Pages

Wednesday, December 21, 2011

Alahai anak-anakku..: Sofiyyah pt1



Assalamualaikum...
Semoga sahabat-sahabat semua sentiasa berada di dalam peliharaan dan redha Illahi..

Dalam jangkamasa kurang dari seminggu selepas entri terakhir..sekali lagi diberi kesempatan dariNYA untuk kembali menarikan jemari disini...ehmm...itulah jika pandai memanfaatkan ruang dan masa pasti ada kesempatan...:)

Entri kali ini terhasil selepas satu postku di facebook yang berkisar tentang kisah anak-anak yang menggelikan hati. Seorang dari kakak-kakak iparku yang tersayang memberi idea..katanya..: "hana'...elok gak kalau note down those amazing thoughts of lil ones...mana tau leh publish one day hehe".....so sebelum ada rezeki publish kat mana2 buku..aku mengambil langkah awal untuk publish kat blogku yang tak berapa diketahui ini..:)

so..cerita pertama...

Mengimbas kembali kisah si Sofiyyah masa dia baru-baru belajar bercakap dulu...masa tu umur dia dalam setahun sebulan...biasalah kan..anak-anak ni masa baru-baru bercakap banyak perkataan mereka yang pelik-pelik dan susah nak kita faham...

antara perkata Sofiyyah yang puas kitaorang nak faham ialah ISYUM...
Isyum..ye..isyum...apa kebendelah agaknya isyum tu kan?

pertama kali die sebut perkataan tu..memang kitaorang blur habis...yang dia lak menangis sedih sangat sebab tak dapat benda dia nak...yelah kan..nak bagi camne...sebab xleh nak faham..macam-macam barang yang ditunjukkan kat dia..semuanya dia geleng bahkan makin kuat lak tangisannya...

akhirnya...macamana kitaorang boleh faham??
dilepuknya pipiku dan di "isyum"nya....hahaha...itulah rupa-rupanya isyum....
piyah! piyah! lepas dari tu..bila je dia sebut isyum..
maka hulurkan jelah pipi untuk diisyum....(^_^)

....


Saturday, December 17, 2011

Jari yang menari...


Assalamualaikum wbt...

Allahu Akbar...!! Begitu lama laman blog ini tidak ku jejaki...
Alasannya? ehmm.
..bermacam-macam alasan boleh kuberikan tetapi hakikatnya alasan itu hanyalah menampakkan kelemahanku sebagai hambaNYA yang tiada punya daya dan tiada juga punya upaya melainkan hanya dengan keizinanNYA jua...dan hari ini keizinanNYA mengetuk diriku untuk menarikan jari jemari ini...
coretan kali ini mungkin agak ringkas...
sekadar berkongsi sedikit pengalaman...
.
Petang itu..berada dikelilingi haruman buku-buku memang merupakan satu terapi yang amat mengembirakan..namun kegembiraanku memilih deretan novel2 terbaru sedikit tercalar apabila mendengar suara perbualan seorang gadis yang agak up-to-date menegur kawannya yang memegang sebuah novel Melayu.."isy..nak beli novel tu ke? eii......tak mainlah novel-novel melayu ni..(sambil tangannya menunjukkan buku One Day)..
Aduhai...mendengarnya menimbulkan sedikit rasa kecewa terselit di hati..
kalaupun tak suka membaca novel Melayu, tak payahlah nak memperlekehkan pula..
Tidak dinafikan.. dahulu kebanyakkan novel Melayu banyak menghidangan kisah-kisah cinta romantis ala-ala hindustan seperti Ombak Rindu..Lagenda Budak Setan dll......TETAPI... novel-novel melayu sekarang telah melalui satu transformasi yang sangat besar....ianya bukan sekadar novel-novel biasa lagi...novelis sekarang menulis berdasarkan ilmu, pengalaman, fakta dan yang lebih menarik berdakwah melaui pena mereka.
Jika dulu...membaca novel sekadar menghabiskan masa santai..hanya sekadar membaca..namun kini membaca novel turut mampu memberikan ilmu baru serta memahami tuntutan beragama dengan gaya penulisan yang berseni...nilai-nilai syariat serta ketauhidan telah banyak diselitkan dalam novel-novel kini...yang secara tidak langsung membantu pembaca untuk lebih mengenali dan memahami islam...yang kita tidak boleh dapat dari kebanyakan novel-novel Inggeris Sidney Sheldon,Stephenie Meyer dll. Nilai-nilai syariat dan ketauhidan ini tiada dalam karya-karya mereka...dan karya penulis kita? Bacalah karya yang bukan hanya memenuhi masa senggang dan santai kita...tetapi karya yang juga mampu mendekatkan kita kepada Yang Esa..kepada Addin ...

