Pages

Sunday, May 16, 2010

Jika.....


Cikgu…
Jika usahamu dilupai...
Jika pengorbananmu tidak dihargai....
Jika keringatmu tidak disanjungi..
Dan jika penat lelah mu tidak dipeduli..
Janganlah berkecil hati…
Tanpa anugerah duniawi,
Keikhlasan dan kemuliaanmu tetap Allah catat
sebagai bekalan menuju alam yang abadi...


Sedar mahupun tidak...kita adalah seorang guru...
kerana yang pasti..kita adalah guru kepada diri kita sendiri...
Selamat Hari Guru buat semua

juga...

Selamat Hari Guru buat sahabat-sahabat yang berjuang di medan pendidikan kerana anda sudah pasti seorang 'GURU'.....

pastinya..tahun ini ku meraikan Hari Guru tanpa kehadiran seorang insan yang istimewa dalam hidupku....tanpamu bonda......yang melahirkanku ke dunia, mendidikku..dan mengajarku..tidak sekadar terhenti di rumah tetapi tanggungjawab itu tetap dikau pikul hingga ke sekolah di saat ku meniti usia remaja...Terima kasih Bonda....kerana kaulah Ibuku dan kaulah Guruku.....Al Fatihah buatmu..!!

No comments:

Post a Comment