Pages

Sunday, April 19, 2009

Pasangan penuh misteri?


Telingaku begitu khusyuk mendengar setiap butir bicara yang dituturkan...sesekali gelak tawaku dan suami berselang mendengar lucuannya...ehm..pasangan kita penuh misteri?
tidak dapat tidak ku akui kenyataan itu dalam diam...

Ukuran 'kelamaan' kita mengenali sesorang tidak bermakna kita mengenalinya 100%. Dari segi fizikalnya mungkin 90% kita kenal tetapi bukan sikapnya, atmanya,jiwanya mahupun emosinya kerana kesemua elemen ini boleh berubah2....tidak pernah konsisten...yang akhirnya mencetus kepada perkataan MISTERI!!!

Bahkan Rasulullah SAW berkata mengatakan (mafhumnya)...Seseorang itu dikatakan tidak mengenali seorang saudaranya selagi tidak pernah bermalam atau bermusafir dengannya..

Nah...!! Jangan pula sabda Rasulullah itu di salahfahamkan...iyalah...ramai muda-mudi sekarang ni mengambil kesempatan menjalinkan ikatan "bermalam" dan "bermusafir" tanpa tiket yang sah semata2 untuk mengesahkan bahawa kita mengenali seseorang itu...Jangan ya...itu adalah fahaman yang salah mengenali sabda Nabi dan satu perbuatan yang HARAMdan BERDOSA.

Tutur Bicara pakar motivasi terkenal itu terus mencecah lubang telinga walaupun konsentrasiku kadangkala terganggu dengan keletah anak2...
"seorg lelaki x mampu mengenali seorang perempuan jika ia menggunakan logik akalnya sebagai seorg lelaki dan seorang perempuan tidak mampu utk mengenali seorang lelaki apabila ia menggunakan logik akalnya sebagai perempuan"

betullah tu...kerana orang lelaki pasti akan menilai dari sudutnya dan seorang perempuan itu menghakimi pula dari sudut pandangannya...sedangkan untuk mengenali sesorang kita mesti menilai dari sudut pandangan kita dan nilaian orang itu sendiri...to put yourself in one shoes..

Kadangkala apa yang kita fikirkan berbeza dengan orang lain fikirkan...timbangan kita berbeza dari sudut timbangan orang lain...apa yang cantik pada kita tidak semestinya cantik pada pandangan orang lain...namun gunakanlah nilaian dan ukuran yang dianjurkan oleh syarak...

Ingat!!! Berkahwin lama juga x bermakna kita dah betul2 mengenali pasangan...


Kita mungkin kenal dan tahu fizikalnya...sikapnya dan sifatnya..kerana itu adalah perkara 'luaran' yang kita boleh nampak...(dari cara pandangnya saja kita dah tau apa maksudnya...dari senyumnye pun kita dah tahu mesejnya..dan dr diamnya pun kita dah tau apa responnya...)

but...adakah kita tahu..apakah yang sebenar2nya tersirat di dalam hati pasangan kita itu? mungkin bibirnya menguntum senyum...mulutnya mengatakan ya...tapi dihatinya mungkin tidak seperti apa yang terzahir..sesungguhnya hanya Allah yang Maha mengetahui apa yang ada di dalam hati...

justeru....mohonlah selalu kepada Allah agar kita diberikan hati yang bersih...supaya kita dapat menggunakan mata batin (basiroh) dan gerak hati yang betul dalam mengenali seseorang terutama pasangan kita kerana kita sebenarnya perlu menganggap pasangan kita itu sebagai orang baru setiap hari yang perlu sentiasa dikenali yang akan merungkaikan perkataan M..I...S...T...E...R..I!

sesungguhnya manusia itu sentiasa berubah...lelaki,perempuan,tua mahupun muda akan berubah......justeru kita kena mengenali setiap orang apatah lagi pasanagan kita secara dinamik.

mohonlah kepada Allah agar kita diberikan inspirasi dan anugerahNya itu untuk lebih mengenali pasangan kita...

Kecemerlangan tidak terhenti di dunia...kesinambungannya di akhirat sana...

No comments:

Post a Comment