Pages

Tuesday, April 20, 2010

Tidak terhenti di sini...

Assalamualaikum....

Aduh..!!! Lama sungguh blog ini tidak diberikan entri terkini....blog sebenarnya selalu dijenguk sekadar lalu ...tetapi hasrat di hati untuk menitipkan sesuatu tidak pernah kesampaian...faktor kesihatan yang amat tidak mengizinkan tidak memberikanku ruang dan peluang untuk berlama-lama di hadapan laptop...sekadar menjenguk fb dan blog-blog kawan dalam masa tidak lebih dari sejam...menyebabkan aku tidak dapat memasukkan sesuatu yang baru...maaflah sekiranya kawan-kawan di alam maya menjadi bosan menjenguk blogku ini..maklumlah tiada sesuatu yang baru dapat dikongsikan..(;_;) memang agak menyedihkan...

Hakikatnya...terlalu banyak peristiwa demi peristiwa yang ingin dikongsikan bersama...insyaAllah...entri terbaru akan menyusul....ianya tidak akan terhenti di sini....

Sunday, January 10, 2010

Macam-macam adaaaa..(siri 1)


Salam di alam maya...

Ini adalah entri pertama untuk tahun 2010...

Serasanya terlalu banyak idea yang telah diperam..tapi bila duk mengadap komputer ni.. entah kemana pulak hilangnya semua idea-idea tu...=(
aduhhh...sekelip mata idea-idea yang dah cantik disusun di dalam kepala ini sirna pergi entah kemana....... masalah sungguh untuk memulakan satu penulisan.. terfikir.... macamanalah sahabat-sahabat aku boleh menulis satu isu dengan cukup baik dan mengesankan..arghhh.!!!

Rasa-rasanya kena beli satu tape recorder agaknya.... record dulu idea-idea yang nak diutarakan dan bila ada masa baru luahkan dalam bentuk penulisan...chewahhh gaya macam nak jadi penulis best-seller lah pulak..hihihi..

Sebenarnya... banyak benda yang nak dikongsikan bersama tetapi tak tau pulak nak tulis yang mana satu dan macamana..... so..., apa kata kalau aku tulis jelah apa-apa yang terlintas di kepala saat ini... walaupun nanti tak tau nak nak beri topik apa...
biarlah ia bercampurbaur isunya.... biarlah...!!
kadang-kadang sedap jugak kalau ada macam-macam perisa dan perasa ni...^_^

ok....firstly----> nilai sebuah kejayaan

teringat pada satu pertanyaan seorang sahabat...(sahabat ini mengenali kaum kerabatku)
mengenai pekerjaan adik-beradikku....aduhh..untuk apa agaknya soalan ini ya...???

Aku dengan senang hati memberitahu jawapan yang dikehendakinya....(mereka sekadar kerja biasa-biasa sahaja...bahkan adik-adik perempuanku hanyalah surirumah sepenuh masa..) tapi dalam hati tertanya-tanya jugak..kenapa ek dia tanya..ehm mungkin saja je nak tau kot..

Dalam pada itu telinga terus menangkap kata-kata yang dituturkan......respon kepada jawapanku kepadanya... oooo ... ehmm... fahamlah aku pokok bicaranya sekarang ni... rupa-rupanya dia berniat untuk membandingkan pekerjaan adik beradikku dengan sepupu-sepupuku yang lain....

Apapun aku tidak sedikit pun tersa hati dengan nilaian yang diberikannya...tapi aku tertanya-tanya sendiri...inikah nilaian kejayaan yang dilihat pada seseorang itu...melihat kepada pekerjaan dan jawatan yang disandang?

Jika ini nilaiannya.... maka sememangnya adik-beradikku bukanlah orang yang berjaya....apatah lagi untuk diakui sebagai orang yang hebat...
sekadar seorang ustaz Kafa... seorang kerja sendiri.... seorang cikgu biasa.. surirumah... seorang pelajar di Yaman yang tidak ada pengiktirafan sijil di Malaysia... seorang pelajar ipt yang belum tentu lulusnya...maka tiada di antara mereka yang boleh dikira berjaya...
berbanding dengan sepupu-sepupuku yang menjawat jawatan doktor pakar...akauntan..jurutera....arkitek ...penolong pengarah dan pelbagai lagi jawatan yang hebat ( aku sememangnya berbangga dan menumpang suka dengan kejayaan mereka)

Tidak dapat dinafikan bahawa inilah lumrah @ kebiasaan nilaian untuk kejayaan seseorang itu di dalam masyarakat kita....jika hebat jawatan yang disandang...jika mempunyai gaji yang tinggi@besar...maka berjayalah orang itu.... tetapi jika sekadar orang yang kerjanya biasa-biasa maka.......

