Friday, October 30, 2009

Kun fayakun....


Alhamdulillah dirafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana masih memberikan ruang untukku terus berkongsi sedikit rasa bersama sahabat2 semua..lama sungguh rasanya tidak mencurahkan idea sendiri di laman maya ni....sememangnye bila sesuatu kerja ditangguh2 ia akan menjadi sungguh2 n betul2 tertangguh....itulah kelemahan seorang hamba yang amat terbatas kudratnya...:(

Semenjak dua menjak ni memang terasa kekurangan daya dan upaya....terasa sangat....lesu,pilu dan tidak bersemangat..Entahlah!...bermacam-macam perasaan dan rasa, bercampur baur dan bersilih ganti. Serasa diri ini hanyalah seumpama secebis garam di lautan..yang tiada harga dan kurang bernilai...semuanya kerana perasaan ini...libang libu...!

mesti para sahabat semua tertanya-tanya kenapakan? memangku mencuri ruang dan waktu ini untuk berkongsi apa yang ku rasa...xkiralah apa tanggapan sahabat semua selepas ini..tapi...ku tetap mahu melakukan perkongsian rasa ini...

ku teringat dengan sepotong ayat dari surah Yaasin yang sering dibaca oleh kita semua paling kurang seminggu sekali setiap malam jumaat..yang bermaksud:

"Sesungguhnya urusanNya apabila Dia mengkehendaki sesuatu, Dia hanya berkata kepadanya "jadilah" maka jadilah sesuatu itu"

justeru...apa kaitan surah ini dengan diriku ini? sebagai seorang muslim tidak dapat tidak kita mesti bahkan wajib mempercayai setiap kalamullah yang termaktub dalam Kitab Suci AlQuran....tidak layak langsung kita mempertikaikan atau membantah...betul2 tidak layak...Nah!! kerana ketidaklayakan ini...kewajipan untuk mengakui setiap kebenaran kalam ini membuatkan hatiku benar2 gundah...


Betapa ayat ini memberikan pengertian bahawa kekuasaan Allah itu amat tidak terbatas...
Allah berkuasa menjadikan setiap dan segala sesuatu yang dikehendakiNy. Jika dikehendakinya hitam..maka hitamlah...jika dikehendakiNya putih maka putihlah...tetapi...adakah kita akur akan kekuasaan Allah ini? atau kita ingat tetapi buat-buat terlupa? atau kita betul-betul terlupa?

hakikatnya...manusia sering lupa, terlupa dan dilupakan dengan pelbagai-bagai sebab dan alasan...argh!! itu memang fitrah manusia. tetapi awas!! jgn sampai kerana sifat 'lupa' kita itu kita menjadi hamba yang besar dan lupa diri...

Lihat disekeliling kita...saban hari kita mendengar pelbagai-bagai bencana kian kerap menimpa dunia...taufan, tsunami, gempa bumi, banjir, dan sebagainya.
lupakah kita bahawa segala bentuk bencana alam itu adalah merupakan satu petanda dan bala daripada Allah?

Arrggh!!! jangan risau..Malaysia berada di zon selamat...
Malaysia berada di luar kawasan laluan taufan...
Malaysia ada ada penggera amaran tsunami..
Argh!!! rileks! rileks! jangan panik!!
kita tidak perlu takut dengan bencana bencana itu...
kita selamat...
Sahabat!!! amaran demi amaran yang telah diberi oleh Allah...tetapi
kita masih lalai..
kita masih leka...
kita sibuk mengejar dunia...
sehinggakan...kita kurang membuat persedian untuk bekalan di 'sana'...

jangan kerana sifat 'lupa' kita itu menjadikan kita hamba yang sombong dan bongkak.
kehebatan manusia ada batasannya...

seangkuh-angkuh firauan akhirnya ditelan laut...
sekaya-kaya Qarun akhirnya turut berkubur di dasar laut...
sehebat2 Jepun dan teknologi gempanya...tetapi bandar Kobe tetap dilanda sejarah gempa bumi termahal dalam sejarah moden.......dan terburuk dalam sejarah negara itu...

jadikan sejarah dan kisah2 lalu sebagai sempadan dan tauladan buat kita...
ingatlah...kematian seumpama bayang2 yang sentiasa dekat dengan kita...yang tidak pernah kita tahu waktunya....

ingatlah..bila Allah berkata "kun" "fayakun" tidak pernah tercepat atau terlambat...

semoga kita sentiasa menjadi hamba yang sentiasa diberi kesempatan oleh Allah untuk terus mengecapi rahmatNya...


.

Tuesday, October 20, 2009

Jangan biarkan lidah kelu...

Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu.
Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu...
sekadar memanjagkan perkongsian ilmu yang diterima....


SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA.............


Allahu Akbar!!

ADAB MENDENGAR AZAN

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya yang tidak kita ketahui.Cuba Kita amati....mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir waktu ajalnya tidak dapate berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' .

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:
'Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. '

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam, kita wajib menghormati azan . Jika ketika mendengar lagu Kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.....mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?

Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . jika kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba...takut kita tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' maka marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah' semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. .'


Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ku ini.
Subhanallah. ..

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Keagungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia . Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dila ungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.

Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dila ungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman , Kuwait dan Iraq .

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.Jarak masa Azan mula dila ungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusanbagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.

Allahu Akhbar!


.