Tuesday, February 25, 2014

Rahsia batuk dan selsema anak hilang tanpa ubat mahupun antibiotik!

Assalamualaikum  sahabat-sahabat yang dikasihi sekelian..:)

Kali ini nak cerita-cerita sikit tentang batuk dan selsema..
rasanya..batuk dan selsema ni sangat sinonim dengan anak2 kita yang masih kecil..dari awal usia anak-anak..batuk dan selsema ni memang boleh dikatakan kawan karib anak2 kita.

Kenapa anak kita diserang batuk dan selsema?
Apa yang perlu kita fahami..kebanyakan jangkitan batuk dan selsema di kalangan kanak-kanak adalah disebabkan jangkitan kuman virus, dan bukannya jangkitan kuman bakteria. 

Apabila anak selsema atau batuk..kerapkali kita akan memberikan mereka ubat mahupun antibiotik. Apakah kesan ubat ataupun antibiotik kepada anak? 

Terdapat banyak kajian yang telah membuktikan bahawa ubat-ubat batuk dan selsema sebenarnya tidak berkesan untuk mengubati gejala-gejala bagi golongan kanak-kanak.

Malah lebih merisaukan, telah terbukti ubat-ubatan tersebut mempunyai kesan sampingan yang buruk apabila diambil oleh kanak-kanak yang kecil. Kesan sampingan seperti mengantuk boleh menyebabkan pengurangan penyusuan dan minum, terutamanya bayi dan kanak-kanak yang kecil yang secara tidak langsung boleh menyebabkan dehidrasi. 

Ubat batuk dan selsema selalaunya mengandungi antihistamine (seperti actifed) yang tidak digalakkan diberikan kepada kanak-kanak enam tahun kebawah dan sanagta tidak digalakkan untuk kanak-kanak dua tahun kebawah. Begitu juga ubat yang mengandungi seperti codeine, boleh mengakibatkan pernafasan bayi serta kanak-kanak diperlahankan. ) Jika diberi terlebih dos atau disebabkan komplikasi lain, kanak-kanak ini boleh berhenti bernafas, sawan, gangguan sistem saraf, jantung dan usus, serta membawa maut.

Di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak membenarkankan penggunaan ubat-ubat batuk dan selsema bagi kanak-kanak di bawah umur 2 tahun sejak tahun 2007.

Menurut FDA (Food and Drugs Administration) di Amerika Syarikat, ubat batuk dan selsema tidak dibenarkan untuk kanak-kanak di bawah umur 2 tahun; kanak-kanak di bawah 6 tahun tidak disyorkan untuk diberi ubat batuk dan selsema.

jika ubat juga tidak digalakkan..begitu juga dengan rawatan antibiotik yang sebenarnya hanya berkesan untuk jangkitan bakteria sahaja. Sekiranya demam selsema dan batuk itu tidak serius, antibiotik tidak akan merawatinya ataupun mengurangkan tempoh jangkitan tersebut.
 
Pengambilan antibiotik dengan tidak betul (tidak diperlukan, antibiotik yang salah, atau tidak mengikut sukatan, kekerapan atau tempoh rawatan) boleh memudaratkan keadaan dengan dua keadaan :
1. menyebabkan kemunculan kuman bakteria yang rintang terhadap antibiotik (antibiotic resistant bacteria) : kuman bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan yang jauh lebih bahaya yang tidak dapat dirawati serta boleh meragut nyawa. Kuman tersebut bukan bahaya kepada pesakit itu sahaja, tetapi boleh merebak kepada orang lain juga.
2. Superbug : Badan manusia (terutama kulit, saluran pernafasan &usus)  mempunyai kuman baik yang membantu melawan kuman asing yang menyebabkan jangkitan. Antibiotik bukan sahaja boleh membunuh kuman bakteria yang bahaya, tetapi ia juga boleh menyebabkan kemunculan superbug atau menghapuskan kuman baik dalam badan.
Antibiotik penting untuk menghapuskan jangkitan kuman bakteria bukan untuk kuman virus.

so..apa rahsia batuk dan selsama anak hilang tanpa ubat mahupun antibiotik?

