Pages

Friday, July 17, 2009

Tanda kasihNya


Hatiku libanglibu…fikiran bercangkaliwang, tak tau ape sebabnya. Dada berdebar-debar…debar yang tak dapat diusir. Puas dibaca segala doa dan ayat-ayat suci yang kufikir mampu mengurangkan debaran yang tak diketahui ini tapi nampaknya masih tidak menunjukkan hasil. Ya Allah…apa pulak ujiannya kali ini…!!


Walaupun dari fizikalnya aku nampak sihat…tapi debaran yang tak kurang-kurang ini sebenarnya memberikan impak yang lebih tidak baik kepada diriku..nampak sihat tapi tak sihat…camne tu?

Memanglah… kalau kita demam, orang boleh terasa bahangnya..kalau kita selesema org boleh dengar sokseksoksek, kita, kalau kita batuk…orang boleh dengar kokolan kita (kokolan? Betul ke tidak ntah bahasa ni….hehehe) tapi…debaran di hati mana ada orang boleh nampak…hanya diri sendiri yang merasa…Cuma kadang-kadang bila dah berpeluh2 dan tangan menggeletar barulah orang lain boleh perasan…aduh!!! Tenanglah!! Sabarlah!!


Ujian Allah hanya diberikan kepada hamba yang dikasihinya…ujian Allah seharusnya menjadi jambatan seorang hamba itu untuk lebih mengingati dan lebih dekat dengannya. Seharusnya begitu….!! Miinta dijauhi daripada sifat seorang hamba yang mempertikaikan Sang Pencipta bila diuji dengan sedikit kesusahan…nauzubillah..


Sama ada mahu diakui atau tidak…kita sering kali melupakan Allah ketika kita senang....hidup bahagia dan aman sejahtera…justeru....seharusnya ujian menjadi pengingat di atas kealpaan dan keterlekaan kita itu…oleh yang demikian..bersyukurlah dan redhalah dengan sedikit ujian kesusahan....kesakitan dan sebagainya yang diberikan oleh Allah kerana itu adalah tanda kasih sayang dariNya jua…


Sekadar peringatan bersama!!


Kecemerlangan tidak terhenti di dunia....kesinambungannya di akhirat sana.

Saturday, July 4, 2009

kerdilnya aku...!!


untuk kesekian kalinya blog ini kujenguk...lama betul blog ni x ku updatekan....aahhh!!..risau jugak andai blog ini terus berkubur.Namun alhamdulillah............ akhirnya ummuhanna diberikan ruang dan kesempatan oleh Allah!

Hakikatnya..susah jugak nak mengatur idea2 untuk dinukilkan di dada blog ini...kdg2 idea ada tapi x tau camne nak luahkan...n kdg2 idea langsung kering kontang...betapa terhadnya kemampuan manusia...kerana segalanya adalah diatas keizinanNya...betapa terasa kerdilnmya diri ini...MasyaAllah!!

kecemerlangan tidak terhenti di dunia...kesinambungannya di akhirat sana...


.