Bismillahirrahmanirrahim
Selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., ahli
keluarga serta sahabat baginda..Alhamdulillah, hari yang cukup indah
dengan nikmat kurniaanNya yang tidak terhingga banyaknya..
Assalamualaikum w.b.t
salam sejahtera..salam sihat dan ceria..!
Hari ini nak sentuh topik tentang anak-anak sikit..:)
Allah SWT berfirman, mafhumnya:
“Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang
Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia
kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan
(kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa
yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”
(asy-Syura: 49-50).
Ibu bapa mempunyai tugas berat mendidik anak-anak agar menjadi generasi rabbani. Amanah ini cukup berat dan akan ditanya di akhirat kelak.
Sabda Nabi, “Hak anak ke atas ayahnya ialah memberinya
nama yang baik, mengajarnya menulis, mengahwinkannya apabila sudah cukup
umur dan mengajarnya al- Qur’an”. (Riwayat al-Hakim & ad-Dailami).
Baginda SAW juga pernah bersabda, “Tidak ada suatu pemberian yang lebih
baik daripada seorang ayah kepada anaknya daripada budi pekerti yang
baik”. (Riwayat at-Tirmidzi).
Ini adalah tanggungjawab yang jelas kepada semua yang bergelar ibu bapa..kita tidak boleh menafikan sama sekali amanah yang telah dipertanggungjawabkan Allah kepada kita ini kerana anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai.
Antara aspek penting juga yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa ialah jaga kesihatan anak-anak sejak mereka kecil dengan roh iman dan ibadat
kepada Allah agar hidup mereka nanti tidak di jangkiti penyakit sosial. Berikan anak kita didikan agama yang berterusan agar roh islam dan iman sebati dalam diri mereka.
Di samping itu juga pastikan kesihatan anak kita turut dijaga dan dititikberatkan agar mereka membesar sihat dan pintar, cergas dan cerdas seterusnya mampu menjadi pejuang penegak Addin tercinta.
**********************************************
Ini adalah pilihan Hana' dalam usaha memaksimumkan pengambilan makanan terbaik untuk anak-anak..In shaa allah.
Omega, Mealshakes, Vitamin C dan Nutriferon....alhamdulillah sangat membantu agar anak-anak Hana' sihat dan pintar, cergas dan cerdas..tidak rugi mengamalkannya apabila hasilnya sangat memuaskan..Alhamdulillah...hazaa min fadhli rabbi.
Ingin mendapatkannya?
No comments:
Post a Comment