Pages

Thursday, December 12, 2013

Omega Guard Shaklee a.k.a Minyak ikan yang berkhasiat untuk anda dan keluarga

Assalamualaikum..salam sihat & ceria buat sahabat semua..

Hari ni nak cerita sedikit tentang supplemen kesukaan si cilik hana..Rayyan..
Minyak Ikan atau juga dikenali sebagai fish oil atau omega 3..atau lebih tepat lagi..Omega Guard Shaklee...Ya..Rayyan sangat suka Omega Guard Shaklee.

Napa ya agaknya Rayyan suka sangat makan omega guard?? begitu selamba dikunyahnya?? Omega kan minyak ikan..erkk..pasti hanyir kan? tak termuntah ke Rayyan? huhu..pastinya..Rayyan akan merengek setiap hari untuk menikmati omeganya..pada rayyan..mungkin Omega ni macam gula-gula dan coklat je gamaknya..owwhhh...subhanallah..

khasiat omega guard
Rayyan & omega..sempat lagi sebelum keluar nak makan omega..:)

Hana memang suka sangat bila Rayyan senang je mengunyah dan menelan omega ni..ingatkan hana akan menghadapi masalah besar nak beri Rayyan makan..rupanya tidak..siap kena sorok lagi sebab Rayyan memang pantang jumpa..
kenapa hana beri Rayyan makan omega guard ni ya? oo...rupa-rupanya banyak khasiat omega ni..
ehmm..yang pasti untuk Rayyan adalah untuk kecerdasannya..alhamdulillah..


khasiat omega guard

khasiat omega guard

Apapun..in shaa Allah..omega guard adalah minyak ikan yang berkhasiat untuk anda dan keluarga...
Omega guard adalah minyak ikan..betul ke? apa bezanya dengan minyak ikan yang lain?

✔ Omega Guard Shaklee tidak diekstrak dari minyak hati ikan kerana di hati lah terdapat kandungan toksik tinggi

✔ Minyak ikan Shaklee diekstrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk seperti sardin, mackerel, herring dan anchovies. Kalau kita rujuk jenis2 ikan dan tahap merkurinya, ikan-kan yg digunakan oleh Shaklee adalah ikan yg tahap merkurinya terendah. Dan kajian juga menunjukkan bahawa ikan air laut sejuk mengandungi asid lemak tidak tepu yg sangat tinggi berbanding ikan lain..Ditambah dgn proses penyulingan 3x, Omega Guard memang terbaik.

✔ Omega guard (minyak ikan) Shaklee lengkap dgn 7 jenis asid lemak omega 3 yg perlu oleh badan iaitu DHA, EPA, HPA, ETA, SDA, DPA. Badan kita tak mampu menghasilkan asid lemak perlu ni utk proses metabolisme,etc.. Jadi kena dapatkan dari sumber makanan dan suplemen EPA.


Khasiatnya?
Omega 3 terdiri daripada EPA dan DHA. Tahukah anda akan kebaikan bahan-bahan ini?

khasiat omega guard


EPA membantu dalam :
✔ Mencegah Kanser
✔ Mencegah Pembekuan Darah
Mencegah Pembekuan Lemak dalam Darah
✔ Menghalang penghasilan hormon cortisole yang menggalakkan penyimpanan lemak 
✔ Memperbaiki kadar penghasilan serotorin (kimia otak yang buat kita rasa kenyang)
Mencegah Kadar Kolestrol berlebihan
Mencegah Penyakit Jantung
✔ Mengurangkan Tekanan Perasaan
✔ Mengawal Tekanan Darah Tinggi

TUGAS DHA pula :
✔ Mencegah Radang Sendi
✔ Mencegah Asma
✔ Meningkatkan Daya Seks
✔ Mengelakkan Kanser PAYUDARA, USUS, PANKREAS DAN PROSTAT
✔ Mencegah Penyakit Kulit
✔Mengelakkan MIGRAIN ,RASA KEBAS DI ANGGOTA BADAN SERTA KESEJUKKAN PADA KAKI DAN TANGAN.

