Tuesday, September 15, 2015

Hati yang tenang


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

I'm back..........

 

Huhuhuuuu...jenuh mencari2 kembali laman ni dalam keadaan jerebu yang teruk ini..ingatkan IPU di luar je yang dah teruk...rupanya IPU laman ni lagi teruk jerebunya...hampir2 dah lupa kewujudan laman ni..mak aihh sawangnya usah nak katalah..nampaknya kena buat double spring cleans..:)

 

Rindu sebenarnya nak meluah dan berkongsi rasa..namun tak tahu sibuk apa...asyik xsempat je..huu..malu pada mereka yang sangat bijak mengurus masa...24/7..masa yang sama kita ada..tp hakikatnya..pengurusan masa kita sangatlah berbeza..kita yang menentukan manfaatnya masa kita atau tidak...antara test yang allah sentiasa beri pada kita...pengurusan masa..tak tahulah pencapaian CGPA kita dalam subjek ni..kena tunggu pengumuman di padang mahsyar kelaklah nak tahu sama ada kita berjaya atau tidak dalam ujian ni..huuu..Allahu rabbi... 

 

2014..tak banyak entri yang dibuat.... tahun yang penuh ujian..cabaran dan banyak menuntut pengorbanan dan mujahadah hati..bimbang jika menulis akan lebih ketara ketidaksatabilan emosi..menonjolkan ketidakmatangan diri yang tidak elok untuk diteladani..so..2014..biarkan ianya tersisip kemas dalam ingatan..buat pedoman dan peringatan...

 

Namun 2014 juga mencatatkan kemanisan dalam diari hidup..alhamdulillah allah beri rezeki berpindah ke rumah yang lebih selesa..itupun juga selepas pelbagai ujian dan dugaan dan lebih terubat apabila tesis yang diusahakan setelah pelbagai kekangan akhirnya dapat diselesaikan dan berjaya melepasi viva dengan izinNYA juga. Benarlah Firman Allah SWT:

 

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

 

Inilah antara kalam Illahi yang kadangkala kita tidak peduli..yang mungkin kita tdiak cuba untuk fahami..lalu membawa kita kepada keluh kesah..kerunsingan..sedangkan jika kita berusaha memahaminya..pasti kita tidak akan larut dalm dukacita dan kerunsingan kerana kalamNYa adalah kalam yang benar tiada dusta..hanya kita hambaNYA yang leka dan alpa.


15/9/2014...here we are..





 

2015...setelah berlalu 9 bulan..ini adalah entri pertama ....alhamdulillah 'ala kulli hal...ternyata penghijrahan  membawa kebaikan...suasana berbeza..mood berbeza..aura berbeza...moga terus positif dan dirahmatinya...


 

"Kebahagiaan itu bukan pada wang ringgit...harta melimpah ruah..kereta mahal dan mewah...isteri cantik..suami kacak..pangkat dan gelaran..tapi kebahagiaan itu datangnya dari hati yang tenang"

 



salam sayang..


1 comment:

  1. Terima kasih atas perkongsian. Memang ada berblog, ada masa kencang, ada masa suram. Tapi kalau diam diam ubi apa salahnya. Sekali kembali, entri penuh informasi.

    ReplyDelete