Pages

Wednesday, December 21, 2011

Alahai anak-anakku..: Sofiyyah pt1



Assalamualaikum...
Semoga sahabat-sahabat semua sentiasa berada di dalam peliharaan dan redha Illahi..

Dalam jangkamasa kurang dari seminggu selepas entri terakhir..sekali lagi diberi kesempatan dariNYA untuk kembali menarikan jemari disini...ehmm...itulah jika pandai memanfaatkan ruang dan masa pasti ada kesempatan...:)

Entri kali ini terhasil selepas satu postku di facebook yang berkisar tentang kisah anak-anak yang menggelikan hati. Seorang dari kakak-kakak iparku yang tersayang memberi idea..katanya..: "hana'...elok gak kalau note down those amazing thoughts of lil ones...mana tau leh publish one day hehe".....so sebelum ada rezeki publish kat mana2 buku..aku mengambil langkah awal untuk publish kat blogku yang tak berapa diketahui ini..:)

so..cerita pertama...

Mengimbas kembali kisah si Sofiyyah masa dia baru-baru belajar bercakap dulu...masa tu umur dia dalam setahun sebulan...biasalah kan..anak-anak ni masa baru-baru bercakap banyak perkataan mereka yang pelik-pelik dan susah nak kita faham...

antara perkata Sofiyyah yang puas kitaorang nak faham ialah ISYUM...
Isyum..ye..isyum...apa kebendelah agaknya isyum tu kan?

pertama kali die sebut perkataan tu..memang kitaorang blur habis...yang dia lak menangis sedih sangat sebab tak dapat benda dia nak...yelah kan..nak bagi camne...sebab xleh nak faham..macam-macam barang yang ditunjukkan kat dia..semuanya dia geleng bahkan makin kuat lak tangisannya...

akhirnya...macamana kitaorang boleh faham??
dilepuknya pipiku dan di "isyum"nya....hahaha...itulah rupa-rupanya isyum....
piyah! piyah! lepas dari tu..bila je dia sebut isyum..
maka hulurkan jelah pipi untuk diisyum....(^_^)

....


2 comments:

  1. cantekkk...gud effort sis...kesah bebudak ni tak jemu kita baca hehe

    ReplyDelete
  2. kak intan...orait...tq 4 d support..tggukan kisah2 seterusnya..hehe

    ReplyDelete