Pages

Friday, April 24, 2009

Tak kisah....!!!



Alhmdulillah...segala kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan rahmatnya jua kita masih bernafas dan mampu mengecapi nikmat yang paling besar tika dan saat ini iaitu nikmat islam dan iman.

Sedar mahupun tidak kita sebagai manusia sering kali lupa dengan nikmat Allah yang paling besar ini lantaran kita terlalu 'sibuk' memenuhi tuntutan hidup dalam mengejar nikmat2 yang sementara cuma..

tapi...jgn tersalah faham kerana islam tidak pernah menghalang kita untuk mencari segala kenikmatan di dunia bahkan Rasulullah SAW pernah bersabda, mafhumnya: "bekerjalah kamu seolah2 kamu akan hidup selama2nya..."
.
nah! ini menunjukkan islam tidak pernah memaksa hambanya meninggalkan dunia..tapi...walau apapun yang kita buat n kita kejar...jgn sesekali kita melupakan alam abadi serta bekalan kita di akhirat nanti..."beribadatlah kamu seolah2 kamu akan mati esok hari"

ingat sahabat2ku....kita tidak pernah tahu bilakah Izrail akan datang menjemput kita...jgn kita terleka dan terlupa bekalan kita di sana...keindahan dan kenikmatan dunia hanya sepicing dr syurga yang menanti..

adus...!!bukan apa...kita kadangkala seolah2 macam percaya tak percaya je ngan janji syurga n neraka ...buat endah x endah n buat2 dek je dgn amalan2 kita..."solat? eh mestilah solat!ada pulak kata kita x solat!" tapi pernahkah kita menilai kualiti solat kita? khusyukkah kita? jarang2 sekali kan...(peringatan utk diri sendiri..hehehe)

Iyelah..dosa pahala n syurga neraka ni bende x nampak depan mata susahlah sikit kita nak melipatgandakan usaha. sebab kita tau 'pngk' atau 'gred' kita? cuba kalau pngk atau gred kita tu tercop kat muka...mesti berlumba2 kita nak cuba try test dptkan 4 flat atau A1! tapi...apakan daya...semua itu x nampak di depan mata...kerana itulah kita selalu buat x kisah...

hem...marilah kita berhijrah kalau kita termasuk dalam kategori umat2 yang x kisah tu (nauzubillah)...moga jannah sama2 milik kita..Aminnn!!



Kecemerlangan tidak terhenti di dunia...kesinambungannya di akhirat sana...

Sunday, April 19, 2009

Pasangan penuh misteri?


Telingaku begitu khusyuk mendengar setiap butir bicara yang dituturkan...sesekali gelak tawaku dan suami berselang mendengar lucuannya...ehm..pasangan kita penuh misteri?
tidak dapat tidak ku akui kenyataan itu dalam diam...

Ukuran 'kelamaan' kita mengenali sesorang tidak bermakna kita mengenalinya 100%. Dari segi fizikalnya mungkin 90% kita kenal tetapi bukan sikapnya, atmanya,jiwanya mahupun emosinya kerana kesemua elemen ini boleh berubah2....tidak pernah konsisten...yang akhirnya mencetus kepada perkataan MISTERI!!!

Bahkan Rasulullah SAW berkata mengatakan (mafhumnya)...Seseorang itu dikatakan tidak mengenali seorang saudaranya selagi tidak pernah bermalam atau bermusafir dengannya..

Nah...!! Jangan pula sabda Rasulullah itu di salahfahamkan...iyalah...ramai muda-mudi sekarang ni mengambil kesempatan menjalinkan ikatan "bermalam" dan "bermusafir" tanpa tiket yang sah semata2 untuk mengesahkan bahawa kita mengenali seseorang itu...Jangan ya...itu adalah fahaman yang salah mengenali sabda Nabi dan satu perbuatan yang HARAMdan BERDOSA.