✔  Meningkatkan daya tumpu juga  perkembangan dan fungsi2 otak.

khasiat omega guard


Siapa yang memerlukannya??
(1) Ibu hamil
✔ Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan
✔ Mengurangkan risiko kelahiran bayi pra matang
✔ Mengurangkan risiko gila meroyan selepas kelahiran bayi
✔ Mengawal kenaikan berat badan yang mencanak-canak naik

(2) Ibu menyusu
✔ Menyalurkan khasiat Omega-3 untuk sistem imunisasi badan kanak-kanak serta perkembangan otak.
✔ Membantu penurunan berat badan ibu tanpa menjejaskan penyusuan

(3) Kanak-kanak
✔ Pertumbuhan badan yang sihat selain kesihatan otak
✔ Yang sering demam, selsema, batuk serta jatuh sakit.etc athma, eczema
✔ Memperkuatkan sistem imunisasi badan

(4) Mereka yang mengalami masalah berat badan
✔ Membantu pembakaran lemak dengan lebih cepat berbanding lecithin
✔ Omega-3 akan meningkatkan hormone Leptine yang mengawal selera makan = kurang makan dan sentiasa kenyang

(5) Sering alami masalah kesihatan
✔ Batuk berkahak, selesema yang berterusan
✔ Sakit-sakit sendi , kolestrol tinggi
✔ Sakit strok

(6) Ada penyakit asma dan lelah
✔ berperanan mengelakkan kesejukkan

(7) Mempunyai penyakit gout kerana Omega
✔ mengelakkan imflamation pada sendi-sendi dan langkah berjaga-jaga supaya bengkak itu tidak membesar.

(8) Ada penyakit kulit seperti alahan seafood, resdung, ekzema dan gegata.

(9) Ingin meningkatkan daya tumpuan dan mengingat seperti pelajar, kanak-kanak, ibu mengandung dan ibu menyusu

(10) Mengalami kebas-kebas tangan, kesejukkan kaki dan tangan terutama wanita lewat 50an.



khasiat omega guard
khasiat omega guard

wahh..panjang lebar cerita tentang omega guard shaklee ni..aka minyak ikan aka fish oil..:)
apapun..kami sekeluarga alhamdulillah memang berpuas hati dengan khasiatnya..
so..sahabat seme apa lagi..tak rugi mencubanya..apatah lagi sekarang memang tengah promo
Jualan akhir tahun 2013 . 
Pembelian 6 botol Omega Guard anda akan dapat faedah seperti berikut :
- Percuma sebotol Omega Guard
- Kos penghantaran percuma
- Free Membership
- Bonus 5%

jangan buang masa...

☏ call/sms/whatsApp Hana Your Shaklee Independent Distributor  : 013-3652558 laju2.. omega guard yang penuh khasiat. In shaa Allah. :)






 


Tuesday, December 10, 2013

uhuk..uhuk..batuk menjelma!!

 uhuk..uhuk..batuk dah menjelma..pernah dengar istilah batuk tiga bulan?
lagi tak cukup tiga bulan..batuk tak baik2..
pernah ke kengkawan kena batuk cam ni? huhu..sapa yang pernah..tahulah kan penangannya...
hana' pun jarang sekali kena batuk..tapi kalau sekali kena..allah..huhu
Minggu ni dah nak masuk sebulan batuk menempel..tapi alhamdulillah x seteruk biasa2...alhamdulillah syukur..harap2 tak berlarutanlah sampai tiga bulan..
Alhamdulillah....tanpa ubat batuk..hanya sesekali kemam gula 2.. hanya amik nutriferon dan omega guard shaklee sehari sekali..alhamdulillah memang terasa perbezaan batuk kali ni..
pastinya..nutriferon memang kesukaan sofiyyah yang menggelarnya sebagai teh feron..dan omega kesukaan rayyan..
kenapa nutriferon? kenapa omega ? check it out !!

nutriferon dan batuk

omega dan batuk


pastikan anda memilikinya# in shaa allah sangat bagus untuk# demam# batuk# selsema# say no to # panadol #ubat batuk# ubat selsema# BAGUS UNTUK IMMUNITI & ANTIBODI # in shaa allah

☏ call/sms/whatsApp: 013-3652558 laju2...untuk nutriferon & omega guard yang penuh khasiat. In shaa Allah

Tuesday, November 26, 2013

JOM SIHAT, SEGAR & CERIA

Assalamualaikum dan salam ceria semua..

Meluaskan langkah dalam perkongsian..bukan sekadar perkongsian ilmu sebagai santapan untuk jiwa..tetapi juga perkongsian pemakanan tambahan yang baik..santapan keperluan tubuh badan.


Jika sahabat memerlukan supplemen untuk kesihatan diri dan keluarga..

