Pages

Thursday, September 9, 2010

Lebaran ini biarlah barakah....


Salam Lebaran..
Salam Aidilfitri....

Sedar tak sedar Ramadhan telah berlalu pergi...melabuhkan tirainya...
serasa betapa cepatnya Ramadhan kali ini berlalu....
kini...Aidilfitri datang mengganti....membentang tirai kemenangan...
Bagi insan bertaqwa....pemergian Ramadhan ditangisi...gusar dan sedih jika tidak diberi kesempatan untuk ketemu lagi....
Namun.. dalam masa yang sama kedatangan Aidilfitri tetap dirai...

Justeru...janganlah dicemari lebaran ini dengan pembaziran dan maksiat setelah sebulan mendidik diri dan nafsu dalam madrasah Ramadhan....tarbiah Ramadhan jangan terhenti hanya setelah genap sebulan..biarlah tarbiah sebulan ini berterusan...dan pastikan Lebaran yang diraikan ini biarlah barakah....


Salam Eid Mubarak...
Minal Aidil wal faizin...

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan Kareem....

Ramadhan muncul lagi....kedatangan yang amat dinanti-nantikan oleh setiap mukmin.....
pastinya...kedatangan yang ditunggu-tunggu ini sewajarnya dimanfaatkan sebaik-baiknya....
Entah ada peluang untuk Ramadhan di tahun seterusnya hanya Allah jua yang mengetahui...



Oleh itu...marilah kita sama-sama memanfaatkan bulan barakah ini dengan sebaik-baiknya....inilah peluang untuk kita menggandakan jumlah simpanan di dalam "SAVING ACCOUNT BANK AKHIRAT"

Semuanya berganda....tawaran 200% daripada Allah...

"cerdik" sungguhlah jika kita melepaskan peluang yang terbentang luas ini...
Yalahkan....kalau tawaran mega sales kita sanggup berebut-rebut ke shopping2 kompleks...(itu untuk menghabiskan duit tu!!).....takkanlah tawaran untuk menggandakan simpanan "DUIT" kita menjadi orang yang "cerdik" sangat untuk mensia-siakannya.....

So...jangan pulak kita menjadi orang yang terlebih "cerdik" untuk melepaskan peluang meraikan tawaran Mega Sales Ramadhan ini...

Ayuhhhh...!!!



Semoga Ramadhan kali ini lebih bererti kepada kita...aminnnnn!!





Salam Ihya'ul Ramadhan!!!

.

Tuesday, August 3, 2010

MasyaAllah.....


Salam Syaaban buat sahabat-sahabat sekelian.....

MasyaAllah...rupanya-rupanya lama sungguh blog ini tak diberikan entri-entri terkini...
Sesungguhnya terlalu banyak cerita yang ingin dikongsikan bersama...tetapi kesempatan untuk mengadap pc yang semakin terhad membuatkan hasrat hanya tinggal hasrat dan cerita-cerita itu terkubur sementara....bilakah agaknya????? ehm.........InsyaAllah bakal menyusul....(^_^)

Inipun mengisi ruang-ruang senggang yang amat membosankan tatkala menunggu pengisian data berjalan......menjadi pencuri masa di waktu kursus....huhuhu... :((

Haa...!! jangan salah anggap.......sebenarnya tengah mengisi-mengisi data secara online tetapi waktu menunggu untuk loading antara satu nama dengan satu nama yang begitu panjang membuatkan hari ini aku berkesempatan menghantar entri ringkas ini.......alang-alang bosan menunggu baik buat kerja 2 in one...bukankah ini namanya menggunakan waktu dengan baik? hehehe.. (^_~)

oklah..tak boleh nak panjang-panjang dan berlama-lama...data masih banyak menunggu....entah bilalah boleh siap......aduhai...host server terlalu lembab....tapi nak buat macamana...kerja masih perlu disiapkan....sooner or later...!!

InsyaAllah bertemu di lain ketika.....Bila? InsyaAllah......bila ruang waktu diizinkanNya....

Salam menyambut Ramadhan Mubarak.....jangan lupa tanam azam untuk melipatgandakan amalan...bekalan buat kita disana....jangan sibuk saving account kat bank islam, cimb, maybank, bsn dll sahaja....ingat juga saving account kita untuk bank Rayyan,Firdaus, Naim dan .......!!

Selamat beribadah di bulan-bulan barakah ini....!

Sunday, May 16, 2010

Jika.....


Cikgu…
Jika usahamu dilupai...
Jika pengorbananmu tidak dihargai....
Jika keringatmu tidak disanjungi..
Dan jika penat lelah mu tidak dipeduli..
Janganlah berkecil hati…
Tanpa anugerah duniawi,
Keikhlasan dan kemuliaanmu tetap Allah catat
sebagai bekalan menuju alam yang abadi...


Sedar mahupun tidak...kita adalah seorang guru...
kerana yang pasti..kita adalah guru kepada diri kita sendiri...
Selamat Hari Guru buat semua

juga...

