Pages

Sunday, November 28, 2010

Tarzan??

Alhamdulillah...sedar tak sedar cuti sekolah sudah pun lebih seminggu berlalu..ehmmm...cepat sunggah masa beredar bila masa cuti...pejam malam, celik-celik dah pagi...cepat sungguh...tapi kalau time hari kerja..uhh.!! .jenuh nak menunggu waktu balik...itulah kan..bila masa lambat kita gaduh...bila waktu cepat pun kita gaduh...ehmmm...manusia...x pernah mahu bersyukur. :(

Rancangan cuti sekolah? Uhm..kali ni tak ada agenda besar-besar..maklumlah ni 1st time bercuti panjang tapi cik abang bekerja...itulah disadvantage cik abang transfer kerja pejabat..huhu..
Dulu masa dia duk sekolah..memang kami 'raya' sebab dua-dua cuti panjang...tapi sekarang ni rutinnya setiap petang menunggu dia balik dari pejabat....nak jalan-jalan pun terpaksa tunggu weekend jelah.....So now, barulah tahu perasaan kengkawan yang selama ni menghadapi situasi yang sama...kita serupa!! hilhik.

Paling pasti...sejak start cuti last week...aku dah jadi 'tarzan' opss...silap...dah lebih dari tarzan dah...huhu.


Itulah gayanya bila melayan keranah anak-anak....celik mata dah start potpetpotpet...kadang-kadang penat rasanya mulut ni..tapi itulah...kalau tak ditegur tak betul pulak rasanya...cuma kadang-kadang terlebih..teguran tu bertukar jadi leteran...alahaii....sabarlah ye anak-anakku....marah dan leteran umi tu tanda sayang. (^_^)

Monday, November 22, 2010

Tiba akhirnya..


Alhamdulillah..cuti sekolah telah bermula....saat yang biasanya amat ditunggu-tunggu oleh insan2 yang bergelar pendidik..kata orang, masa untuk bercuti panjang.Iyekan sajalah..walaupun hakikatnya cuti cikgu-cikgu ni tidaklah sepanjang itu...masih ada kursus yang perlu dihadiri, hari-hari bertugas dan mesyuarat-mesyuarat yang menanti..

Apapun...sebagai seorang guru...aku tetap bersyukur kerana ruang waktu untuk bersama keluarga masih tetap lebih berbanding kawan-kawan yang bekerja di pejabat...dan kerana itu jualah aku tidak pernah menyesal buat pengorbanan untuk bertukar arah dalam bidang kerjaya...kerana aku yakin inilah yang terbaik untukku yang telah ditetapkan olehNya sebagaimana yang sering ku doakan saban hari...:

اللهم إن نسالك خيرا كله عاجله و أجله
وما علمنا منه و مالم نعلم

و نعوذبيك من شركله عاجله وأجله
و ما علمنا منه و ما لم نعلم

Friday, November 19, 2010

Tika Ujian Melanda

Tika ujian melanda........
hati pasti resah
jiwa pasti gelisah
sedih, pilu dan gundah

Tika ujian melanda..........
usah dipersoal kenapa mengapa
dan usah disesali apa yang menimpa

Tika ujian melanda.........
yakinlah hikmah di sebaliknya
kesenangan membuatkan kita leka
kenikmatan membuatkan kita alpa
ujian diberi agar tidak lupa
supaya memuhasabah diri sentiasa
agar tidak terpesong dari jalan Nya

Tika ujian melanda........
berbahagialah..
Itu tanda kasihNya masih ada
hanya menguji keimanan di dada
juga menilai kesabaran di jiwa

Tika ujian melanda.........
pastikan hati sentiasa ingat dan tidak lupa
bahawa kita hamba
yang perlu sentiasa bergantung harap pada yang Esa
dan yakinlah Dia tidak melupakan kita....

Berdoalah...!!!!


Friday, October 1, 2010

Setulus Kasih Bonda


Sebulan sudah berlalu..serasa masih baru...
sebulan sudah usianya di bumi Allah ini...


Hati terasa sejuk setiap kali menatap wajahnya yg begitu suci dan bersih. Wajah yang masih bersih tanpa palitan noda dan dosa...sejuk..begitu sejuk...walaupun kepenatan menguliti diri...waktu tidur yang tergangggu..namun hati ini terasa damai...indahnya wajah tanpa dosa ini...



9 tahun dahulu..perasaan yang sama kurasai...

3 tahun dulu..perasaan yang sama berulang..
dan kini engkau campakkan lagi perasaan itu ke dalam hati.......
keindahan..........dan kedamaian.........juga ketenangan...
Terima kasih Ya Allah!!



Dalam diam...hati memanjat doa...biarlah keindahan diwajah mereka terus kekal...kecantikkan atas
nur yang dianugerahi Illahi...bukannya kerana palitan alatsolek yang mengaburi mata..
Ya! biarlah indahnya mereka kerana
nur yang hanya mampu dimiliki oleh mereka2 yang bertaqwa...

Hati turut dipalu resah memikirkan tipudaya dunia yang menunggu mereka...
Namun..
Apakah yang mampu aku lakukan...??
Mengajar mereka? Sudah tentu..
Mendidik mereka? Itu tanggunjawab dan amanahku..
Lagi???
Sudah pasti harapan yang ku panjatkan kepada Sang Pencipta..Yang Berkuasa ke atas segala sesuatu...Yang kasihNya lebih daripada kasihku...

Justeru...

Dengan setulus kasihku..setulus kasih bonda ini yang kau campakkan ke dalam hatiku..aku bermohon..