Kindly ask me anything about the best supplement for you,kids n the whole family:

Kesihatan optimum,
letih /lesu,
kurang selera makan
Supplement utk ibu ketika hamil
Kelemumur, rambut gugur
Migrain
kolesterol tinggi
Penyusuan,
Berpantang, bersalin atau operation,
Diet : untuk kurus @ untuk tambah berat badan
Kesuburan suami dan isteri,
period yg x teratur, keputihan,
Sengal / kebas2,kekejangan kaki, sakit lutut, osteporosis, sendi otot (yg susah nak bangun semasa solat atau duduk),
Kecantikan kulit, jerawat,allergic, resdung n eczema,
Asthma dewasa dan kanak2,
Gastrik,Sembelit/ Buasir, masalah pencernaan masalah bau badan
Kurang darah @ tekanan darah tinggi/rendah
SLE, demam, selsema, cirit birit n etc...

Nak sesuaikan dengan bajet? nak tahu info supplemen yang bersesuaian dengan masalah kesihatan anda? nak order? nak join member?
♡ pm fb Sayangi Diri bersama Shaklee
♡ call/sms/whatsapp 0133652558

Wednesday, November 20, 2013

JADIKAN HIDUP ANUGERAH TERINDAH

Assalamualaikum buat sahabat2 yang dikasihi..
Rasanya masih belum terlewat untuk ummu Hanna mengucapkan salam maal Hijrah...semoga tahun baru yang baru ditempuh akan membugarkan kembali tekad dan keazaman kita..dan moga hari-hari mendatang yang bakal kita lalui akan lebih baik dari hari-hari sebelumnya..juga moga amal dan taqwa kita turut bertambah seiring dengan berlalunya masa...
Kita semua tahu hidup adalah sekali..mati juga adalah sekali..maka adakah kita mahu mensia-siakan peluang yang diberikan 'sekali' ini..?
untuk menjadikan hidup kita yang sekali..dan mati kita yang sekali sebagai satu yang bermakna maka sudah pasti kita perlu memaknakan hidup yang sekali untuk memperolehi kebahagiaan abadi apabila menempuhi mati yang juga hanya sekali itu..
Memaknakan hidup perlu diiringkan dengan amal taqwa yang berpanjangan dan istiqamah tanda ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada Maha Pencipta..
Tanpa amal dan taqwa..bermaknakah hidup kita?
Tepuk dada tanyalah iman..

Selamat beramal. :)


Monday, August 19, 2013

Tahu?? atau Faham??

setiap apa berada dan berlaku  disekeling kita akan berkisar kepada dua persoalan utama..
adakah kita tahu??
adakah kita faham??
Tahu dan faham...
adakah tahu itu menunjukkan faham??
adakah boleh kita faham tanpa tahu??
Justeru...walaupun kita mengakui bahawa kita tahu tentang sesuatu...
itu tidak bermakna kita boleh membuat anggapan bahawa kita faham tentang sesuatu perkara itu.

tahu dan faham dua konotasi yang mebawa dua makna yang berbeza.

  
Secara asasnya, tahu hanya memerlukan kita untuk dengar dan lihat, tetapi faham memerlukan komitmen dan usaha yang lebih iaitu dengar, lihat, amal dan alami.

Kita?Al-Fatihah tahu...mengaji satu quran pun tahu... solat tahu..puasa tahu...dan banyak lagi yang kita tahu..tetapi, sejauh mana kita faham?????
Adakah  dengan mengetahui bacaan Al-Quran, itu sudah memadai?
TIDAK! Kita perlu memahami dengan sebenarnya..bukan hanya tahu  dan kenal Al quran tetapi juga faham. 
Mahu tahu dan faham dengan lebih lanjut tentang tahu dan faham??
ingin saya berkongsi satu pencerahan mengenainya...(Sumber: UAI)

 **********************************************************************
Apa beza antara ‘tahu Tuhan’, ‘kenal Tuhan’ dan ‘faham Tuhan’?

Mula-mula kita kena faham maksud tahu, kenal dan faham dulu. Ketiga-tiganya berbeza. Kenal lebih tinggi daripada tahu, dan faham adalah lebih tinggi daripada kenal. Yang paling atas ialah faham, kemudian kenal dan kemudian barulah tahu.

Biasanya disebut ilmu yaqin, ainul yaqin dan haqqul yaqin. Ada juga yang menambah kepada satu tingkat lagi iaitu kamal yaqin.

Contoh.

