Pages

Tuesday, November 24, 2009

Mengutamakan yang utama?



Alhamdulillah....bermula sudah musim cuti sekolah....
sedikit waktu dan ruang yang perlu digunakan sebaik-baiknya untuk refreshkan kembali diri...
terasa ringan bahu dan juga kepala...walaupun masih ada tugas-tugas yang perlu diselesaikan....
betapa 2 minggu terakhir persekolahan merupakan minggu-minggu yang amat dan teramat sibuk...
serasa tak cukup dua kaki dan dua tangan yang ada..semuanya memerlukan tindakan segera..
serasa jua seolah-olah tak cukup waktu 24 jam yang ada...aduh...sibuknya dengan urusan-urusan dunia....

Namun..aku tidak mahu memandang kesibukan ini dari sudut negatif....kerana semua ini kalau diniatkan Lillahitaala...urusan duaniwi ini akan menjadi ibadah disisiNya apatah lagi ia sememangnya satu tanggungjawab dan amanah yang mesti dilaksanakan....

Ehm..menyebut tentang amanah dan tanggungjawab ni..hati sering tertanya...atas dasar apakah kita meletakkan perkara itu sebagai amanah dan tanggungjawab dan atas dasar apakah kita hendak meletakkan keutamaan ke atas amanah dan tanggungjawab ini..?

Perkara yang manakah perlu didahulukan? dan yang mana pula boleh dilewatkan@ditangguhkan sedikit? Apakah neraca yang kita gunakan untuk meletakkan priority ini?

Pasti..ramai sahabat-sahabat di luar sana sering tersepit dalam keadaan-keadaan yang memerlukan kita membuat pilihan keutamaan ini..membuatkan diri rasa serba tidak kena dan serba salah..sukar bukan..? Banyak perkara yang perlu diteliti dan dihalusi...menjaga hati..memikul amanah dan tanggungjawab..semuanya menuntut sesuatu dari kita.. hamba Allah yang sentiasa kurang daya dan upayanya...

Justeru..dalam menetapkan keutamaan dalam sesuatu tangungjawab yang perlu kita laksanakan, janganlah kita lari dari prinsip-prinsip yang telah digariskan oleh oleh syariat....pastikanlah keutamaan kita itu tidak menafikan senarai keutamaan yang telah digariskan..mana yang patut didahulukan dan yang mana boleh dikemudiankan....hakikatnya..perkara ini tidaklah mudah..namun ianya juga tidaklah sukar.....!

Bagiku...dalam melaksanakan tanggungjawab yang banyak melibatkan karenah yang pelbagai..arahan..birokrasi dan bermacam-macam lagi...perkara paling utama yang sentiasa akan dijadikan panduan@benchmark ialah:
1. tanggungjawab kepada perintah Allah dan Rasul
2. tanggungjawab sebagai isteri
3. tanggungjawab sebagai ibu
4. tanggungjawab sebagai anak

jika kesemua syarat ini tidak disalahi atau dicalari....pasti ku akan melaksanakan segala taklifan yang diberikan dengan penuh berbesar hati dan sebaik mungkin bahkan 200% komitmen akan diberikan..InsyaAllah..selagi dya dan upaya diberikan oleh Allah...

Namun...jika ada dari syarat ini perlu dicalari......minta ampun dan maaf......diri ini akan mengundur diri....bukan mencipta atau membuat alasan...(walaupun ku tahu akan ada mereka-mereka yang beranggapan sedemikian)...kerana bagiku jika perlu melaksanakan sesuatu yang perlu mencalari syarat-syarat ini...senarai keutamaan dalam hidupku yang telah ditetapkan oleh syariat.......adakah mungkin ku mendapat redha Illahi?

Bukan mudah hendak melaksanakan semua ini....kadang-kadang kita akan berhadapan dengan mereka-mereka yang tidak faham dengan apa yang ingin kita 'pegang'....dan yang paling sedih...ketidakfahaman itu seringkali dari mereka yang seagama dengan kita...alangkah sukarnya hendak menjaga hak-hak yang ditetapkan syariat bila golongan yang patut menegakkannyalah yang mengetepikannya....sedih bukan?

