Pages

Friday, November 19, 2010

Tika Ujian Melanda

Tika ujian melanda........
hati pasti resah
jiwa pasti gelisah
sedih, pilu dan gundah

Tika ujian melanda..........
usah dipersoal kenapa mengapa
dan usah disesali apa yang menimpa

Tika ujian melanda.........
yakinlah hikmah di sebaliknya
kesenangan membuatkan kita leka
kenikmatan membuatkan kita alpa
ujian diberi agar tidak lupa
supaya memuhasabah diri sentiasa
agar tidak terpesong dari jalan Nya

Tika ujian melanda........
berbahagialah..
Itu tanda kasihNya masih ada
hanya menguji keimanan di dada
juga menilai kesabaran di jiwa

Tika ujian melanda.........
pastikan hati sentiasa ingat dan tidak lupa
bahawa kita hamba
yang perlu sentiasa bergantung harap pada yang Esa
dan yakinlah Dia tidak melupakan kita....

Berdoalah...!!!!


No comments:

Post a Comment