Pages

Sunday, January 10, 2010

Macam-macam adaaaa..(siri 1)


Salam di alam maya...

Ini adalah entri pertama untuk tahun 2010...

Serasanya terlalu banyak idea yang telah diperam..tapi bila duk mengadap komputer ni.. entah kemana pulak hilangnya semua idea-idea tu...=(
aduhhh...sekelip mata idea-idea yang dah cantik disusun di dalam kepala ini sirna pergi entah kemana....... masalah sungguh untuk memulakan satu penulisan.. terfikir.... macamanalah sahabat-sahabat aku boleh menulis satu isu dengan cukup baik dan mengesankan..arghhh.!!!

Rasa-rasanya kena beli satu tape recorder agaknya.... record dulu idea-idea yang nak diutarakan dan bila ada masa baru luahkan dalam bentuk penulisan...chewahhh gaya macam nak jadi penulis best-seller lah pulak..hihihi..

Sebenarnya... banyak benda yang nak dikongsikan bersama tetapi tak tau pulak nak tulis yang mana satu dan macamana..... so..., apa kata kalau aku tulis jelah apa-apa yang terlintas di kepala saat ini... walaupun nanti tak tau nak nak beri topik apa...
biarlah ia bercampurbaur isunya.... biarlah...!!
kadang-kadang sedap jugak kalau ada macam-macam perisa dan perasa ni...^_^

ok....firstly----> nilai sebuah kejayaan

teringat pada satu pertanyaan seorang sahabat...(sahabat ini mengenali kaum kerabatku)
mengenai pekerjaan adik-beradikku....aduhh..untuk apa agaknya soalan ini ya...???

Aku dengan senang hati memberitahu jawapan yang dikehendakinya....(mereka sekadar kerja biasa-biasa sahaja...bahkan adik-adik perempuanku hanyalah surirumah sepenuh masa..) tapi dalam hati tertanya-tanya jugak..kenapa ek dia tanya..ehm mungkin saja je nak tau kot..

Dalam pada itu telinga terus menangkap kata-kata yang dituturkan......respon kepada jawapanku kepadanya... oooo ... ehmm... fahamlah aku pokok bicaranya sekarang ni... rupa-rupanya dia berniat untuk membandingkan pekerjaan adik beradikku dengan sepupu-sepupuku yang lain....

Apapun aku tidak sedikit pun tersa hati dengan nilaian yang diberikannya...tapi aku tertanya-tanya sendiri...inikah nilaian kejayaan yang dilihat pada seseorang itu...melihat kepada pekerjaan dan jawatan yang disandang?

Jika ini nilaiannya.... maka sememangnya adik-beradikku bukanlah orang yang berjaya....apatah lagi untuk diakui sebagai orang yang hebat...
sekadar seorang ustaz Kafa... seorang kerja sendiri.... seorang cikgu biasa.. surirumah... seorang pelajar di Yaman yang tidak ada pengiktirafan sijil di Malaysia... seorang pelajar ipt yang belum tentu lulusnya...maka tiada di antara mereka yang boleh dikira berjaya...
berbanding dengan sepupu-sepupuku yang menjawat jawatan doktor pakar...akauntan..jurutera....arkitek ...penolong pengarah dan pelbagai lagi jawatan yang hebat ( aku sememangnya berbangga dan menumpang suka dengan kejayaan mereka)

Tidak dapat dinafikan bahawa inilah lumrah @ kebiasaan nilaian untuk kejayaan seseorang itu di dalam masyarakat kita....jika hebat jawatan yang disandang...jika mempunyai gaji yang tinggi@besar...maka berjayalah orang itu.... tetapi jika sekadar orang yang kerjanya biasa-biasa maka.......

Tetapi tidak pada nilaian aku....terdapat perbezaan yang amat besar antara nilaian aku dan nilaian masyarakat ini....padaku kejayaan bukan diukur semata-mata kepada jawatan atau gaji yang dimiliki tetapi kejayaan bagiku adalah bagaimana kita memaknakan diri untuk hidup sebagai seorang hamba yang istiqamah dalam menegakkan perjuangan ad-diiin , bagaimana kita mengasimilasikan addiin dalam kehidupan kita serta bagaimana kita mempersiapkan diri kita untuk alam kehidupan yang lebih abadi di sana..

