Pages

Friday, April 24, 2009

Tak kisah....!!!



Alhmdulillah...segala kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan rahmatnya jua kita masih bernafas dan mampu mengecapi nikmat yang paling besar tika dan saat ini iaitu nikmat islam dan iman.

Sedar mahupun tidak kita sebagai manusia sering kali lupa dengan nikmat Allah yang paling besar ini lantaran kita terlalu 'sibuk' memenuhi tuntutan hidup dalam mengejar nikmat2 yang sementara cuma..

tapi...jgn tersalah faham kerana islam tidak pernah menghalang kita untuk mencari segala kenikmatan di dunia bahkan Rasulullah SAW pernah bersabda, mafhumnya: "bekerjalah kamu seolah2 kamu akan hidup selama2nya..."
.
nah! ini menunjukkan islam tidak pernah memaksa hambanya meninggalkan dunia..tapi...walau apapun yang kita buat n kita kejar...jgn sesekali kita melupakan alam abadi serta bekalan kita di akhirat nanti..."beribadatlah kamu seolah2 kamu akan mati esok hari"

ingat sahabat2ku....kita tidak pernah tahu bilakah Izrail akan datang menjemput kita...jgn kita terleka dan terlupa bekalan kita di sana...keindahan dan kenikmatan dunia hanya sepicing dr syurga yang menanti..

adus...!!bukan apa...kita kadangkala seolah2 macam percaya tak percaya je ngan janji syurga n neraka ...buat endah x endah n buat2 dek je dgn amalan2 kita..."solat? eh mestilah solat!ada pulak kata kita x solat!" tapi pernahkah kita menilai kualiti solat kita? khusyukkah kita? jarang2 sekali kan...(peringatan utk diri sendiri..hehehe)

Iyelah..dosa pahala n syurga neraka ni bende x nampak depan mata susahlah sikit kita nak melipatgandakan usaha. sebab kita tau 'pngk' atau 'gred' kita? cuba kalau pngk atau gred kita tu tercop kat muka...mesti berlumba2 kita nak cuba try test dptkan 4 flat atau A1! tapi...apakan daya...semua itu x nampak di depan mata...kerana itulah kita selalu buat x kisah...

hem...marilah kita berhijrah kalau kita termasuk dalam kategori umat2 yang x kisah tu (nauzubillah)...moga jannah sama2 milik kita..Aminnn!!



Kecemerlangan tidak terhenti di dunia...kesinambungannya di akhirat sana...

No comments:

Post a Comment