Rahsia rawatan yang disyorkan adalah:

1. Titisan hidung dengan air garam (nasal saline drops) dan sedut hingus dari hidung (mucus extractor) yang senang didapati di kedai farmasi.

2. Teh limau madu yang suam
Madu didapati boleh mengurangkan batuk serta dipercayai boleh membunuh kuman. Walau bagaimanapun, ia tidak boleh diambil oleh bayi yang berumur kurang daripada setahun kerana kemungkinan mengandungi spora botulinum (jangkitan ini boleh menyebabkan gangguan sistem saraf yang serius). Spora ini tidak bahaya kepada kanak-kanak yang lebih besar serta orang dewasa mempunyai sistem pertahanan yang kuat.

3. Pengambilan cecair yang lebih
Susu ibu, air suam, atau sup ayam. Jangan diberinya minuman berkarbonat atau sitrus, sebab ianya boleh menyebabkan sakit / gatal tekak.

4. Rehat yang mencukupi
Ubat demam masih boleh diberi mengikut sukatan dan kekerapan yang disyorkan oleh doktor.


5. Elakkan pengambilan gula putih ketika diserang selsema batuk kerana GULA adalah MAKANAN VIRUS dan BAKTERIA yang boleh menyebabkan virus atau bakteria lebih aktif dan membiak..

6. KUNYIT: ditumbuk sedikit kemudian sapukan di hidung .

7. BAWANG PUTIH :
Selsema atau batuk kebiasaannya berlaku disebabkan virus,  memakan makanan antiviral seperti bawang putih atau kunyit dan lainnya akan membantu.  Buat minyak bawang putih untuk sapu pada dada anak (hana menggunakan garlic shaklee)


Rahsia, batuk, selsama, hilang tanpa ubat, antibiotik, garlic


8. NAIKKAN IMUN SISTEM
Jika selalu sangat batuk berlaku, perlu cuba naikkan imun sistem badan. Antara yang disarankan ialah :
a) Pengambilan supplement yang meningkatkan antivaral protein iaitu interferon . Interferon adalah sejenis protein yang dihasilkan oleh tubuh kita untuk melawan virus, sekaligus mengelakkan virus tersebut ‘membiak’ dalam tubuh kita. Hana menggunakan Nutriferon iaitu inteferon semulajadi di dunia yang HANYA dipaten oleh Shaklee dan TIDAK dijual di kedai2 biasa. 

Rahsia, batuk, selsama, hilang tanpa ubat, antibiotik, nutriferon

 b) VITAMIN C
vitamin antioksida seperti vitamin C yang dapat membantu melawan jangkitan serta meningkatkan sistem imuniti tubuh .
""The more we study vitamin C, the better our understanding of how diverse it is in protecting our health, from cardiovascular, cancer, stroke, eye health [and] immunity to living longer."(study researcher Mark Moyad, MD, MPH, of the University of Michigan).

Rahsia, batuk, selsama, hilang tanpa ubat, antibiotik, vitamin c


9. VITAMIN D
Vitamin D dapat mencegah asma dan alahan (termasuk alahan kulit). Sumber vitamin D yang baik adalah salmon dan cahaya matahari pagi (dedahkan diri pada cahaya matahari pagi). hana memberikan anak-anak OMEGA GUARD Shaklee kerana ia membekalkan
vitamin D yang diperlukan di samping kaya dengan kandungan lemak omega-3 yang in shaa Allah terbaik.

Rahsia, batuk, selsama, hilang tanpa ubat, antibiotik, omega guard






sumber: 
1. doktorbudak.com. 
2.webmd
3. drzubaidi.com


Kesemua supplemen di atas adalah istimewa buat anak-anak saya saya. Anda bagaimana? 



SEBARANG PERTANYAAN,
Hubungi Hana':

☏ Call/sms/whatsApp: 013-3652558  

cod: Nilai/Bandar Baru Salak Tinggi/ Salak/ Jijan

2 comments:

  1. Assalam..

    tengah cari petua untuk anak yg tgh selsema...mohon share info nye juga...

    jemput singgah blog saya ye...tq

    ReplyDelete
  2. Aslmkm sis...nk ty ade stok nutriferon x??

    ReplyDelete