Tetapi tidak pada nilaian aku....terdapat perbezaan yang amat besar antara nilaian aku dan nilaian masyarakat ini....padaku kejayaan bukan diukur semata-mata kepada jawatan atau gaji yang dimiliki tetapi kejayaan bagiku adalah bagaimana kita memaknakan diri untuk hidup sebagai seorang hamba yang istiqamah dalam menegakkan perjuangan ad-diiin , bagaimana kita mengasimilasikan addiin dalam kehidupan kita serta bagaimana kita mempersiapkan diri kita untuk alam kehidupan yang lebih abadi di sana..

Maka, di atas nilaian ini..aku amat berbangga dengan adikberadikku...bagiku mereka adalah insan-insan berjaya....walaupun tanpa pangkat dan harta..tapi aku tahu betapa mereka berusaha dan sentiasa berusaha untuk menghambakan diri kepada addiin tercinta....sentiasa istiqamah dalam perjuangan sehingga kerapkali terpaksa menelan kepahitan perjuangan ini....bukan untuk membangga diri atau mendabik dada...tetapi sekadar berkongsi sedikit apa yang ku rasa....biarlah sekadar ustaz biasa..tetapi telah banyak mencurahkan ilmu serta mengingatkan manusia kepada tanggungjawab sebagai hambaNya...tidak gentar untuk melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar...biarlah sekadar bekerja sendiri yang tidak tentu pendapatannya..tetapi telah dengan rasa tanggungjawab dan amanah mengorbankan kesenangan yang ada untuk memperjuangkan agama ... biarlah belajar di tempat yang tiada bernilai sijilnya di dunia kerja Malays.ia...tetapi seorang al-hafiz yang sedang mendalami ilmu agama...biarlah hanya sekadar suri rumah tetapi sedang mempersiapkan anak-anak permata hati mereka untuk menjadi mujahid dan mujahidah kepada agama tercinta....

Inilah asuhan ayahanda dan bonda tercinta...ayahanda yang selalu mengingatkan bahawa jangan dikejar hanya kehidupan dunia yang sementara ini kerana natijah akhirnya adalah kerosakan dan malapetaka kepada diri..tetapi kejarlah yang paling utama iaitu untuk membuat bekalan kepada kehidupan 'di sana' kerana telah dijanjikan kehidupan 'di sini' akan datang sendiri kepada kita..tanpa kita perlu berkeluh kesah dan merasa susah....
bagiku.. ayahanda adalah seorang pejuang sejati yang banyak membukakan mata hati kami untuk menilai kejayaan hidup dari demensi yang berbeza... bukan dari nilaian pangkat dan harta semata tapi dari sudut ruh islamnya... (Alfatihah buat Ayahanda yang sentiasa kurindui bicaranya..)

oleh itu... Biarlah apa nilaian orang pada mereka...tetapi padaku mereka adalah insan-insan yang berjaya...dan aku amat berbangga dengan mereka....kerana aku tahu bukan mereka tidak mengingkan kenikmatan dan kesenangan hidup di dunia ini tetapi aku lebih yakin bahawa mereka memahami bahawa Allah selalu menguji orang-orang yang BERIMAN dengan keadaan yang tidak disukai seperti kelaparan, kekurangan diri, bencana, sakit, kegagalan dan banyak lagi ujian-Nya. Segala ujian yang diturunkan adalah untuk MENAIKKAN DARJAT hamba-Nya dan menguji sejauh manakah ketaatan mereka kepada Allah dan seseorang yang lulus adalah orang yang tetap bersabar, tidak mengeluh, dan berprasangka baik kepada Allah.

Buat kekanda-kekanda dan adinda-adindaku tercinta, renunglah:

Sejenak bersama Rasulullah dan sahabatnya. Pernah suatu hari, Saad bin Abi Waqash berkata: “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, siapakah yang paling berat cubaannya? Rasul menjawab: Para nabi, kemudian yang seperti mereka dan yang seperti mereka. Seseorang akan diuji sesuai dengan kadar agamanya; jika agamanya bagus di dalam lubuk hatinya, maka dia akan menjadi orang yang berat ujiannya, dan jika dalam agamanya agak tipis, maka sesuai dengan itu pula ujiannya. Begitulah ujian hidup, ia akan terus bersama seorang hamba, sehingga ketika ujian itu pergi meninggalkannya, maka dia bebas berjalan di muka bumi ini tanpa ada kesalahan lagi.” (Hadis riwayat Tirmizi)

“(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal dan sesungguhnya Kami membalas orang sabar dengan memberikan pahala lebih baik dari apa yang mereka kerjakan.” (An-Nahl[16]:96).


Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah- buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah : 155)


Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (Q.S Al-Baqarah:214)


Walau sekuat manapun taufan yang melanda kehidupanmu, optimislah!


bertemu lagi dalam macam-macam ada siri kedua...


Tuesday, December 29, 2009

Di manakah kita?


Assalamualaikum...

Alhamdulillah dipanjatkan syukur kehadrat Illahi kerana terus dipanjangkan usia dalam islam dan iman...

waktu terus berlalu dan kini tahun baru masihi bakal menjelang tidak beberapa hari saja lagi..pastinya ramai insan diluar sana yang tidak sabar menanti detik2 12 malam untuk meraikannya...tetapi bagi diriku...entahlah...tidak timbul pun rasa sedemikian.....semakin jauhnya berlalu masa..maka semakin dekat pula ajal menanti kita...tiada rasa sesangat suka bahkan rasa resah dan gelisah kian melingkari jiwa menantikan ajal yang mungkin berada di mana-mana...yang akan menamatkan segala urusan dan kenikmatan di dunia ini...dan menanti pula sebuah kehidupan yang lebih hakiki yang sering kita lupai...

jika didunia kita sibuk membuat saving di bank-bank..menyimpan sedikit wang atau mungkin juga banyak.. untuk digunakan di masa-masa kecemasan atau masa tua...adakah kita turut beringat untuk membuka saving kita untuk akhirat? barapa agaknya penyata akaun simpanan akhirat yang telah kita simpan dan kumpul...

cukuplah kehidupan dunia yang melalaikan kita selama ini..cukuplah kenikmatan dunia yang hanya sedikit ini melekakan kita sebelum ini...cukuplah kita berajakan nafsu dan mengenepikan suruhan agama....
cukuplah! seandainya semua itu telah kita kita warisi selama ini maka inilah detik dan waktunya untuk kita membuat 'swing'...sempena awal muharam yang telahpun berlalu dan tahun baru yang bakal menjelang...
lets bygone be bygone...biarlah kita mulai detik baru ini dengan menjadikan kita hamba Allah yang sentiasa taat dan patuh kepada segala perintah dan syariatNya..menjadi pengikut Rasulullah yang sentiasa menghidupkan sunnahnya...jadikanlah diri kita seorang hamba yang sentiasa ingat bahawa setiap perbuatan kita akan sentiasa dihitung...ada balasan dan ganjaran...dan ingatlah bahawa kita hanyalah hamba yang akan dipanggil pada bila-bila masa...

Adakah kita kan ke syurga mahupun neraka....pilihan di tangan kita....


Salam tahun baru masihi...

semoga hari ini lebih baik dari semalam,
hari esok lebih baik dari hari ini,
dan hari-hari mendatang lebih baik dari hari sebelumnya...


.

Thursday, December 17, 2009

semalam...hari ini dan esok..



Assalamualaikum....

Bertemu lagi kita buat kesekian kalinya di alam maya ini...bilakah kita boleh bersua di alam realiti? Hanya Allah juga yang Maha Mengetahui...

betapa masa kian berlalu....masa tidak akan pernah berhenti berdetik walau sesaat (kecuali bila tibanya kiamat)...suka atau pun tidak...masa akan terus berlalu pergi meninggalkan kita..tiada daya mahupun upaya kita untuk menahan masa dari terus berlalu dan berlalu meninggalkan kita....ia terus pergi jauh dan jauh dari kita...apa yang lepas hanya menjadi kenangan...kenangan yang hanya mampu diingati...itupun kalau kita masih memiliki keupayaan untuk mengingat...tapi andainya Allah menarik sedikit demi sedikit daya ingatan kita...pasti tiada apa lagi yang mampu kita ingati...kerdilnya kita ini...!!