Pilihan saya?
Penulis-penulis di Malaysia ini tidak kurang hebatnya...bagi saya..mereka sehebat penulis yang amat saya kagumi ketika zaman remaja saya..Khadijah Hashim.
Bahkan..mereka lebih hebat kerana mampu berdakwah melalui jari-jemari mereka yang menari..Norhayati Berahim, Aina Emir, Maya Iris, Saidatul Saffaa, Fatimah Syarha, Noor Suraya, Siti Rosmizah (sekadar menyebut beberapa nama) adalah antara novelis kegemaran saya....manakala...Ranting Cinta Si Plato, jaja & Din, Kemilau Mutiara Raudhah, Bingkisan Dari Hati, Aku Bukan Rabiatul Ada wiyah, Mahar Cinta Cinderella (juga sekadar menyenaraikan beberapa tajuk) adalah antara novel kegemaran saya dan Curahan Cinta Niagara adalah buku yang terpaling saya suka setakat hari ini.
Sesungguhnya...membaca karya-karya mereka turut memberikan santapan minda dan jiwa...syabas kepada mereka kerana bakat ini adalah anugerah dariNYA...bakat yang begitu diinginkan oleh saya..tetapi jari-jemari saya nampaknya menari kaku..:(

Monday, April 11, 2011

Catatan perjalanan...belajarlah dari alam

Assalamualaikum.....
Salam sejahtera buat sahabat-sahabat semua....

Sedar tak sedar dah hampir sebulan entri terdahulu ditulis...
Kali ini penat jugak memerah-memerah otak memikirkan apakah next entry...bukan kerana tiada idea..tapi terlebih idea sudah..terlalu banyak perkara yang berlegar dan bermain-main di minda ni sampai jadi berserabut akhirnya..huhu ...ehm...tiada idea pun salah..banyak idea sangat pun susah...itulah lemahnya manusia...Allahu Akbar!!
Well.....mana nak mula ni....??
ehmm..rasa-rasanya..kali ni nak cerita tentang pengalaman bercuti-cuti Malaysia akhir Mac 2011 yang lalu...kunjungan kali kedua ke Bandar Kota Kinabalu...percutian yang sudah dirancang oleh suami dari tahun 2010 lagi.....yelahkan..nak ti ket murah punya pasal...pastunya...lagi nak dijadikan cerita.... masa booking tu hanya untuk kami berempat sahaja...tuptap..sebulan lepas tu disahkan mengandung..alahai..takkan nak tinggal baby kan...so..selamat je bersalin...lepas je daftar nama si baby...terus booking pulak tiket untuk dia....jadilah tiket dia paling mahal...takpelah..janji dapat pergi bersama-sama....:)


Kenapa tak tinggal je baby tu? whattt??? tinggal baby...?? huhu...aku lebih rela tak pergi dari meninggalkan baby...
ehm..sesungguhya..sejak mempunyai anak..baik dari seorang anak..hinggalah ke angka tiga ni..kami suami isteri tak pernah lagilah pergi bercuti ke mana-mana tanpa anak-anak...susah ke apa ke...anak-anak mesti dibawa bersama...ehmm ..tak sanggup rasanya nak tinggalkan anak-anak untuk semata-mata enjoy husband and wife...isyy...memang tak sanggup..hinggakan kadang-kadang terpikir gak macamanalah ada kawan-kawan yang boleh ke sana-ke mari tanpa anak-anak...kerana aku memang tak mampu melakukan begitu...mungkin kesan dari fully breastfeeding kot...rasa kasih dan sayang untuk anak-anak tu terlebih-lebih....family togetherness!!


