Pages

Friday, October 30, 2009

Kun fayakun....


Alhamdulillah dirafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana masih memberikan ruang untukku terus berkongsi sedikit rasa bersama sahabat2 semua..lama sungguh rasanya tidak mencurahkan idea sendiri di laman maya ni....sememangnye bila sesuatu kerja ditangguh2 ia akan menjadi sungguh2 n betul2 tertangguh....itulah kelemahan seorang hamba yang amat terbatas kudratnya...:(

Semenjak dua menjak ni memang terasa kekurangan daya dan upaya....terasa sangat....lesu,pilu dan tidak bersemangat..Entahlah!...bermacam-macam perasaan dan rasa, bercampur baur dan bersilih ganti. Serasa diri ini hanyalah seumpama secebis garam di lautan..yang tiada harga dan kurang bernilai...semuanya kerana perasaan ini...libang libu...!

mesti para sahabat semua tertanya-tanya kenapakan? memangku mencuri ruang dan waktu ini untuk berkongsi apa yang ku rasa...xkiralah apa tanggapan sahabat semua selepas ini..tapi...ku tetap mahu melakukan perkongsian rasa ini...

ku teringat dengan sepotong ayat dari surah Yaasin yang sering dibaca oleh kita semua paling kurang seminggu sekali setiap malam jumaat..yang bermaksud:

"Sesungguhnya urusanNya apabila Dia mengkehendaki sesuatu, Dia hanya berkata kepadanya "jadilah" maka jadilah sesuatu itu"

justeru...apa kaitan surah ini dengan diriku ini? sebagai seorang muslim tidak dapat tidak kita mesti bahkan wajib mempercayai setiap kalamullah yang termaktub dalam Kitab Suci AlQuran....tidak layak langsung kita mempertikaikan atau membantah...betul2 tidak layak...Nah!! kerana ketidaklayakan ini...kewajipan untuk mengakui setiap kebenaran kalam ini membuatkan hatiku benar2 gundah...


Betapa ayat ini memberikan pengertian bahawa kekuasaan Allah itu amat tidak terbatas...
Allah berkuasa menjadikan setiap dan segala sesuatu yang dikehendakiNy. Jika dikehendakinya hitam..maka hitamlah...jika dikehendakiNya putih maka putihlah...tetapi...adakah kita akur akan kekuasaan Allah ini? atau kita ingat tetapi buat-buat terlupa? atau kita betul-betul terlupa?

hakikatnya...manusia sering lupa, terlupa dan dilupakan dengan pelbagai-bagai sebab dan alasan...argh!! itu memang fitrah manusia. tetapi awas!! jgn sampai kerana sifat 'lupa' kita itu kita menjadi hamba yang besar dan lupa diri...

Lihat disekeliling kita...saban hari kita mendengar pelbagai-bagai bencana kian kerap menimpa dunia...taufan, tsunami, gempa bumi, banjir, dan sebagainya.
lupakah kita bahawa segala bentuk bencana alam itu adalah merupakan satu petanda dan bala daripada Allah?

Arrggh!!! jangan risau..Malaysia berada di zon selamat...
Malaysia berada di luar kawasan laluan taufan...
Malaysia ada ada penggera amaran tsunami..
Argh!!! rileks! rileks! jangan panik!!
kita tidak perlu takut dengan bencana bencana itu...
kita selamat...
Sahabat!!! amaran demi amaran yang telah diberi oleh Allah...tetapi
kita masih lalai..
kita masih leka...
kita sibuk mengejar dunia...
sehinggakan...kita kurang membuat persedian untuk bekalan di 'sana'...

jangan kerana sifat 'lupa' kita itu menjadikan kita hamba yang sombong dan bongkak.
kehebatan manusia ada batasannya...

seangkuh-angkuh firauan akhirnya ditelan laut...
sekaya-kaya Qarun akhirnya turut berkubur di dasar laut...
sehebat2 Jepun dan teknologi gempanya...tetapi bandar Kobe tetap dilanda sejarah gempa bumi termahal dalam sejarah moden.......dan terburuk dalam sejarah negara itu...

jadikan sejarah dan kisah2 lalu sebagai sempadan dan tauladan buat kita...
ingatlah...kematian seumpama bayang2 yang sentiasa dekat dengan kita...yang tidak pernah kita tahu waktunya....

ingatlah..bila Allah berkata "kun" "fayakun" tidak pernah tercepat atau terlambat...

semoga kita sentiasa menjadi hamba yang sentiasa diberi kesempatan oleh Allah untuk terus mengecapi rahmatNya...


.

2 comments:

  1. Salam, Hana.

    Alhamdulillah, perkongsian yang bermanfaat untuk direnungkan bersama.

    Memang ramai diantara kita yang merasa aman dan selamat dek kerana bencana alam sangat-sangat jarang berlaku di negara kita. Yang ada setakat ini, banjir dan tanah runtuh. Gempa sekadar tempias dari negara jiran berhampiran.

    Sayang dan amat malang andai sekian banyak 'teguran' dari Allah kepada manusia biar di mana jua, tidak sedikitpun menghadirkan keinsafan kepada kita..

    Semoga kita bukan golongan yang sombong itu...dan semoga kita tergolong di kalangan hamba-hamba-Nya yang bersyukur dan bertaqwa.

    ReplyDelete
  2. wslam..

    mudah2an kita tergolong di antara hamba2Nya yang sentiasa bersyukur dan bertaqwa...

    Janganlah peringatan dr Allah itu di pandang enteng....sesungguhnya kita tidak tahu selama manakah kita akan diberikan nikmat...hakikatnya hidup ini berada dalam pusingan roda...kita tidak akan selalunya berada di atas dan sebaliknya...
    bersiapsiagalah setiap masa agar kita tidak menyesal di hari kemudian....

    sekadar peringatan bersama dan berkongsi sedikit rasa..:)

    ReplyDelete