Seorang pelancong dari Barat yang datang ke Malaysia diberitahu tentang sambal tumis ikan bilis. Sebelum ini dia tidak pernah dengar pun masakan bernama ‘sambal tumis ikan bilis’. Ketika diberitahu, itulah kali pertama dia TAHU adanya masakan yang disebut ‘sambal tumis ikan bilis’.

Ilmu peringkat ini dinamakan ilmu peringkat TAHU ataupun ILMU YAQIN - tahu cerita tetapi tidak pernah melihat dan belum pernah merasa.

Kemudian si pelancong diajak makan tengah hari mengikut hidangan orang-orang Melayu. Dalam hidangan itu ada sambal tumis ikan bilis. Orang tempatan menunjukkan kepadanya, “This is sambal tumis ikan bilis”. Itulah kali pertama si pelancong melihat sambal tumis ikan bilis. Dilihatnya sebagai sejenis masakan lauk berkuah, berwarna merah dan ada ikan-ikan kecil di dalamnya.

Ilmu peringkat ini dinamakan ilmu peringkat KENAL ataupun AINUL YAQIN- tahu cerita dan sudah melihat tetapi belum merasa.

Seterusnya si pelancong dipersilakan menjamah hidangan bersama sambal tumis ikan bilis. Barulah dirasanya pedas, manis, masin, lemak, masam dan lain-lain adunan rasa sambal tumis petai itu. Itulah sambal tumis sebenar.

Ketika ini ilmunya berada di peringkat FAHAM ataupun disebut HAQQUL YAQIN- sudah tahu cerita, sudah disaksikan dan sudah dirasa/ dialami.

Contoh kedua…

Datang beberapa orang beritahu kepada kita ada pokok tumbang merentang jalan raya. Kita hanya tahu ada pokok tumbang daripada cerita mereka dan kita belum melihat pokok tumbang itu. Ilmu peringkat ini adalah ilmu peringkat TAHU ataupun ILMU YAQIN sahaja.

Kemudian kita pergi melihat pokok yang tumbang itu. Memang betullah ada sebatang pokok besar tumbang merentang jalan raya, kita lihat dengan mata sendiri. Ilmu peringkat ini adalah ilmu peringkat KENAL ataupun AINUL YAQIN sahaja, sudah melihat tapi belum tahu hal ehwal ketumbangan pokok itu.

Kemudian kita menyelidik perihal pokok tumbang itu hingga kita faham bagaimana ia boleh tumbang, bila ia tumbang, apa yang menyebabkannya tumbang, apa akibat daripada tumbangnya itu, benarkah ia tumbang dan lain-lain. Ketika ini ilmu kita adalah di peringkat FAHAM ataupun HAQQUL YAQIN.

Contoh ketiga…

Para sahabat berdakwah hingga ke negara China. Mereka perkenalkan Tuhan kepada orang-orang China- “Tuhan kita ada satu sahaja iaitu Allah”. Ada orang-orang China yang percaya. Ketika ini iman mereka adalah di peringkat TAHU ataupun ILMU YAQIN sahaja. Mereka baru tahu Siapa yang sepatutnya disembah tetapi belum tahu bagaimana keadaan Yang Disembah itu.

Orang yang belajar ilmu Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Rubbubiyyah sahaja biasanya sampai ke peringkat ini.

Kemudian orang-orang China tadi belajar hingga mereka tahu keadaan Yang Disembah itu. Mereka tahu Allah itu sedia ada sejak awal, tidak boleh mati, tidak terpengaruh dengan warna, ruang, arah, bentuk dan tempat, menguasai segala-galanya, tidak sama dengan makhluk, menciptakan syurga dan neraka, mencipta semua makhluk, memberi wahyu dan sebagainya. Mereka juga tahu sifat-sifat yang mustahil bagi Allah. Iman peringkat ini adalah iman peringkat KENAL ataupun AINUL YAQIN. Melalui kajian ataupun pembelajaran mereka, mereka sudah menyaksikan bukti-bukti tentang Yang Disembah itu tetapi belum ‘MENYAKSIKAN’ Yang Disembah itu sendiri. Peringkat ini dinamakan FAHAM ataupun HAQQUL YAQIN.