Selalunya alasan yang diberikan oleh mereka yang berkuasa untuk memberi timbangrasa adalah "kalau dah beri kat awak nanti semua orang mintak macam tu"..@ ayat yang seumpama dengannya yang membawa maksud SUSAH ( susah untuk memberi timbangrasa@budibicara)

Sebenarnya...susah bukan bermakna tidak boleh....undang-undang@peraturan-peraturan itu adalah yang kita sendiri cipta..yang boleh ada budi bicara melihat kepada kesesuaiannya..tetapi malangnya manusia sering berlagak..besar diri dengan undang-undang yang mereka ada....andai dilanggar maka bermacamlah hukuman@tunjuk sebab yang perlu diberikan...aduh...dimanakah budi bicara manusia...andai kata Allah juga mengamalkan prinsip 'tunjuksebab', agak2nya..berapa banyakkah 'tunjuksebab' yang kita perlu berikan kepada Allah setiap hari?

Wallahu 'alam.

Salam 'EidulAdha....moga saudara-saudara kita yang sedang beribadat di tanah suci akan dikurniakan dengan haji yang mabrur..labbaikallahumma labbaik!!


.

Tuesday, November 10, 2009

Alahai anak....


Mataku kejap menatap patah demi patah yang tertera dalam kitab Pendidikan Anak-anak Menurut Pandangan Islam yang ditulis oleh Abdullah Nasih Ulwan....minda mencerna jua cuba memaham, melumat dan menghadamkan setiap mesej yang disampaikan...sambil menilai diri sendiri...

Allahu Akhbar..terasa betapa diri ini masih kerdil dalam ilmu keibubapaan...banyak khilaf yang telah dilakukan...sama ada disedari mahupun tidak..ampunkanku Ya Allah kerana telah mengkhianati amanahmu..! memang terasa sesalan di jiwa dengan kesilapan yang telah dilakukan....tetapi tidak perlu untuk kita meratapi apa yang telah berlalu...ambillah ia sebagai iktibar dan perbaikilah ia di masa hadapan. Alhamdulillah Allah masih memberiku ruang waktu untuk memperbaikinya!!

Sesungguhnya bukan mudah untuk kita menjadi seorang ibu @ bapa...banyak persediaan yang perlu dilakukan..dan banyak jua ilmu yang perlu ditimba serta dipelajari....
Anak adalah amanah dari Allah....yang dipinjamkan buat kita hanya untuk sementara waktu..yang tidak kita ketahui bilakah masanya akan diambil kembali....

Sudah semestinya adab meminjam..mestilah barang yang dipinjam itu dipulangkan dalam keadaan yang baik atau digantikan dengan nilai yang setara...begitu jualah dengan anak2....
hanya pinjaman Allah kepada kita buat sementara....justeru mesti dijaga dengan baik kerana jika rosak kita pasti tidak akan dapat memberi ganti atau membayar nilainya walaupun kita manusia yang paling kaya di muka bumi ini...

Janganlah kerana orang ada anak..kita pun turut teringin dan terdetik hati dan nurani ingin sama mempunyai anak....tapi persediaannya zero..nehi...kosong...!

Mendidik anak-anak pada zaman sekarang amatlah sukar dan mencabar...
cabarannya tidak seperti zaman nenekmoyang dan ibubapa kita dulu-dulu...
cabaran pada zaman sekarang datang menyerang dalam setiap sudut...bukan hanya di luar..bahkan cabaran di dalam rumah jua tidak kurang hebatnya...

Justeru...ilmu keibubapaan tidak boleh dipandang enteng dan mudah...mahu atau tidak setiap dari kita terutamanya ibubapa yang masih muda ini..menyediakan diri kita dengan ilmu-ilmu ini...Namun..janganhanya memperkayaan diri dgn
parenting tips yang diolah oleh ilmuwan-ilmuwan barat kerana sesungguhnya Islam juga menyediakan Islamic Parenting yang lebih hebat!!

Didiklah anak-anak kita dengan ajaran Islam yang sempurna..biasakan mereka dengan akhlak islam serta tarbiah mereka dengan iman, islam dan ihsan kerana merekalah SAHAM kita yang terbesar di dunia dan akhirat.

Semoga anak-anak kita akan sentiasa menjadi penyejuk mata dan hati kita...aminn!!



kecemerlangan tidak terhenti di dunia...kesinambungannya di akhirat sana...

.