Pages

Monday, November 22, 2010

Tiba akhirnya..


Alhamdulillah..cuti sekolah telah bermula....saat yang biasanya amat ditunggu-tunggu oleh insan2 yang bergelar pendidik..kata orang, masa untuk bercuti panjang.Iyekan sajalah..walaupun hakikatnya cuti cikgu-cikgu ni tidaklah sepanjang itu...masih ada kursus yang perlu dihadiri, hari-hari bertugas dan mesyuarat-mesyuarat yang menanti..

Apapun...sebagai seorang guru...aku tetap bersyukur kerana ruang waktu untuk bersama keluarga masih tetap lebih berbanding kawan-kawan yang bekerja di pejabat...dan kerana itu jualah aku tidak pernah menyesal buat pengorbanan untuk bertukar arah dalam bidang kerjaya...kerana aku yakin inilah yang terbaik untukku yang telah ditetapkan olehNya sebagaimana yang sering ku doakan saban hari...:

اللهم إن نسالك خيرا كله عاجله و أجله
وما علمنا منه و مالم نعلم

و نعوذبيك من شركله عاجله وأجله
و ما علمنا منه و ما لم نعلم

3 comments:

  1. seronoknyer....selamat bercuti ye kak...dapat banyak masa ngan bb dan anak2 yg lain bestnyer...

    ReplyDelete
  2. hehe..jgn jeles ek...memang lebihlah masa ngan anak2 berbanding hari persekolahan..sekarang tgh mood mengajar anak dara membuat kek..jom dtg rumah makan kek..:)

    ReplyDelete