Pages

Tuesday, March 22, 2011

Bila Kehendak Hati...


Semalam....sedikit ujian telah diberikan oleh Allah kepadaku...

setelah sekian lama kepala ini tidak diserang migrain..tapi tiba-tiba..tengah-tengah kesejukan petang dan hujan yang lebat..nyut3...kepala berdenyut..Ya Allah..sakitnya...ehm...masa tu barulah ku sedar betapa nikmatnya jika badan kita sihat....yelahkan..kalau tak sakit camne kita nak tau nikmat sihat...nikmat sihat hanya boleh dirasai oleh orang yang pernah merasai deritanya sakit..tanpa kesakitan kita tidak akan mengetahui bagaimana rasanya kesembuhan dan kesihatan...huhu...berbelit-belitnya ayat aku ni...takpelah..sekali-sekala buat ayat berbelit-belit..sengaja( huh..busuknya hati!!) nak buat sahabat-sahabat semua agar sama-sama pening kepala...:)..sharing is caring kan? hehe

opss...berbalik tentang semalam...

oleh kerana dek terlalu sakitnya kepala..maka mulalah merancang untuk tidur sedikit awal agar dapat rehat yang lebih..Alhamdulillah...si kecik pun tak meragam semalam..seawal jam 830 malam..zulfa lena memejamkan mata...so apa lagi...peluanglah untuk aku turut lena...tapiiiiiiiii....!!!
alamak..!!! tetiba teringat yang malam ni final Adik-adikku@TV1...alamakk.....!! kepala sakit tapi hati meronta-ronta mahu menonton bakat-bakat kecil beraksi...

Makanya....
tuntutan nafsu akhirnya menang....
dalam masa kepala berdenyut2....bertahan jugak mata ini menonton kepetahan anak-anak ini yang dikurniakan oleh Allah bakat yang sangat mengkagumkan bersama Sofwah dan Sofiyyah.. menontonnya dari awal hingga akhir...(sampaikan ucapan si polan tu pun aku dengar walaupun sebelum ni tak pernah rasa nak dengar si polan tu berucap)...Sedar tak sedar aku bertahan sehingga jarum jam menunjukkan tepat ke angka 12 tengah malam.....alahai....!! itulah bila kehendak hati.....:)

" Dayung sudah di tangan,
perahu sudah di air,
biarlah mati sebagai pejuang,
dari hidup sebagai petualang. "

petikan dari:
Adik Fasiha
Naib Johan adik-adikku Musim Kedua

Friday, March 18, 2011

Kerdilnya....

Assalamualaikum....

Lama sungguh rasanya jari jemari ini tidak
menjalankan tanggungjawabnya untuk menitipkan sesuatu yang baru di sini...dah bersawang dan berabuk sungguh rasanya laman ni dek terlalu lama tak dipedulikan.....alasannya?? ehm...x cukup masa.....!! betulkah masa tak cukup?? atau diri ni yang tak pandai menggunakan masa dengan sebaiknya??

Jangan disalahkan masa.... bawa2 diri tu untuk bercermin...jangan tengok fizikal je....tilik jerawat..tilik kedut...itu yang nampak....!!! Tapi, tilik juga yang tak nampak dek mata kasar tu...tengok
kelemahan..tilik kekurangan untuk diperbaiki.. Tapi ingat..bila dah tilik tu..sila-silalah buat penambahbaikan..bukan dibiarkan sahaja...x guna kalau rajin menilik tapi tiada tindakan...:) Kenapa ya lama betul tak buat entry baru kat sini? hehe..memang alasannya masa tak cukup...nak cakap apa lagi? balik-balik..masa juga yang salah...kesian masa...agaknya kalau masa tu ditambah lagi jadi 48 jam sehari..masih juga alasannya masa tak cukup..alahai..kesian saya...! huhu..

Tapi..kenapa ya masa tak cukup??
Salah masakah? atau ?? Sesungguhnya Allah menjadikan masa selama 24 jam sehari sememangnya cukup untuk setiap hamba-Nya meneruskan kehidupan mereka. Adakalanya kita merasakan tidak cukup masa bukan kerana salah masa atau pun Allah tidak memperuntukkan masa yang cukup untuk kita, namun apa yang perlu kita sedari ialah pengurusan kita untuk mendahulukan yang lebih penting daripada perkara yang penting, berfaedah atau tak berfaedah. itulah kelemahan kita sebagai hamba..kerdilnya kita sebagai hamba yang sentiasa lemah menguruskan masa yang setiap hari kita lalui....

Justeru...bagaimana kita nak mengatasi kelemahan ini...takkanlah kita tega membiarkan kesilapan kita ini berulang dan berulang tapi diperbaiki??

Indahnya islam apabila setiap permasal
ahan telah ada jalan penyelesaiannya...dalam islam terdapatnya Fiqh al Awlawiyat.. yang memberikan kita kefahaman untuk membahagi-bahagikan masa yang ada dengan sebaik mungkin serta menguruskan setiap urusan kita dengan mendahulukan perkara yang perlu didahulukan berbanding dengan perkara-perkara yang lain.
Inilah sebenarnya kelebihan umat Islam. pokok pangkalnya adalah diri kita sendiri sama ada mahu memahami dan mengaplikasikannya dalam kehidupan kita...

Allah SWT telah membekalkan kepada umat Islam teori-teori pengurusan yang baik..hanya kita sahaja yang tidak peka
...terdapat tips dan kaedah yang diberikan oleh Allah...kerdilnya kita.

Sebenarnya..jika kita menghayati surah Al Asr dituruti dengan kefahaman terhadap Fiqh Al Awlawiyat..ia akan menjadikan kita seorang pengurus masa yang cekap dan mampu membereskan kerja bukan sekadar menurut mood atau desakan pihak tertentu, tetapi kesemua
nya berpandukan ajaran Allah SWT yang melengkapi setiap aspek kehidupan. Umat Islam sebenarnya telah diberikan ilmu Sains Pengurusan sejak ribuan tahun yang lalu...hebat dan indahnya Islam...

Justeru, kehidupan ini menuntut kita untuk m
enjadi pengurus yang cekap kerana waktu inilah saat dan ketikanya untuk mengejar rahmat Allah SWT. Hidup ini penuh dengan dugaan tetapi sekiranya dihiasi dengan tuntutan syariat...jannah adalah milik kita...




Firman Allah SWT:

بِسم الله الرحمن الرحيم
وَالْعَصْر إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْر


Wallahu A'lam..