Pages

Sunday, November 28, 2010

Tarzan??

Alhamdulillah...sedar tak sedar cuti sekolah sudah pun lebih seminggu berlalu..ehmmm...cepat sunggah masa beredar bila masa cuti...pejam malam, celik-celik dah pagi...cepat sungguh...tapi kalau time hari kerja..uhh.!! .jenuh nak menunggu waktu balik...itulah kan..bila masa lambat kita gaduh...bila waktu cepat pun kita gaduh...ehmmm...manusia...x pernah mahu bersyukur. :(

Rancangan cuti sekolah? Uhm..kali ni tak ada agenda besar-besar..maklumlah ni 1st time bercuti panjang tapi cik abang bekerja...itulah disadvantage cik abang transfer kerja pejabat..huhu..
Dulu masa dia duk sekolah..memang kami 'raya' sebab dua-dua cuti panjang...tapi sekarang ni rutinnya setiap petang menunggu dia balik dari pejabat....nak jalan-jalan pun terpaksa tunggu weekend jelah.....So now, barulah tahu perasaan kengkawan yang selama ni menghadapi situasi yang sama...kita serupa!! hilhik.

Paling pasti...sejak start cuti last week...aku dah jadi 'tarzan' opss...silap...dah lebih dari tarzan dah...huhu.


Itulah gayanya bila melayan keranah anak-anak....celik mata dah start potpetpotpet...kadang-kadang penat rasanya mulut ni..tapi itulah...kalau tak ditegur tak betul pulak rasanya...cuma kadang-kadang terlebih..teguran tu bertukar jadi leteran...alahaii....sabarlah ye anak-anakku....marah dan leteran umi tu tanda sayang. (^_^)

Monday, November 22, 2010

Tiba akhirnya..


Alhamdulillah..cuti sekolah telah bermula....saat yang biasanya amat ditunggu-tunggu oleh insan2 yang bergelar pendidik..kata orang, masa untuk bercuti panjang.Iyekan sajalah..walaupun hakikatnya cuti cikgu-cikgu ni tidaklah sepanjang itu...masih ada kursus yang perlu dihadiri, hari-hari bertugas dan mesyuarat-mesyuarat yang menanti..

Apapun...sebagai seorang guru...aku tetap bersyukur kerana ruang waktu untuk bersama keluarga masih tetap lebih berbanding kawan-kawan yang bekerja di pejabat...dan kerana itu jualah aku tidak pernah menyesal buat pengorbanan untuk bertukar arah dalam bidang kerjaya...kerana aku yakin inilah yang terbaik untukku yang telah ditetapkan olehNya sebagaimana yang sering ku doakan saban hari...:

اللهم إن نسالك خيرا كله عاجله و أجله
وما علمنا منه و مالم نعلم

و نعوذبيك من شركله عاجله وأجله
و ما علمنا منه و ما لم نعلم

Friday, November 19, 2010

Tika Ujian Melanda

Tika ujian melanda........
hati pasti resah
jiwa pasti gelisah
sedih, pilu dan gundah

Tika ujian melanda..........
usah dipersoal kenapa mengapa
dan usah disesali apa yang menimpa

Tika ujian melanda.........
yakinlah hikmah di sebaliknya
kesenangan membuatkan kita leka
kenikmatan membuatkan kita alpa
ujian diberi agar tidak lupa
supaya memuhasabah diri sentiasa
agar tidak terpesong dari jalan Nya

Tika ujian melanda........
berbahagialah..
Itu tanda kasihNya masih ada
hanya menguji keimanan di dada
juga menilai kesabaran di jiwa

Tika ujian melanda.........
pastikan hati sentiasa ingat dan tidak lupa
bahawa kita hamba
yang perlu sentiasa bergantung harap pada yang Esa
dan yakinlah Dia tidak melupakan kita....

Berdoalah...!!!!