Pages

Wednesday, September 15, 2010

Hardly observing and studying


Pejam celik pejam celik..Ramadhan sudah hampir seminggu ditinggalkan...
Pejam celik pejam celik...Syawal sudah hampir seminggu kita lalui..
betapa cepatnya masa berlalu...
Dan pejam celik pejam celik...si kecilku sudah hampir sebulan usianya..
.
Rayyan Hanna Zulfa binti Zulkifli

Sesungguhnya..inilah hadiah yang paling bererti sepanjang aku menyambut Syawal selama ini...hadiah yang tiada tolok bandingnya..hadiah yang begitu bernilai harganya...setelah 9 bulan menanggung ujian2 kehamilan yang memang betul2 menguji kesabaran dan kekuatan diri dan setelah diambilNya insan yang ku sayangi..Umi yang pergi buat selamanya..Syawal pertama tanpa kehadiran Umi...maka digantiNya dengan kehadiran si comel ini....Muga2 si comel ini mewarisi segala kehebatan dan keistimewaan Tuk Uminya..InsyaAllah...

Alhamdulillah...si kecil menjaga si kecil dalam ruang waktu yang baru sebulan ini amat berbeza dengan pengalaman menjaga si kakak-kakaknya dulu....
Dulu berpantang dengan pengawasan orang tua....sekarang berpantang dengan menjaga diri sendiri..
Jangan ditanya berbeza atau tidak... hehehe.....sebab jawapannya = memang berbeza.Pokoknya, sendiri mau ingatlah...tiada siapa melarang dan menegur.

Alhamdulillah setakat ini masih lagi berpantang cuma sedikit longgar...dah bercampur cara berpantang tradisional dan modennya...
Yalah..berpantang cara tradisional agak rigid berbanding dengan cara moden yang agak fleksibel...but.....buat diri aku, cara tradisonal tu mana yang masih mampu aku buat, aku buat seperti bertungku, berbarut, berurut, makan jamu, etc. Then, mana yang tak termampu tu.. especially yang tak bagi minum air banyak dan dan tak bagi tambah nasi...memang aku langgar.....hehehe. So hasilnya...berpantang kali ini taklah terasa sangat seksanya...dan kalau tengok keadaanku sekarang...macam orang tak berpantang je lagaknya...hehehe (~_^)

So, sekarang ni...dalam kesibukan meladeni dan cuma memahami si kecil yang masih baru ni dan si kakaknya yang juga menuntut perhatian dengan pelbagai karenah dan ragam........ Allah memberiku peluang untuk membuat satu CASE STUDY yang amat menarik...kalau sebelum ini aku hanya sempat mempelajari teori2nya...so kali ini aku sibuk membuat observation untuk mengaitkan teori dengan realiti yang ada di depan mata.

Case study kali ni nampak macam mudah..tetapi ianya tidaklah semudah yang aku sangkakan.
Tugasannya.......
aku hanya perlu study tentang:
Neh, Owh, Eh, Eairh dan Heh.
Tak susah tapi... bukanlah mudah...
Seronok?
Seronok+ menguji + menguja = MENYENANGKAN!!

Ehm...pasti korang tertanya-tanyakan...sibuk ngan case study ni kenapa? Tengah buat sambung belajar master ke? yelah...asyik dengar kengkawan je yang sibuk buat MA dan PHD...aku pun teringin jugak nak tambah sijil....dan kali ni..inilah peluang keemasan yang di anugerahkan oleh Allah...peluang untuk buat master dalam parenting...mudah-mudahan aku berjaya dengan cemerlang dalam master ni....(^_^)

So...dengan case study yang sedang aku buat ni...aku ingin mengambil kesempatan untuk turut menyeru ibu2 dan bakal2 ibu untuk sama2 join dengan case study ini kerana ianya memberikan satu ilmu yang amat berharga...Jom kita sama-sama belajar Dunstan Baby Language.




Thursday, September 9, 2010

Lebaran ini biarlah barakah....


Salam Lebaran..
Salam Aidilfitri....

Sedar tak sedar Ramadhan telah berlalu pergi...melabuhkan tirainya...
serasa betapa cepatnya Ramadhan kali ini berlalu....
kini...Aidilfitri datang mengganti....membentang tirai kemenangan...
Bagi insan bertaqwa....pemergian Ramadhan ditangisi...gusar dan sedih jika tidak diberi kesempatan untuk ketemu lagi....
Namun.. dalam masa yang sama kedatangan Aidilfitri tetap dirai...

Justeru...janganlah dicemari lebaran ini dengan pembaziran dan maksiat setelah sebulan mendidik diri dan nafsu dalam madrasah Ramadhan....tarbiah Ramadhan jangan terhenti hanya setelah genap sebulan..biarlah tarbiah sebulan ini berterusan...dan pastikan Lebaran yang diraikan ini biarlah barakah....


Salam Eid Mubarak...
Minal Aidil wal faizin...