Sedar tidak sedar tirai 1430 hijrah bakal melabuhkan tirainya....betapa jauhnya masa yang telah berlalu antara kita sekarang dengan Rasulullah SAW yang tercinta....jika pada zaman Rasulullah baginda telah mengatakan betapa kiamat itu telah dekat...betapa pula setelah 1431 tahun berlalu...pasti lebih dekat... so...ingat-ingatlah sahabat semua.

yang berlalu pastikan berlalu...yang hidup pastikan mati....justeru..menjelang awal muharam yang bakal menjelang tidak berapa jam lagi...yang menandakan semakin bertambahnya usia kita...yang juga menandakan semakin hampirnya ajal kita dengan waktu yang Allah janjikan...marilah kita sama-sama mengkoreksi diri...memperbaharui niat dan azam serta berusaha untuk merealisasikannya sebaik mungkin sepanjang tahun ini....tinggalkanlah segala kekhilafan yang telah kita lakukan dan jangan diulangi...semoga tahun ini kita akan sama-sama menjadi hamba Allah yang bertaqwa dari semalam...dan akan lebih bertaqwa pada hari ini...dan lebih-lebih lagi bertaqwa pada hari esok dan seterusnya...sama-samalah kita...

Dunia ini hanya sementara...kebahagiaan juga hanya sementara...
kejarlah dunia yang lebih abadi dan kebahagiaan yang lebih haqiqi...



ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار




Salam Maal Hijrah.....

.

Saturday, December 12, 2009

Sedar? Tak Sedar?


Fenomena Halo bulan kerap kali kelihatan sejak 2-3 bulan kebelakangan ini...
Fenomena ini sebenarnya bukanlah baru kerana ia pernah juga berlaku sebelum ini cuma kita kurang menyedarinya...

Namun..kejadian halo yang berlaku kebelakangan ini adalah lebih luar biasa apabila dalam setiap kejadian terdekat ini disertai dengan kalimah Allah...bukan kecil tetapi jelas dan senang dilihat...Apakah rahsia yang ingin disampaikan olehmu Ya Allah?

Apapun...dua kali berkesempatan melihat kejadian ini memberikan aku merasa dua perasaan yang amat berbeza...

kedua-dua halo yang ku lihat berlaku pada hari Sabtu Malam Ahad....

kali pertama adalah pada 30 September 2009...lebih kurang pukul 9+ malam...sibuk kawasan kejirananku apabila jiran-jiran keluar ke laman menaksikan fenomena ini..aku turut serta tidak ketinggalan....kali pertama melihat..MasyaAllah..rasa takjub dan kagum dengan keindahan ciptaan Allah....begitu cantik sekali bulan dan lingkarannya kelihatan...anak-anakku juga begitu riuh mulut mereka memuji-muji kecantikan bulan ini...

sejurus selepas menikmati pemandangan indah pada waktu malam ini..aku didatangi satu sms yang meminta agar memerhatikan kalimah Allah yang tertera...walaubagaimanapun aku tidak dapat melihat dengan jelas kalimah Allah yang berada di antara bulan dan lingkarannya itu ...agak samar..tetapi masih boleh dilihat...Maha Suci Allah di atas kebesarannya....

dan pada hari yang sama.... rupa-rupanya satu gempa bumi besar dengan magnitud 7.6 SR (@ 7.9SR) telah menimpa bumi Pariaman di Padang, Indonesia yang telah mengorbankan lebih seribu nyawa ...juga gempa bumi bermagnitud 8.3 SR serta tsunami besar telah melanda Samoa yang melenyapkan banyak perkampungan...

petanda kebesaran dan petanda kemurkaanNya ditunjukkan pada hari yang sama....

"Aahh! bukan balalah..memang dah nak jadi bencana....nak buat macamana......padng tu kan terletak di tengah wilayah cincin api, memang kawasan tu akan senantiasa di bayangi oleh bencana gempa dan gunung berapi..lagipun ni bukan kali pertama...sikit-sikit bala'..sikit-sikit bala' ...."

wajarkah jika ucapan ini di tuturkan oleh seorang yang mengaku ianya beragama Islam?

