Pages

Friday, May 29, 2009

Menuju kejayaan....


Sebagai seorang Islam...kita tidak akan mampu menafikan betapa Islam amat menitikberatkan kejayaan dalam hidup setiap umatnya....Islam adalah agama yang memperlihatkan motivasi yang paling tinggi dan kuat...Islam juga merupakan motivator yang paling efektif...

Justeru...jika kita adalah umatNya yang mengaku beragama Islam...jadilah umat yang sentiasa menghayati serta meransangkan diri ke arah kejayaan..

Bagaimanakah kita mahu memastikan diri kita sentiasa menuju kejayaan itu?
Memetik tips2 yang diberikan oleh motivator terkenal tanahair Dato' Dr Fadzillah kamsah, jika kita ingin memastikan diri kita sentiasa teransang dengan kejayaan....kita perlu :

1. menghebahkan matlamat @ target @wawasan kita kepada orang lain agar ia boleh dijadikan peringatan untuk malu jika gagal dan agar orang lain turut sama mendoakan kejayaan kita.

2. persekitaran yang kemas kerana ia mencerminkan keperibadian yang sentiasa positif.

3. berkawan dengan orang2 yang positif yang boleh meransang kita kepada kejayaan

4. mengejar masa dan jangan sesekali membiarkan kita dihambat masa.

5. mendekatkan diri kepada hidayah Allah kerana hidayah Allah perlu dicari dan dikejar.

Wallahu 'alam.

Kecemerlangan tidak terhenti di dunia...kesinambungannya di akhirat sana.
.

No comments:

Post a Comment