Assalamualaikum wbt...
Allahu Akbar...!! Begitu lama laman blog ini tidak ku jejaki...
Alasannya? ehmm...bermacam-macam alasan boleh kuberikan tetapi hakikatnya alasan itu hanyalah menampakkan kelemahanku sebagai hambaNYA yang tiada punya daya dan tiada juga punya upaya melainkan hanya dengan keizinanNYA jua...dan hari ini keizinanNYA mengetuk diriku untuk menarikan jari jemari ini...
Stephenie Meyer dll. Nilai-nilai syariat dan ketauhidan ini tiada dalam karya-karya mereka...dan karya penulis kita? Bacalah karya yang bukan hanya memenuhi masa senggang dan santai kita...tetapi karya yang juga mampu mendekatkan kita kepada Yang Esa..kepada Addin ...
Pilihan saya?
Penulis-penulis di Malaysia ini tidak kurang hebatnya...bagi saya..mereka sehebat penulis yang amat saya kagumi ketika zaman remaja saya..Khadijah Hashim.
Bahkan..mereka lebih hebat kerana mampu berdakwah melalui jari-jemari mereka yang menari..Norhayati Berahim, Aina Emir, Maya Iris, Saidatul Saffaa, Fatimah Syarha, Noor Suraya, Siti Rosmizah (sekadar menyebut beberapa nama) adalah antara novelis kegemaran saya....manakala...Ranting Cinta Si Plato, jaja & Din, Kemilau Mutiara Raudhah, Bingkisan Dari Hati, Aku Bukan Rabiatul Ada wiyah, Mahar Cinta Cinderella (juga sekadar menyenaraikan beberapa tajuk) adalah antara novel kegemaran saya dan Curahan Cinta Niagara adalah buku yang terpaling saya suka setakat hari ini.

Salam,
ReplyDeleteTerima kasih. Blog n3 yang membuktikan jari-jemari ImtiyaZ boleh menari sebenarnya..
puan maya: hihi..memang 'menari' tetapi lenggoknya keras dan kaku..tidak secantik lenggok akak...:)
ReplyDelete