Sedangkan Allah berfirman...:
Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala ni'mat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut dengan bala bencana yang membinasakan, maka mereka pun berputus asa dari mendapat sebarang pertolongan. ( al-An’aam ayat 44)

(ingatlah taat dan bersyukur kepada Allah.], dan sesungguhnya Allah Maha mendengar lagi M), ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang ada penyakit di dalam hatinya berkata: “Mereka itu (orang-orang mukmin) ditipu oleh agamanya”. (Allah berfirman): “Barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, Maka Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. Kalau kamu melihat ketika Para Malaikat mencabut jiwa orang-orang yang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka (dan berkata): “Rasakanlah olehmu siksa neraka yang membakar ”, (tentulah kamu akan merasa ngeri), demikian itu disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri. Sesungguhnya Allah sekali-kali tidak menganiaya hamba-Nya, (keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang yang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha kuat lagi amat keras siksaan-Nya, (siksaan) yang demikian itu adalah karena sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan meubah sesuatu nikmat yang telah dianugerahkan-Nya kepada suatu kaum, hingga kaum itu meubah apa-apa yang ada pada diri mereka sendiri [Allah tidak mencabut nikmat yang telah dilimpahkan-Nya kepada sesuatu kaum, selama kaum itu tetapaha mengetahui, (keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang yang sebelumnya. Mereka mendustakan ayat-ayat Tuhannya, maka Kami membinasakan mereka disebabkan dosa-dosanya dan Kami tenggelamkan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya; dan kesemuanya adalah orang-orang yang zalim. Sesungguhnya binatang (makhluk) yang paling buruk di sisi Allah ialah orang-orang yang kafir, karena mereka itu tidak beriman. (QS. Al An fal, 8 : 49-55)

Begitulah jika manusia kian lupa kepada kalam Allah...lupa pada janji Allah...lupa pada kekuasaan dan kehebatan Allah... lupa kepada balasan Allah..lupa pada segala-galanya...
tidak guna ijazah yang ada...tidak guna pangkat yang disandang...dan tidak guna gelaran yang dibanggakan jika perkara sebegini pun tak boleh difahami.....padaku mereka ini adalah sebodoh2 manusia....

aduh...teremosi sekejap..(~_^)

berbalik kepada peristiwa halo bulan...

fenomena kali kedua yang dapat aku lihat berlaku pada 28 November 2009..juga pada hari lebih kurang pukul 9+ malam....

ehm....melihat pemandangan halo kedua ini memberikan satu perasaan yang amat-amat berbeza dari pengalaman pertama....(<_<)

sejurus memandang ke langit...timbul perasaan gerun dan takut..sungguh!! tanpa aku sedar bulu romaku juga turut meremang....suami sibuk cuba merakamkan pemandangan itu tapi dengan kamera yang tidak sesuai ditangan...pemandangan itu tak dapat dirakamkan dengan jeles.....
melihat ke langit ketika itu seolah-olah seperti melihat satu jurang yang amat dalam dan besar....sungguh dalam..!! MasyaAllah..petanda apakah pula kali ini....? hatiku berdebar....ye..rasa takut..risau..bertimpa-timpa dan menampi=nampi dalam dada....
pelbagai gambaran negatif bermain-main di benak...Kalau itu..Kalau ini..isyy..sungguh tak sanggup memabayangkan jika berlakuya apa2....takuttt...!! x dapat dibayangkan jika aku berhadapan dangan musibah-musibah bencana alam yang tak terduga ini..mampu @ sabar @ redhakah aku?? aduhhhh.

bohonglah jika aku mengatakan betapa aku sikit pun tak rasa risau bila memikirkan bencana@bala ini....sebenarnya sejak peristiwa tsunami yang melanda Banda Acheh dan tidak terlepas Malaysia..banyak merubah diriku secara perlahan...aahh!! betapa ajal itu begitu hampir dengan kita dan tidak dapat diduga...kadang-kadang terlintas segala perkara buruk...macamana kalau tengah-tengah tidur tiba-tiba ada gempa bumi atau taufan atau lain2..bersediakah aku untuk MATI?? cukupkah bekalan aku...?cukupkah amalan aku...?rasa insaf memang mencanak-canak dalam diri tapi masih juga membiarkan nafsu merajai diri....Ya Allah bimbinglah aku...berikan aku Rahman dan RahimMu...

bila datang keinsafan ni..mulalah rasa macam tak nak bangun je dari tikar sembahyang....biarlah kalau aku matipun tika aku sedang mehadirkan diri kepadamu..tapi hakikatnya aku masih juga tewas dengan keindahan dunia....aduhh..sungguh susah mujahadah melawn nafsu ni....wajarlah ianya diberikan martabat antara jihad yang besar....Ya.!! betapa aku berjihad setiap hari...Alhmdulillah...

opss....dah terlari topik...
so...berbalik kepada cerita tentang bencana...

