setiap apa berada dan berlaku disekeling kita akan berkisar kepada dua persoalan utama..
adakah kita tahu??
adakah kita faham??
Tahu dan faham...
adakah tahu itu menunjukkan faham??
adakah boleh kita faham tanpa tahu??
Justeru...walaupun kita mengakui bahawa kita tahu tentang sesuatu...
itu tidak bermakna kita boleh membuat anggapan bahawa kita faham tentang sesuatu perkara itu.
tahu dan faham dua konotasi yang mebawa dua makna yang berbeza.
Secara asasnya, tahu hanya memerlukan kita untuk dengar dan lihat, tetapi faham memerlukan komitmen dan usaha yang lebih iaitu dengar, lihat, amal dan alami.
Kita?Al-Fatihah tahu...mengaji satu quran pun tahu... solat tahu..puasa tahu...dan banyak lagi yang kita tahu..tetapi, sejauh mana kita faham?????
Adakah dengan mengetahui bacaan Al-Quran, itu sudah memadai?
TIDAK! Kita perlu memahami dengan sebenarnya..bukan hanya tahu dan kenal Al quran tetapi juga faham.
Mahu tahu dan faham dengan lebih lanjut tentang tahu dan faham??
ingin saya berkongsi satu pencerahan mengenainya...(Sumber: UAI)
**********************************************************************
Apa beza antara ‘tahu Tuhan’, ‘kenal Tuhan’ dan ‘faham Tuhan’?
Mula-mula
kita kena faham maksud tahu, kenal dan faham dulu. Ketiga-tiganya
berbeza. Kenal lebih tinggi daripada tahu, dan faham adalah lebih tinggi
daripada kenal. Yang paling atas ialah faham, kemudian kenal dan
kemudian barulah tahu.
Biasanya disebut ilmu yaqin, ainul yaqin dan haqqul yaqin. Ada juga yang menambah kepada satu tingkat lagi iaitu kamal yaqin.
Contoh.
Seorang
pelancong dari Barat yang datang ke Malaysia diberitahu tentang sambal
tumis ikan bilis. Sebelum ini dia tidak pernah dengar pun masakan
bernama ‘sambal tumis ikan bilis’. Ketika diberitahu, itulah kali
pertama dia TAHU adanya masakan yang disebut ‘sambal tumis ikan bilis’.
Ilmu
peringkat ini dinamakan ilmu peringkat TAHU ataupun ILMU YAQIN - tahu
cerita tetapi tidak pernah melihat dan belum pernah merasa.
Kemudian
si pelancong diajak makan tengah hari mengikut hidangan orang-orang
Melayu. Dalam hidangan itu ada sambal tumis ikan bilis. Orang tempatan
menunjukkan kepadanya, “This is sambal tumis ikan bilis”. Itulah kali
pertama si pelancong melihat sambal tumis ikan bilis. Dilihatnya sebagai
sejenis masakan lauk berkuah, berwarna merah dan ada ikan-ikan kecil di
dalamnya.
Ilmu peringkat ini dinamakan ilmu peringkat KENAL ataupun AINUL YAQIN- tahu cerita dan sudah melihat tetapi belum merasa.
Seterusnya
si pelancong dipersilakan menjamah hidangan bersama sambal tumis ikan
bilis. Barulah dirasanya pedas, manis, masin, lemak, masam dan lain-lain
adunan rasa sambal tumis petai itu. Itulah sambal tumis sebenar.
Ketika
ini ilmunya berada di peringkat FAHAM ataupun disebut HAQQUL YAQIN-
sudah tahu cerita, sudah disaksikan dan sudah dirasa/ dialami.
Contoh kedua…
Datang
beberapa orang beritahu kepada kita ada pokok tumbang merentang jalan
raya. Kita hanya tahu ada pokok tumbang daripada cerita mereka dan kita
belum melihat pokok tumbang itu. Ilmu peringkat ini adalah ilmu
peringkat TAHU ataupun ILMU YAQIN sahaja.