Maka, di atas nilaian ini..aku amat berbangga dengan adikberadikku...bagiku mereka adalah insan-insan berjaya....walaupun tanpa pangkat dan harta..tapi aku tahu betapa mereka berusaha dan sentiasa berusaha untuk menghambakan diri kepada addiin tercinta....sentiasa istiqamah dalam perjuangan sehingga kerapkali terpaksa menelan kepahitan perjuangan ini....bukan untuk membangga diri atau mendabik dada...tetapi sekadar berkongsi sedikit apa yang ku rasa....biarlah sekadar ustaz biasa..tetapi telah banyak mencurahkan ilmu serta mengingatkan manusia kepada tanggungjawab sebagai hambaNya...tidak gentar untuk melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar...biarlah sekadar bekerja sendiri yang tidak tentu pendapatannya..tetapi telah dengan rasa tanggungjawab dan amanah mengorbankan kesenangan yang ada untuk memperjuangkan agama ... biarlah belajar di tempat yang tiada bernilai sijilnya di dunia kerja Malays.ia...tetapi seorang al-hafiz yang sedang mendalami ilmu agama...biarlah hanya sekadar suri rumah tetapi sedang mempersiapkan anak-anak permata hati mereka untuk menjadi mujahid dan mujahidah kepada agama tercinta....

Inilah asuhan ayahanda dan bonda tercinta...ayahanda yang selalu mengingatkan bahawa jangan dikejar hanya kehidupan dunia yang sementara ini kerana natijah akhirnya adalah kerosakan dan malapetaka kepada diri..tetapi kejarlah yang paling utama iaitu untuk membuat bekalan kepada kehidupan 'di sana' kerana telah dijanjikan kehidupan 'di sini' akan datang sendiri kepada kita..tanpa kita perlu berkeluh kesah dan merasa susah....
bagiku.. ayahanda adalah seorang pejuang sejati yang banyak membukakan mata hati kami untuk menilai kejayaan hidup dari demensi yang berbeza... bukan dari nilaian pangkat dan harta semata tapi dari sudut ruh islamnya... (Alfatihah buat Ayahanda yang sentiasa kurindui bicaranya..)

oleh itu... Biarlah apa nilaian orang pada mereka...tetapi padaku mereka adalah insan-insan yang berjaya...dan aku amat berbangga dengan mereka....kerana aku tahu bukan mereka tidak mengingkan kenikmatan dan kesenangan hidup di dunia ini tetapi aku lebih yakin bahawa mereka memahami bahawa Allah selalu menguji orang-orang yang BERIMAN dengan keadaan yang tidak disukai seperti kelaparan, kekurangan diri, bencana, sakit, kegagalan dan banyak lagi ujian-Nya. Segala ujian yang diturunkan adalah untuk MENAIKKAN DARJAT hamba-Nya dan menguji sejauh manakah ketaatan mereka kepada Allah dan seseorang yang lulus adalah orang yang tetap bersabar, tidak mengeluh, dan berprasangka baik kepada Allah.

Buat kekanda-kekanda dan adinda-adindaku tercinta, renunglah:

Sejenak bersama Rasulullah dan sahabatnya. Pernah suatu hari, Saad bin Abi Waqash berkata: “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, siapakah yang paling berat cubaannya? Rasul menjawab: Para nabi, kemudian yang seperti mereka dan yang seperti mereka. Seseorang akan diuji sesuai dengan kadar agamanya; jika agamanya bagus di dalam lubuk hatinya, maka dia akan menjadi orang yang berat ujiannya, dan jika dalam agamanya agak tipis, maka sesuai dengan itu pula ujiannya. Begitulah ujian hidup, ia akan terus bersama seorang hamba, sehingga ketika ujian itu pergi meninggalkannya, maka dia bebas berjalan di muka bumi ini tanpa ada kesalahan lagi.” (Hadis riwayat Tirmizi)

“(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal dan sesungguhnya Kami membalas orang sabar dengan memberikan pahala lebih baik dari apa yang mereka kerjakan.” (An-Nahl[16]:96).


Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah- buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah : 155)


Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (Q.S Al-Baqarah:214)


Walau sekuat manapun taufan yang melanda kehidupanmu, optimislah!


bertemu lagi dalam macam-macam ada siri kedua...