Pages

Tuesday, November 10, 2009

Alahai anak....


Mataku kejap menatap patah demi patah yang tertera dalam kitab Pendidikan Anak-anak Menurut Pandangan Islam yang ditulis oleh Abdullah Nasih Ulwan....minda mencerna jua cuba memaham, melumat dan menghadamkan setiap mesej yang disampaikan...sambil menilai diri sendiri...

Allahu Akhbar..terasa betapa diri ini masih kerdil dalam ilmu keibubapaan...banyak khilaf yang telah dilakukan...sama ada disedari mahupun tidak..ampunkanku Ya Allah kerana telah mengkhianati amanahmu..! memang terasa sesalan di jiwa dengan kesilapan yang telah dilakukan....tetapi tidak perlu untuk kita meratapi apa yang telah berlalu...ambillah ia sebagai iktibar dan perbaikilah ia di masa hadapan. Alhamdulillah Allah masih memberiku ruang waktu untuk memperbaikinya!!

Sesungguhnya bukan mudah untuk kita menjadi seorang ibu @ bapa...banyak persediaan yang perlu dilakukan..dan banyak jua ilmu yang perlu ditimba serta dipelajari....
Anak adalah amanah dari Allah....yang dipinjamkan buat kita hanya untuk sementara waktu..yang tidak kita ketahui bilakah masanya akan diambil kembali....

Sudah semestinya adab meminjam..mestilah barang yang dipinjam itu dipulangkan dalam keadaan yang baik atau digantikan dengan nilai yang setara...begitu jualah dengan anak2....
hanya pinjaman Allah kepada kita buat sementara....justeru mesti dijaga dengan baik kerana jika rosak kita pasti tidak akan dapat memberi ganti atau membayar nilainya walaupun kita manusia yang paling kaya di muka bumi ini...

Janganlah kerana orang ada anak..kita pun turut teringin dan terdetik hati dan nurani ingin sama mempunyai anak....tapi persediaannya zero..nehi...kosong...!

Mendidik anak-anak pada zaman sekarang amatlah sukar dan mencabar...
cabarannya tidak seperti zaman nenekmoyang dan ibubapa kita dulu-dulu...
cabaran pada zaman sekarang datang menyerang dalam setiap sudut...bukan hanya di luar..bahkan cabaran di dalam rumah jua tidak kurang hebatnya...

Justeru...ilmu keibubapaan tidak boleh dipandang enteng dan mudah...mahu atau tidak setiap dari kita terutamanya ibubapa yang masih muda ini..menyediakan diri kita dengan ilmu-ilmu ini...Namun..janganhanya memperkayaan diri dgn
parenting tips yang diolah oleh ilmuwan-ilmuwan barat kerana sesungguhnya Islam juga menyediakan Islamic Parenting yang lebih hebat!!

Didiklah anak-anak kita dengan ajaran Islam yang sempurna..biasakan mereka dengan akhlak islam serta tarbiah mereka dengan iman, islam dan ihsan kerana merekalah SAHAM kita yang terbesar di dunia dan akhirat.

Semoga anak-anak kita akan sentiasa menjadi penyejuk mata dan hati kita...aminn!!



kecemerlangan tidak terhenti di dunia...kesinambungannya di akhirat sana...

.

3 comments:

  1. salam Hana,
    setuju tu..kdg2 kita terkeliru apa nak diisi dgn 'bekas kosong' yang ada pada kita..parents sekarang mmg perlu Islamic parenting

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. ehm.."bekas kosong"?
    sebenarnya anak2 ni bukannya bekas kosong mie....semenjak di alam roh lagi anak2 dah ade pengetahuan yang cukup untuk menghadapi tipu daya dunia..cuma mereka memerlukan bimbingan @ tarbiah yang betul....
    moga2..kita bukanlah dalam glgn yang keliru itu..:)

    ReplyDelete