Okey...berbalik kepada percutian kali ini..awal-awal lagi aku dah mind setting yang percutian kali ini adalah semata-mata nak pergi berjalan-jalan..tadabbur alam...bukan macam percutian yang sebelum ni..gila shopping....so mind setting kali ni...no shopping-shopping....lagipun dah banyak dah brooch mutiara dalam koleksi...:)

So..we all berangkat pada hari Jumaat petang...si Sofiyyah punyalah seronok dapat naik kapal terbang....Yelah..1st time dia naik kapal terbang masa umur dia setahun lebih..tak berapa faham sangat masa tu..berbeza sekarang ni..dia dah makin besar...so..duduk je dalam kapal muka dia punyalah berseri-seri..sibuk tanya bila aeroplane nak jalan...tak sabar-sabar..


Sofwah, Sofiyyah dan Rayyan




muka piyah yang berseri dan happy sebab dapat naik kapal terbang

tapinya..bila kapal start je bergerak dan nak 'take off'..muka dia dah start cuak giler...nak gelak pun ada..kesian pun ada....hasilnya...baru 15 minit di awanan..Sofiyyah dah cakap tak nak dah naik kapal terbang...aduhai...camne nak balik nanti ni?? haru....

Kami sampai ke KK setelah di awanan selama 2 jam 45 minit...penerbangan delayed disebabkan dek cuaca yang kurag baik...Alhamdulillah sampai je di airport..tuan kereta sewa dah menunggu...selepas selesai urusan pembayaran..kami terus ke King Park Hotel....Alhamdulillah...bilik hotelnya selesa untuk kami sekeluarga....so..usai solat dan memandikan anak-anak..kami keluar untuk makan malam..perut dah berdondang sayang..destinasi makan malam kami adalh ke pasar malam berdekatan dengan bazar Filipina... Menunye?? ehm...apalagilah....seafood....rambang mata melihat seafood yang segar2....makan besar jugak kami malam tu..ikan..sotong..udang...tupun belum sampai RM50...aduh...syok betul..kalau di Sepang ni..mau dah beratus...:)

selesai makan..kami berjalan-jalan di night market berdekatan...tiada apa yang dibeli sekadar berjalan untuk beri masa makanan hadam sebelum pulang ke hotel....so..dalam jam 10 malam kami dah kembali ke hotel untuk berehat...bersedia utuk perjalanan seterusnya pada hari esok....

so...untuk berkongsi kisah kami seterusnya...tunggu next entri ye.....insya Allah...:)

Tuesday, March 22, 2011

Bila Kehendak Hati...


Semalam....sedikit ujian telah diberikan oleh Allah kepadaku...

setelah sekian lama kepala ini tidak diserang migrain..tapi tiba-tiba..tengah-tengah kesejukan petang dan hujan yang lebat..nyut3...kepala berdenyut..Ya Allah..sakitnya...ehm...masa tu barulah ku sedar betapa nikmatnya jika badan kita sihat....yelahkan..kalau tak sakit camne kita nak tau nikmat sihat...nikmat sihat hanya boleh dirasai oleh orang yang pernah merasai deritanya sakit..tanpa kesakitan kita tidak akan mengetahui bagaimana rasanya kesembuhan dan kesihatan...huhu...berbelit-belitnya ayat aku ni...takpelah..sekali-sekala buat ayat berbelit-belit..sengaja( huh..busuknya hati!!) nak buat sahabat-sahabat semua agar sama-sama pening kepala...:)..sharing is caring kan? hehe

opss...berbalik tentang semalam...

oleh kerana dek terlalu sakitnya kepala..maka mulalah merancang untuk tidur sedikit awal agar dapat rehat yang lebih..Alhamdulillah...si kecik pun tak meragam semalam..seawal jam 830 malam..zulfa lena memejamkan mata...so apa lagi...peluanglah untuk aku turut lena...tapiiiiiiiii....!!!
alamak..!!! tetiba teringat yang malam ni final Adik-adikku@TV1...alamakk.....!! kepala sakit tapi hati meronta-ronta mahu menonton bakat-bakat kecil beraksi...

Makanya....
tuntutan nafsu akhirnya menang....
dalam masa kepala berdenyut2....bertahan jugak mata ini menonton kepetahan anak-anak ini yang dikurniakan oleh Allah bakat yang sangat mengkagumkan bersama Sofwah dan Sofiyyah.. menontonnya dari awal hingga akhir...(sampaikan ucapan si polan tu pun aku dengar walaupun sebelum ni tak pernah rasa nak dengar si polan tu berucap)...Sedar tak sedar aku bertahan sehingga jarum jam menunjukkan tepat ke angka 12 tengah malam.....alahai....!! itulah bila kehendak hati.....:)

" Dayung sudah di tangan,
perahu sudah di air,
biarlah mati sebagai pejuang,
dari hidup sebagai petualang. "

petikan dari:
Adik Fasiha
Naib Johan adik-adikku Musim Kedua

Friday, March 18, 2011

Kerdilnya....

Assalamualaikum....

Lama sungguh rasanya jari jemari ini tidak
menjalankan tanggungjawabnya untuk menitipkan sesuatu yang baru di sini...dah bersawang dan berabuk sungguh rasanya laman ni dek terlalu lama tak dipedulikan.....alasannya?? ehm...x cukup masa.....!! betulkah masa tak cukup?? atau diri ni yang tak pandai menggunakan masa dengan sebaiknya??

Jangan disalahkan masa.... bawa2 diri tu untuk bercermin...jangan tengok fizikal je....tilik jerawat..tilik kedut...itu yang nampak....!!! Tapi, tilik juga yang tak nampak dek mata kasar tu...tengok
kelemahan..tilik kekurangan untuk diperbaiki.. Tapi ingat..bila dah tilik tu..sila-silalah buat penambahbaikan..bukan dibiarkan sahaja...x guna kalau rajin menilik tapi tiada tindakan...:) Kenapa ya lama betul tak buat entry baru kat sini? hehe..memang alasannya masa tak cukup...nak cakap apa lagi? balik-balik..masa juga yang salah...kesian masa...agaknya kalau masa tu ditambah lagi jadi 48 jam sehari..masih juga alasannya masa tak cukup..alahai..kesian saya...! huhu..

Tapi..kenapa ya masa tak cukup??
Salah masakah? atau ?? Sesungguhnya Allah menjadikan masa selama 24 jam sehari sememangnya cukup untuk setiap hamba-Nya meneruskan kehidupan mereka. Adakalanya kita merasakan tidak cukup masa bukan kerana salah masa atau pun Allah tidak memperuntukkan masa yang cukup untuk kita, namun apa yang perlu kita sedari ialah pengurusan kita untuk mendahulukan yang lebih penting daripada perkara yang penting, berfaedah atau tak berfaedah. itulah kelemahan kita sebagai hamba..kerdilnya kita sebagai hamba yang sentiasa lemah menguruskan masa yang setiap hari kita lalui....

Justeru...bagaimana kita nak mengatasi kelemahan ini...takkanlah kita tega membiarkan kesilapan kita ini berulang dan berulang tapi diperbaiki??

Indahnya islam apabila setiap permasal
ahan telah ada jalan penyelesaiannya...dalam islam terdapatnya Fiqh al Awlawiyat.. yang memberikan kita kefahaman untuk membahagi-bahagikan masa yang ada dengan sebaik mungkin serta menguruskan setiap urusan kita dengan mendahulukan perkara yang perlu didahulukan berbanding dengan perkara-perkara yang lain.
Inilah sebenarnya kelebihan umat Islam. pokok pangkalnya adalah diri kita sendiri sama ada mahu memahami dan mengaplikasikannya dalam kehidupan kita...

Allah SWT telah membekalkan kepada umat Islam teori-teori pengurusan yang baik..hanya kita sahaja yang tidak peka
...terdapat tips dan kaedah yang diberikan oleh Allah...kerdilnya kita.

Sebenarnya..jika kita menghayati surah Al Asr dituruti dengan kefahaman terhadap Fiqh Al Awlawiyat..ia akan menjadikan kita seorang pengurus masa yang cekap dan mampu membereskan kerja bukan sekadar menurut mood atau desakan pihak tertentu, tetapi kesemua
nya berpandukan ajaran Allah SWT yang melengkapi setiap aspek kehidupan. Umat Islam sebenarnya telah diberikan ilmu Sains Pengurusan sejak ribuan tahun yang lalu...hebat dan indahnya Islam...

Justeru, kehidupan ini menuntut kita untuk m
enjadi pengurus yang cekap kerana waktu inilah saat dan ketikanya untuk mengejar rahmat Allah SWT. Hidup ini penuh dengan dugaan tetapi sekiranya dihiasi dengan tuntutan syariat...jannah adalah milik kita...




Firman Allah SWT:

بِسم الله الرحمن الرحيم
وَالْعَصْر إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْر


Wallahu A'lam..