(* Perkataan ‘MENYAKSIKAN’ Yang Disembah dalam ayat tadi adalah istilah sufi yang tidak dapat dihurai dengan perkataan. Ia tidaklah sama dengan perkataan ‘menyaksikan’ sebagaimana yang biasa kita guna. Harap maklum)

Peringkat seterusnya, mereka yang dikurniakan kebolehan oleh Allah dapat pula ‘MENYAKSIKAN’ Allah, ataupun ‘MEMANDANG WAJAH ALLAH’ ataupun ‘MERASAI SENDIRI’ Allah. Inilah yang dikatakan beriman kepada Allah hingga ke tahap Haqqul Yaqin.

(* Perkataan-perkataan berhuruf besar adalah istilah sufi yang tidak dapat dihurai dengan perkataan melainkan pemahaman. Maksud perkataan-perkataan itu tidaklah sama dengan maksud perkataan-perkataan yang biasa kita gunakan)

Justru, ada ungkapan berbunyi:

Ahli fiqh menemui Allah dengan jalan mengkaji dalil-dalil al-Quran.

Ahli ilmu kalam menemui Allah dengan jalan berfikir

Dan ahli tasauf menemui Allah dengan jalan ‘MERASA SENDIRI’.

Manakah yang terbaik?

Yang terbaik ialah yang mengambil ketiga-tiga jalan dan menguasai ketiga-tiganya.

Jadi, dengan penerangan ringkas lagi dhaif itu tadi, diharap dapatlah memahamkan para pembaca akan perbezaan antara tahu, kenal dan faham. Seterusnya dapat pula memahamkan pembaca akan perbezaan antara ilmu yaqin, ainul yaqin dan haqqul yaqin.

*********************************************************************
 Tahu dan faham??
Moga-moga kita menjadi orang yang tahu dan faham...
tuntutlah ilmu..lapangkan dada...muhasabah diri..
in shaa allah kita dapat mencapai tahu dan faham.


 

Assalamualaikum wbt.

Sedar tak sedar...Ramadhan telah pun berlalu meninggalkan kita....adakah kita bakal menemui ramadhan lagi di tahun hadapan...jawapannya tidak kita ketahui...

Namun..usah jadikan pemergian Ramadhan sebagai alasan untuk kita kembali kepada hidup lagha sebelum Ramadhan..seharusnya dan sewajarnya..didikan yang kita terapkan sepanjang ramadhan..solat bejemaah..tilawah quran serta tadabbur ayat-ayatnya tetap diteruskan dalam amalan hidup kita sehari-hari....itu barulah tandanya kita kasihkan Ramadhan dan rindukan Ramadhan...

Ingatlah...beramal bukan untuk sebulan.....tapi beramal adalah sepanjang hayat...Ramadhan hanyalah satu fasa untuk kita mengenali kekuatan dan kelemahan diri...jangan persiakan tarbiyah Ramadhan yang telah kita lalui...dan paling penting...jangan kembali berteman mesra dengan sang iblis durjana....

Salam syawal...Salam fitrah..sama-sama kita berusaha mensucikan diri sebelum kembali mengadap Illahi.
 







Saturday, July 13, 2013


Assalamualaikum..bertemu kembali...


Alhamdulillah kita masih dipanjangkan umur dan ditemukan dengan Ramadhan kareem buat kesekian kalinya......
hakikatnya.....telah banyak kali Ramadhan kita tempuhi.....namun......berbekaskah didikan Ramadhan dalam diri kita??
adakah Ramadhan hanya sekadar menahan nafsu lapar dan dahaga tapi kita memahami falsafah di sebaliknya??


Ketika perut sepatutnya tidak memikirkan tentang makanan dan minuman......jiwa dan hati perlu mengambil tempat......hati dan jiwa perlu lebih cakna.....lebih sensitif dengan apa yang berlaku..... lebih memahami.....kerana puasa perut kita lapar......maka kita akan lebih memahami rasa lapar..kita cakna dan mengerti erti kesusahan serta kelaparan......kerana puasa badan kita lesu.....maka kita seharusnya mempunyai empati terhadap orang yang  terpaksa bersusah payah membanting tulang bekerja keras walaupun ketika berpuasa.....inilah antara didikan yang mahu dilahirkan dalam universiti Ramadhan.....
Puasa menjadikan kita lebih peka..dan menghadirkan keinsafan....



Jom kita muhasabah diri bersama......semoga universiti Ramadhan kali ini membuka lembaran baru dalam kehidupan kita..



Friday, May 3, 2013

Assalamualaikum..
sekian lama bertemu kembali..just nak ucapkan..
selamat menunaikan kewajipan anda...
walaupun hanya satu undi..
satu...
tapi impaknya amat besar sekali...
jom cakna!! jom undi!!