cergas dan cerdas..tidak rugi mengamalkannya apabila hasilnya sangat memuaskan..Alhamdulillah...hazaa min fadhli rabbi.

Ingin mendapatkannya?
Hubungi Hana':

☏ Call/sms/whatsApp: 013-3652558  

cod: Nilai/Bandar Baru Salak Tinggi/ Salak/ Jijan