Ya Allah moga Kau sentiasa memelihara mereka dlam redhaMu...jangnlah engkau jadikan mereka hamba yang terlarut dalam keindahan, kenikmatan dan keseronokan yang sementara cuma ini Ya Allah.

Jadikanlah mereka hambaMu yang taat dan berani dalam menegakkan agamaMu , memusuhi setiap apa yang menjadi musuh agamaMu, dan hamba yang mencintaiMu dan RasulMu lebih daripada diri mereka sendiri.

Hanya sesungguhnya kepada Engkaulah aku berserah dan kepada Engkau jualah aku memohon pertolongan...peliharalah puteri-puteriku dalam kasih sayangMu..dalam keredhaanMu dan dalam rahmatMu...

Ameennnn...Ya rabbal 'alamin..

Wednesday, September 15, 2010

Hardly observing and studying


Pejam celik pejam celik..Ramadhan sudah hampir seminggu ditinggalkan...
Pejam celik pejam celik...Syawal sudah hampir seminggu kita lalui..
betapa cepatnya masa berlalu...
Dan pejam celik pejam celik...si kecilku sudah hampir sebulan usianya..
.
Rayyan Hanna Zulfa binti Zulkifli

Sesungguhnya..inilah hadiah yang paling bererti sepanjang aku menyambut Syawal selama ini...hadiah yang tiada tolok bandingnya..hadiah yang begitu bernilai harganya...setelah 9 bulan menanggung ujian2 kehamilan yang memang betul2 menguji kesabaran dan kekuatan diri dan setelah diambilNya insan yang ku sayangi..Umi yang pergi buat selamanya..Syawal pertama tanpa kehadiran Umi...maka digantiNya dengan kehadiran si comel ini....Muga2 si comel ini mewarisi segala kehebatan dan keistimewaan Tuk Uminya..InsyaAllah...

Alhamdulillah...si kecil menjaga si kecil dalam ruang waktu yang baru sebulan ini amat berbeza dengan pengalaman menjaga si kakak-kakaknya dulu....
Dulu berpantang dengan pengawasan orang tua....sekarang berpantang dengan menjaga diri sendiri..
Jangan ditanya berbeza atau tidak... hehehe.....sebab jawapannya = memang berbeza.Pokoknya, sendiri mau ingatlah...tiada siapa melarang dan menegur.

Alhamdulillah setakat ini masih lagi berpantang cuma sedikit longgar...dah bercampur cara berpantang tradisional dan modennya...
Yalah..berpantang cara tradisional agak rigid berbanding dengan cara moden yang agak fleksibel...but.....buat diri aku, cara tradisonal tu mana yang masih mampu aku buat, aku buat seperti bertungku, berbarut, berurut, makan jamu, etc. Then, mana yang tak termampu tu.. especially yang tak bagi minum air banyak dan dan tak bagi tambah nasi...memang aku langgar.....hehehe. So hasilnya...berpantang kali ini taklah terasa sangat seksanya...dan kalau tengok keadaanku sekarang...macam orang tak berpantang je lagaknya...hehehe (~_^)

So, sekarang ni...dalam kesibukan meladeni dan cuma memahami si kecil yang masih baru ni dan si kakaknya yang juga menuntut perhatian dengan pelbagai karenah dan ragam........ Allah memberiku peluang untuk membuat satu CASE STUDY yang amat menarik...kalau sebelum ini aku hanya sempat mempelajari teori2nya...so kali ini aku sibuk membuat observation untuk mengaitkan teori dengan realiti yang ada di depan mata.

Case study kali ni nampak macam mudah..tetapi ianya tidaklah semudah yang aku sangkakan.
Tugasannya.......
aku hanya perlu study tentang:
Neh, Owh, Eh, Eairh dan Heh.
Tak susah tapi... bukanlah mudah...
Seronok?
Seronok+ menguji + menguja = MENYENANGKAN!!

Ehm...pasti korang tertanya-tanyakan...sibuk ngan case study ni kenapa? Tengah buat sambung belajar master ke? yelah...asyik dengar kengkawan je yang sibuk buat MA dan PHD...aku pun teringin jugak nak tambah sijil....dan kali ni..inilah peluang keemasan yang di anugerahkan oleh Allah...peluang untuk buat master dalam parenting...mudah-mudahan aku berjaya dengan cemerlang dalam master ni....(^_^)

So...dengan case study yang sedang aku buat ni...aku ingin mengambil kesempatan untuk turut menyeru ibu2 dan bakal2 ibu untuk sama2 join dengan case study ini kerana ianya memberikan satu ilmu yang amat berharga...Jom kita sama-sama belajar Dunstan Baby Language.




Thursday, September 9, 2010

Lebaran ini biarlah barakah....


Salam Lebaran..
Salam Aidilfitri....

Sedar tak sedar Ramadhan telah berlalu pergi...melabuhkan tirainya...
serasa betapa cepatnya Ramadhan kali ini berlalu....
kini...Aidilfitri datang mengganti....membentang tirai kemenangan...
Bagi insan bertaqwa....pemergian Ramadhan ditangisi...gusar dan sedih jika tidak diberi kesempatan untuk ketemu lagi....
Namun.. dalam masa yang sama kedatangan Aidilfitri tetap dirai...

Justeru...janganlah dicemari lebaran ini dengan pembaziran dan maksiat setelah sebulan mendidik diri dan nafsu dalam madrasah Ramadhan....tarbiah Ramadhan jangan terhenti hanya setelah genap sebulan..biarlah tarbiah sebulan ini berterusan...dan pastikan Lebaran yang diraikan ini biarlah barakah....


Salam Eid Mubarak...
Minal Aidil wal faizin...