Selamat Hari Guru buat sahabat-sahabat yang berjuang di medan pendidikan kerana anda sudah pasti seorang 'GURU'.....

pastinya..tahun ini ku meraikan Hari Guru tanpa kehadiran seorang insan yang istimewa dalam hidupku....tanpamu bonda......yang melahirkanku ke dunia, mendidikku..dan mengajarku..tidak sekadar terhenti di rumah tetapi tanggungjawab itu tetap dikau pikul hingga ke sekolah di saat ku meniti usia remaja...Terima kasih Bonda....kerana kaulah Ibuku dan kaulah Guruku.....Al Fatihah buatmu..!!

Friday, May 7, 2010

Ratuku....


Ibu...ibu...
Engkaulah ratu hatiku...
Bila ku berduka...

Engkau hiburkan selalu...
Ibu...ibu...

Engkaulah Ratu Hatiku..


Alunan lagu yang simple..tapi begitu mengusik perasaan...
Apatah lagi tika hati ini bergelut di dalam kemelut kerinduan yang berpanjangan dan tidak berpenghujung...betapa hati ini merindu bukan sahaja di dalam diam bahkan juga ketika sedar...mengenangkan seraut wajah bonda...air mata begitu mudah mengalir...sedih..sayu..sebak dan pilu bertamu di sudut hati...betapa diri ini terlalu merinduinya...tapi apakan daya....tiada kuasa yang mampu menahan pabila ajal menjemput tiba....walau kita mengatakan betapa kasihnya kita pada dirinya


Ibu bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan

Bagaikan laut yang tak bertepian

Biar pun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu

Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu

Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biar pun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi akan semua ini

Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku

Andainya pernah menghiris hatimu

Restumu yang amat aku harapkan

Kerana di situ letak syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu

Mengajarku erti kesabaran

Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan
Kasihanilah Tuhan
Ibu yang telah melahirkan diriku

Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku

Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana


Sesungguhnya...masih terbayang lagi..bahkan seolah-olah pita video yang dirakam..saat-saat akhir bersama bonda...tatkala kami adik beradik duduk bersama mengadap bonda yang sudah tidak berupaya...cuba mengajaknya berbual..berzikir..kadangkala bergelak ketawa..argh..betapa aku merindui detik2 itu...(;_;)

Kini...tiada lagi wajah girang dan riang bonda yang sentiasa menemani kami...
tiada lagi tazkirah2 serta nasihat2 bonda yang dapat kami dengari......
tiada lagi hadiah2 yang menyusul pada setiap hari lahir atau hari2 bersejarah kami...
dan yang paling penting.....
tiada lagi doa dari bonda yang sentiasa dititipkan buat kami anak2nya...
semuanya tiadaaaa....
argh...tidak dapat ku gambarkan betapa besarnya kehilangan ini...

Oh ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian
Dan aku Bagai purnama gerhana
Diibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan
Hasratku ini
Masih belum sempat Ku buktikannya
padamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati
Ku tatapi
potretmu berulang kali

Ku renungkan kalimah yang diberi
Tuhan yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasih-Mu
Oh ibu Kau kasih sejati
Ku taburkan doa

Untukmu ibu
Ampunilah dosaku

Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu
Di saat ini
Ku teruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu


Sehingga hari ini...telah berlalu lebih dari 40 hari bonda meninggalkan kami...namun...kehadirannya masih lagi dirasai...betapa di tika sepi malam begini aku sering merindui bonda...merindui bual bicara bersamanya lewat di talian telefon..bertukar2 cerita dan berkongsi pelbagai rasa...sehingga pernah tanpa kusedari ku telah menekan nombor telefon bimbitnya lantaran terlupa bahawa bonda telah pergi buat selamanya...

Juga kali ini..tiada lagi ucapan selamat hari ibu yang mampu diucapkan kepadanya....tiada lagi kesempatan untuk mencium tangan dan pipinya...semuanya hanya tinggal kenangan...kenangan abadi yang tidak mungkin dilupai....

Dan kini...hanya satu yang mampu dan akan terus dipersembahkan buatmu .....hanya karangan doa yang tidak putus dari anak2 cucumu yang sentiasa menyayangimu......moga engkau bonda tenang di sana...di negeri abadi dengan rahmat dan kasih sayang Illahi....Aminnn....

Al Fatihah buat bonda Sharifah Akbal Hanum binti SyedHussin.

Tuesday, April 20, 2010

Tidak terhenti di sini...

Assalamualaikum....

Aduh..!!! Lama sungguh blog ini tidak diberikan entri terkini....blog sebenarnya selalu dijenguk sekadar lalu ...tetapi hasrat di hati untuk menitipkan sesuatu tidak pernah kesampaian...faktor kesihatan yang amat tidak mengizinkan tidak memberikanku ruang dan peluang untuk berlama-lama di hadapan laptop...sekadar menjenguk fb dan blog-blog kawan dalam masa tidak lebih dari sejam...menyebabkan aku tidak dapat memasukkan sesuatu yang baru...maaflah sekiranya kawan-kawan di alam maya menjadi bosan menjenguk blogku ini..maklumlah tiada sesuatu yang baru dapat dikongsikan..(;_;) memang agak menyedihkan...

Hakikatnya...terlalu banyak peristiwa demi peristiwa yang ingin dikongsikan bersama...insyaAllah...entri terbaru akan menyusul....ianya tidak akan terhenti di sini....