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kebelakangan ini..beberapa siri bencana alam kerap berlaku di serata dunia antaranya.....Ogos : gempa di padang....taufan morokot di filipina, September : Gempa bumi dan tsunami bermagnitud 8.3 SR di Samoa, Taufan Ketsana di Filipina, Oktober : Taufan Parma di Filipina, banjir lumpur di Sisilia, Itali,(terburuk di Itali sejak 1998) November : banjir lumpur di Sao Poula,Brazil....banjir kilat di Jeddah....

Itu hanya sebahaguan berita mengenai bencana di seluruh dunia yang berlaku sekitar 3 bulan kebelakangan ini......
sesungguhnya setiap kejadian itu ada petandanya jika kita mahu berfikir....

“Tak ada suatu negeripun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuzh).” (QS. Al Isra, 17 : 58)

sesungguhnya sebagai orang Islam kita mesti mengakui bahawa rangkaian musibah, ujian dan bala bencana yang menimpa manusia adalah karena perbuatan maksiat dan dosa mereka kepada Allah Swt dan RasulNya, mendustakan ayat-ayat Allah, mengkufuri nikmat-nikmatNya dan menukarkan kenikmatan itu dengan kekafiran, menukar hukum Allah dengan hukum jahiliyah dan kecenderungan masyarakat bergelumang dengan arak dan zina.


“Dan tidak adalah Tuhanmu membinasakan kota-kota, sebelum Dia mengutus di ibukota itu seorang rasul yang membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka; dan tidak pernah (pula) Kami membinasakan kota-kota; kecuali penduduknya dalam keadaan melakukan kezaliman.” (QS. Al Qhashash, 28 : 59)

“Dan Tuhanmu sekali-kali tidak akan membinasakan negeri-negeri secara zalim, sedang penduduknya orang-orang yang berbuat kebaikan.” (QS. Hud : 117)

Semoga kita semua digolongkan dlm kalangan hamba-hambaNya yang beriman. dan berbuat kebaikan. Telah banyak teguran-teguran yg diberikanNya. Moga-moga ia menjadi satu inzar untuk kita sama-sama memperbaiki diri sendiri dan seterusnya rakan-rakan dan masyarakat.

Renungkanlah:

Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri Beriman dan Bertakwa, pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat kami) itu, Maka kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.” (QS. Al A’raf, 7: 96)

Adakah kita sedar? atau tak sedar?
marilah kita sama-sama memuhasabah diri....

dan marilah kita sama-sama berdoa:
(بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي اْلأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ )

Tuesday, December 8, 2009

Nikmat dariNya...


Alhamdulillah...aku masih diberikan nikmat islam dan iman
Alhamdulillah..aku masih diberikan kesempatan untuk terus bernafas di bumiNya
Alhamdulillah..atas segala nikmat-nikmat yang dikurniakan olehNya...
Sesungguhnya nikmat-nikmat itu membuatkan aku terus merasa betapa kerdilnya diriku di sisiNya...
betapa Dia tidak pernah lupa pada aku sedangkan aku sering lupa padaNya..
moga-moga nikmat yang dikurniakan ini akan terus menjadikan aku hamba yang sentiasa mengingatinya...tak kira waktu susah mahupun senang...
waktu sakit mahupun sihat...
waktu miskin mahupun kaya...
pendek kata..
moga aku akan sentiasa mendambakan kasihsayang dariNya... setiap detik dan ketika kerana...aku tahu aku hanyalah insan yang sering dan mudah lupa dengan nikmat dunia.....
sering lalai dan alpa...
lupa bahawa nikmat itu adalah dariNya...
yang boleh diberi pada bila-bila masa yang Dia suka...
dan juga boleh diambil sekelip mata.....
Sesungguhnya...aku hanyalah hamba yang sering terbuai dengan kasihsayang manusia....
jua dengan kesenangan dunia....
namun..
Kau tidak pernah lupa pada hambaMu ini...
kala ku jauh Kau dekat...
dan..kala ku dekat Kau lebih Dekat...
betapa bersyukurnya aku dengan nikmatMu itu...
namun....aku tetap mahukan kenikmatan duniawi...
dan aku jua mahukan nikmatnya syurgawi.....
kerana aku tahu Kaulah ArRahman dan Kaulah ArRahim...
berikanku di dunia ini kebaikan dan di akhirat juga kebaikan...dan jauhkan ku dari azab api neraka....
Ku dekat Kau dekat....



kecemerlangan tidak terhenti di dunia..kesinambungannya di akhirat sana...