Pages

Wednesday, December 21, 2011

Alahai anak-anakku..: Sofiyyah pt1



Assalamualaikum...
Semoga sahabat-sahabat semua sentiasa berada di dalam peliharaan dan redha Illahi..

Dalam jangkamasa kurang dari seminggu selepas entri terakhir..sekali lagi diberi kesempatan dariNYA untuk kembali menarikan jemari disini...ehmm...itulah jika pandai memanfaatkan ruang dan masa pasti ada kesempatan...:)

Entri kali ini terhasil selepas satu postku di facebook yang berkisar tentang kisah anak-anak yang menggelikan hati. Seorang dari kakak-kakak iparku yang tersayang memberi idea..katanya..: "hana'...elok gak kalau note down those amazing thoughts of lil ones...mana tau leh publish one day hehe".....so sebelum ada rezeki publish kat mana2 buku..aku mengambil langkah awal untuk publish kat blogku yang tak berapa diketahui ini..:)

so..cerita pertama...

Mengimbas kembali kisah si Sofiyyah masa dia baru-baru belajar bercakap dulu...masa tu umur dia dalam setahun sebulan...biasalah kan..anak-anak ni masa baru-baru bercakap banyak perkataan mereka yang pelik-pelik dan susah nak kita faham...

antara perkata Sofiyyah yang puas kitaorang nak faham ialah ISYUM...
Isyum..ye..isyum...apa kebendelah agaknya isyum tu kan?

pertama kali die sebut perkataan tu..memang kitaorang blur habis...yang dia lak menangis sedih sangat sebab tak dapat benda dia nak...yelah kan..nak bagi camne...sebab xleh nak faham..macam-macam barang yang ditunjukkan kat dia..semuanya dia geleng bahkan makin kuat lak tangisannya...

akhirnya...macamana kitaorang boleh faham??
dilepuknya pipiku dan di "isyum"nya....hahaha...itulah rupa-rupanya isyum....
piyah! piyah! lepas dari tu..bila je dia sebut isyum..
maka hulurkan jelah pipi untuk diisyum....(^_^)

....


Saturday, December 17, 2011

Jari yang menari...


Assalamualaikum wbt...

Allahu Akbar...!! Begitu lama laman blog ini tidak ku jejaki...
Alasannya? ehmm.
..bermacam-macam alasan boleh kuberikan tetapi hakikatnya alasan itu hanyalah menampakkan kelemahanku sebagai hambaNYA yang tiada punya daya dan tiada juga punya upaya melainkan hanya dengan keizinanNYA jua...dan hari ini keizinanNYA mengetuk diriku untuk menarikan jari jemari ini...
coretan kali ini mungkin agak ringkas...
sekadar berkongsi sedikit pengalaman...
.
Petang itu..berada dikelilingi haruman buku-buku memang merupakan satu terapi yang amat mengembirakan..namun kegembiraanku memilih deretan novel2 terbaru sedikit tercalar apabila mendengar suara perbualan seorang gadis yang agak up-to-date menegur kawannya yang memegang sebuah novel Melayu.."isy..nak beli novel tu ke? eii......tak mainlah novel-novel melayu ni..(sambil tangannya menunjukkan buku One Day)..
Aduhai...mendengarnya menimbulkan sedikit rasa kecewa terselit di hati..
kalaupun tak suka membaca novel Melayu, tak payahlah nak memperlekehkan pula..
Tidak dinafikan.. dahulu kebanyakkan novel Melayu banyak menghidangan kisah-kisah cinta romantis ala-ala hindustan seperti Ombak Rindu..Lagenda Budak Setan dll......TETAPI... novel-novel melayu sekarang telah melalui satu transformasi yang sangat besar....ianya bukan sekadar novel-novel biasa lagi...novelis sekarang menulis berdasarkan ilmu, pengalaman, fakta dan yang lebih menarik berdakwah melaui pena mereka.
Jika dulu...membaca novel sekadar menghabiskan masa santai..hanya sekadar membaca..namun kini membaca novel turut mampu memberikan ilmu baru serta memahami tuntutan beragama dengan gaya penulisan yang berseni...nilai-nilai syariat serta ketauhidan telah banyak diselitkan dalam novel-novel kini...yang secara tidak langsung membantu pembaca untuk lebih mengenali dan memahami islam...yang kita tidak boleh dapat dari kebanyakan novel-novel Inggeris Sidney Sheldon,Stephenie Meyer dll. Nilai-nilai syariat dan ketauhidan ini tiada dalam karya-karya mereka...dan karya penulis kita? Bacalah karya yang bukan hanya memenuhi masa senggang dan santai kita...tetapi karya yang juga mampu mendekatkan kita kepada Yang Esa..kepada Addin ...

Pilihan saya?
Penulis-penulis di Malaysia ini tidak kurang hebatnya...bagi saya..mereka sehebat penulis yang amat saya kagumi ketika zaman remaja saya..Khadijah Hashim.
Bahkan..mereka lebih hebat kerana mampu berdakwah melalui jari-jemari mereka yang menari..Norhayati Berahim, Aina Emir, Maya Iris, Saidatul Saffaa, Fatimah Syarha, Noor Suraya, Siti Rosmizah (sekadar menyebut beberapa nama) adalah antara novelis kegemaran saya....manakala...Ranting Cinta Si Plato, jaja & Din, Kemilau Mutiara Raudhah, Bingkisan Dari Hati, Aku Bukan Rabiatul Ada wiyah, Mahar Cinta Cinderella (juga sekadar menyenaraikan beberapa tajuk) adalah antara novel kegemaran saya dan Curahan Cinta Niagara adalah buku yang terpaling saya suka setakat hari ini.
Sesungguhnya...membaca karya-karya mereka turut memberikan santapan minda dan jiwa...syabas kepada mereka kerana bakat ini adalah anugerah dariNYA...bakat yang begitu diinginkan oleh saya..tetapi jari-jemari saya nampaknya menari kaku..:(