Pages

Tuesday, January 28, 2014

Liku2 Sebuah Perjalanan

Assalamualaikum wbt.

Sahabat2 yang dirahmati Allah....moga terus sihat, segar dan ceria..dirahmati dan diredhaiNYA sentiasa.

Tahun 2014 telah hampir sebulan berlalu..pastinya lembaran 2014 ini telah mula diwarnai dengan pelbagai ceritera suka dan duka..pahit dan manis....pastinya semua ini datang silih berganti..
Pastinya setiap yang dilalui pasti turut menjemput pelbagai rasa dijiwa..rasa lelah..rasa penat..rasa bahagia..rasa kecewa....rasa ingin berusaha dan 1001 rasa lagi pasti menjenguk dan mengetuk lembaran awal 2014 ini kan..


Hakikatnya bukan senang untuk senang..dan bukan juga susah untuk susah..roda kehidupan ini akan berputar..yakinlah..jika sekarang kita gagal kita akan menemui kejayaan..jika sekarang kita berduka..pasti satu masa nanti kita akan menemui bahagia dan sebagainya..ini lumrah hidup yang perlu kita tempuhi dengan syukur dan sabar. disebalik nikmat itu ada harganya..di sebalik ujian itu ada hikmahnya..

Jom positifkan diri...ubah pemikiran..jangan mengalah..teruskan langkah anda..
sentiasalah berbaik sangka dengan Allah...hidupkan addin bermula dari diri anda..jadilah anda ummat Muhammad yang membanggakan...in shaa allah kebahagiaan dunia dan akhirat bakal dimiliki.

#anda mencorakkan kehidupan anda..pilihlah untuk keberuntungan abadi..in shaa allah anda diredhai dan diberkati#

No comments:

Post a Comment