Pages

Thursday, May 21, 2009

Masa oh Masa!!!



Sedar atau tidak...setiap saat dan detik yang berlalu dalam kehidupan kita tidak akan dapat dikejar semula walaupun dengan pesawat yang paling laju...bahkan ia akan terus berlalu dan berlalu...dan apa yang kita mampu hanyalah mengenangkannya...masa yang berlalu hanyalah kenangan!!!Justeru itu Imam Al Ghazali r.a pernaha berkata bahawa perkara yang paling jauh ialah MASA LALU....

Masa umpama nyawa...mengurus masa samalah seperti kita menguruskan nyawa...Janganlah hendaknya kita menjadi manusia yang sering alali dan leka....hanya mahu sedar dan insaf (kalaupun mahu sedar@insaf) hanya pabila kematian hampir menjelang...janganlah jua kita menjadi manusia yang hanya menyedari hakikat hidup apabila kita telah mati. Sungguh aneh!!tapi itulah hakikatnya...manusia hanya menyedari hakikat hidup apabila jasad telah ditimbus tanah..namun apa guna penyesalan tika itu...masa tidak bisa diundur dan nyawa tidak bisa diganti...

Saidina Ali Karamullahuwajhah pernah berkata :
"Manusia ketika hidup di dunia semuanya tidur (lalai), bila mati baru mereka terjaga (sedar)"

Kita hanya akan mampu menguruskan masa dan nyawa dengan baik apabila mata hati kita terbuka...kerana dengannya kita mampu melihat hakikat disebalik kehidupan dunia yang sementara dan singkat ini. Dengan mata hati yang celik..kita akan memburu masa apabila kebanyakan manusia yang 'tidur' hanya diburu masa..


Kecemerlangan tidak terhenti di dunia...kesinambungannya di akhirat sana...

.

No comments:

Post a Comment