Kemudian kita pergi
melihat pokok yang tumbang itu. Memang betullah ada sebatang pokok besar
tumbang merentang jalan raya, kita lihat dengan mata sendiri. Ilmu
peringkat ini adalah ilmu peringkat KENAL ataupun AINUL YAQIN sahaja,
sudah melihat tapi belum tahu hal ehwal ketumbangan pokok itu.
Kemudian
kita menyelidik perihal pokok tumbang itu hingga kita faham bagaimana
ia boleh tumbang, bila ia tumbang, apa yang menyebabkannya tumbang, apa
akibat daripada tumbangnya itu, benarkah ia tumbang dan lain-lain.
Ketika ini ilmu kita adalah di peringkat FAHAM ataupun HAQQUL YAQIN.
Contoh ketiga…
Para
sahabat berdakwah hingga ke negara China. Mereka perkenalkan Tuhan
kepada orang-orang China- “Tuhan kita ada satu sahaja iaitu Allah”. Ada
orang-orang China yang percaya. Ketika ini iman mereka adalah di
peringkat TAHU ataupun ILMU YAQIN sahaja. Mereka baru tahu Siapa yang
sepatutnya disembah tetapi belum tahu bagaimana keadaan Yang Disembah
itu.
Orang yang belajar ilmu Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Rubbubiyyah sahaja biasanya sampai ke peringkat ini.
Kemudian
orang-orang China tadi belajar hingga mereka tahu keadaan Yang Disembah
itu. Mereka tahu Allah itu sedia ada sejak awal, tidak boleh mati,
tidak terpengaruh dengan warna, ruang, arah, bentuk dan tempat,
menguasai segala-galanya, tidak sama dengan makhluk, menciptakan syurga
dan neraka, mencipta semua makhluk, memberi wahyu dan sebagainya. Mereka
juga tahu sifat-sifat yang mustahil bagi Allah. Iman peringkat ini
adalah iman peringkat KENAL ataupun AINUL YAQIN. Melalui kajian ataupun
pembelajaran mereka, mereka sudah menyaksikan bukti-bukti tentang Yang
Disembah itu tetapi belum ‘MENYAKSIKAN’ Yang Disembah itu sendiri.
Peringkat ini dinamakan FAHAM ataupun HAQQUL YAQIN.
(* Perkataan
‘MENYAKSIKAN’ Yang Disembah dalam ayat tadi adalah istilah sufi yang
tidak dapat dihurai dengan perkataan. Ia tidaklah sama dengan perkataan
‘menyaksikan’ sebagaimana yang biasa kita guna. Harap maklum)
Peringkat
seterusnya, mereka yang dikurniakan kebolehan oleh Allah dapat pula
‘MENYAKSIKAN’ Allah, ataupun ‘MEMANDANG WAJAH ALLAH’ ataupun ‘MERASAI
SENDIRI’ Allah. Inilah yang dikatakan beriman kepada Allah hingga ke
tahap Haqqul Yaqin.
(* Perkataan-perkataan berhuruf besar adalah
istilah sufi yang tidak dapat dihurai dengan perkataan melainkan
pemahaman. Maksud perkataan-perkataan itu tidaklah sama dengan maksud
perkataan-perkataan yang biasa kita gunakan)
Justru, ada ungkapan berbunyi:
Ahli fiqh menemui Allah dengan jalan mengkaji dalil-dalil al-Quran.
Ahli ilmu kalam menemui Allah dengan jalan berfikir
Dan ahli tasauf menemui Allah dengan jalan ‘MERASA SENDIRI’.
Manakah yang terbaik?
Yang terbaik ialah yang mengambil ketiga-tiga jalan dan menguasai ketiga-tiganya.
Jadi,
dengan penerangan ringkas lagi dhaif itu tadi, diharap dapatlah
memahamkan para pembaca akan perbezaan antara tahu, kenal dan faham.
Seterusnya dapat pula memahamkan pembaca akan perbezaan antara ilmu
yaqin, ainul yaqin dan haqqul yaqin.
*********************************************************************
Tahu dan faham??
Moga-moga kita menjadi orang yang tahu dan faham...
tuntutlah ilmu..lapangkan dada...muhasabah diri..
in shaa allah kita dapat mencapai tahu dan faham.