Pages

Friday, August 28, 2009

Mengapa mengeluh????


Salam Ramadhan kareem....

Alhmdllah ke hadrat Illahi kerana dgn limpah dan rahmat drNya jualah kita masih diberikan kesempatan untuk mengecapi nikmat ramadhan kareem...gunakanlah ruang dan peluang yang dianugerahkan ini dgn sebaik2nya kerana kita tidak tahu sama ada kita masih berkesemptan mengecapinya di tahun2 mendatang atau tidak...moga2 ramadhan ini bukan ramdhan yang terakhir buat kita kerana kita tidak tahu saatnya ajal datang menjemput...

jadinya...dikesempatan ini..hana' ingin berkongsi satu coretan yang dipetik dari sebuah novel yang baru dihabiskan "CURAHAN CINTA NIAGARA" (tahniah kepada penulisnya Maya Iris kerana menghasilkan novel yang telah mencetuskan rasa kepada pembaca2nya).

Sesungguhnya petikan ini memberikan satu impak yang besar kepada diriku sendiri....
marilah bersama kita renung dan hayati....

MENGAPA MENGELUH????

Kita selalu bertanya dan quran menjawab.......

Kita bertanya :"kenapa aku diuji?"

Quran menjawab: " Apakah manusia itu mengira bhw mrk akan dibiarkan shj mengatakan, "kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg terdahulu, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg berdusta." (alAnkabut:2-3)


kita bertanya: "Kenapa aku x dapat apa yang aku idam2kan?"

Quran menjawab..: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi kamu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi bagimu. Allah mengatahui sedang kamu tidak mengetahui." (alBaqarah:216)


kita bertanya: "kenapa ujian seberat ini?"

Quran menjawab : Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. (AlBaqarah :286)


kita bertanya : "kenapa kita rasa frust?"

Quran menjawab : Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yg paling tinggi darjatnya jika kamu orang2 yang beriman. (Al Imran: 139)

Kita bertanya : "Bagaimana harus aku menghadapinya?"

Quran menjawab: Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi org2 yang khusyuk"
( AlBaqarah: 45)

Kita bertanya : "Kepada siapa aku berharap?"

Quran menjawab : Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. (AtTaubah :129)

kita bertanya: : "Apa yang aku dapat dari semua ujian ini?"

Quran menjawab: Sesungguhnya Allahtelah membeli daripada orang2 mukmin, diri dan harta mereka, dengan memberikan syurga untuk mereka. (AtTaubah:111)

kita berkata : "Aku tak tahan!"

Quran menjawab: ...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir. (Yusuf:12)

kita berkata: "Sampai bila aku akan merana begini?"

Qura menjawab : Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan ( AlInsyirah :5-6)

Ayuh...sahabat-sahabat semua....jarlah diri kita agar sentiasa bersangka baik kepada Allah atas segala ujian yang ditimpakan kepada kita..setiap yang belaku pasti ada hikmah disebaliknya seandainya kita sabar dan redha....


Wallahu 'Alam...

Friday, August 14, 2009

marilah beramal...


Lama sungguh x masukkan n3 dalam blog ni...hari ni hana' nak berkongsi satu email yang hana' rasa cukup mudah difahami n mudah untuk diamalkan...cuma antara rajin ngan tak dan antara yakin atau tidak...
Sekadar menyampaikan. ......


email itu berbunyi :
Pesanan terbaik dari seorang rakan....
Assalamualaikum,
Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui.


Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah
putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak
saya kenali itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.


Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan.
Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik.


Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada
tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul, dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.

Pertama,
Surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul.
Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.

Kedua,
Surah Al-Ikhlas. Surah ini, katanya, surah tauhid.
Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.


Ketiga, surah
Al-Kafirun, Bahagian ini, menarik sikit.
Pak cik tu cakap
surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.
Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia
sedar
'untukmu agamamu, untukku agamaku'.


Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada
3 kekuatan.

Pertama, kekuatan minda

Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.


Kedua, kekuatan hati

Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kala u minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik.


Ketiga, kuat fizikal

Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kala u pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya