Kebelakangan ini ramai ibu-ibu diserang kerisauan dek kerana anak yang mencapai tahap obes dan ada juga yang risau kerana anak yang terlalu kurus (picky eater)
Sebagaimana orang dewasa...kanak-kanak juga perlu dipastikan mempunyai berat badan yang ideal..seawal usia bayi lagi..setiap kali kita membawa anak-anak untuk pemeriksaan di klinik..pasti berat dan tinggi anak-anak kita adalah perkara pertama yang akan diambil dan dicatat oleh jururawat. Kemudian..mereka akan menandakan berat dan ketinggian anak kita ke dalam satu graf tumbesaran (growth chart) yang terdapat di dalam buku imunisasi anak-anak. Graf ini berbeza bagi bayi lelaki dan perempuan kerana kadar tumbesaran untuk kedua-dua jantina adalah tidak sama. Berpandukan graf ini, kita boleh merumuskan sama ada anak berada di tahap berat badan yang ideal? atau.... obes? atau pun.. kekurangan berat badan?
Kenapa perlu mengetahui berat anak?
Ya..menurut kajian perkembangan awal kanak-kanak..tumbesaran merupakan salah satu suatu indikator sensitif kesihatan anak, status nutrisi dan latar belakang genetiknya. ketidakseimbangan antara ketinggian dan berat badan dapat menunjukkan adanya masalah kesihatan. Anak-anak yang obes mahupun kurus dikhuatiri mudah mendapat penyakit ekoran berat badan mereka yang tidak ideal.
Kenapa perlunya makanan seimbang?
Makanan yang sihat dan seimbang merupakan satu perkara yang penting dalam kehidupan anak-anak kerana ia membekalkan tenaga,membantu perkembangan otak dan tumbesaran.
Ibu bapa perlu mengambil tahu setiap kandungan yang
terdapat dalam makanan anak-anak bagi memastikan tubuh badan mereka menerima khasiat yang diperlukan. Memilih makanan yang padat dengan khasiat dapat memastikan tubuh
kanak-kanak menerima keperluan sepatutnya yang diperlukan untuk
perkembangan dan tumbesaran mereka.
Makanan tambahan yang disarankan?
Apakah yang boleh kita berikan untuk memastikan anak kita mendapat vitamin, zat
mineral, kalsium, DHA dan protein yang mencukupi selain dari pemakanan harian mereka?
Ini mungkin untuk mereka! Pilihan yang lebih mudah, ringkas, semulajadi
dan tiada perisa tambahan. In shaa allah boleh membantu memenuhi keperluan nutrisi yang terkurang dalam pemakanan seharian.
No comments:
Post a Comment