Tutur Bicara pakar motivasi terkenal itu terus mencecah lubang telinga walaupun konsentrasiku kadangkala terganggu dengan keletah anak2...
"seorg lelaki x mampu mengenali seorang perempuan jika ia menggunakan logik akalnya sebagai seorg lelaki dan seorang perempuan tidak mampu utk mengenali seorang lelaki apabila ia menggunakan logik akalnya sebagai perempuan"

betullah tu...kerana orang lelaki pasti akan menilai dari sudutnya dan seorang perempuan itu menghakimi pula dari sudut pandangannya...sedangkan untuk mengenali sesorang kita mesti menilai dari sudut pandangan kita dan nilaian orang itu sendiri...to put yourself in one shoes..

Kadangkala apa yang kita fikirkan berbeza dengan orang lain fikirkan...timbangan kita berbeza dari sudut timbangan orang lain...apa yang cantik pada kita tidak semestinya cantik pada pandangan orang lain...namun gunakanlah nilaian dan ukuran yang dianjurkan oleh syarak...

Ingat!!! Berkahwin lama juga x bermakna kita dah betul2 mengenali pasangan...


Kita mungkin kenal dan tahu fizikalnya...sikapnya dan sifatnya..kerana itu adalah perkara 'luaran' yang kita boleh nampak...(dari cara pandangnya saja kita dah tau apa maksudnya...dari senyumnye pun kita dah tahu mesejnya..dan dr diamnya pun kita dah tau apa responnya...)

but...adakah kita tahu..apakah yang sebenar2nya tersirat di dalam hati pasangan kita itu? mungkin bibirnya menguntum senyum...mulutnya mengatakan ya...tapi dihatinya mungkin tidak seperti apa yang terzahir..sesungguhnya hanya Allah yang Maha mengetahui apa yang ada di dalam hati...

justeru....mohonlah selalu kepada Allah agar kita diberikan hati yang bersih...supaya kita dapat menggunakan mata batin (basiroh) dan gerak hati yang betul dalam mengenali seseorang terutama pasangan kita kerana kita sebenarnya perlu menganggap pasangan kita itu sebagai orang baru setiap hari yang perlu sentiasa dikenali yang akan merungkaikan perkataan M..I...S...T...E...R..I!

sesungguhnya manusia itu sentiasa berubah...lelaki,perempuan,tua mahupun muda akan berubah......justeru kita kena mengenali setiap orang apatah lagi pasanagan kita secara dinamik.

mohonlah kepada Allah agar kita diberikan inspirasi dan anugerahNya itu untuk lebih mengenali pasangan kita...

Kecemerlangan tidak terhenti di dunia...kesinambungannya di akhirat sana...

Friday, April 17, 2009

mengisi ruang waktu!


Demi masa!
Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian....!

Aduh....ruginya kita...jika tidak dapat memanfaatkan masa dengan sebaiknya...
justeru...timbul idea ummuhanna untuk mempunyai blog sendiri sekadar untuk mengisi ruang waktu dan berkongsi sedikit rasa dan jiwa bersama sahabat-sahabat semua...moga sama2 dapat dimanfaatkan....dan sesungguhnya diri ini hanyalah hamba yang "bergerak" dengan izinNya.

Kecemerlangan tidak terhenti di dunia...kesinambungannya di akhirat sana

Senyumlah!

Sabda Rasulullah SAW, mafhumnya:

“Janganlah kamu memandang rendah terhadap sesuatu kebaikan, walaupun dengan cara bermanis muka ketika bertemu saudaramu (kerana itu juga satu kebaikan)”.

(Hadis riwayat Muslim).




Kita hanya hamba!!!


"bumi mana yang tak ditimpa hujan,
lautan mana yang x bergelora"

Begitulah fitrah alam...dan begitulah juga ragam kehidupan...
ada masa senang, ada masa susah...dalam suka pasti ada duka...
bagaimana berputarnya paksi bumi...begitu jugalah berputarnya kehidupan kita...
namun bagaimana kita mendepani hidup kita?
kita x mungkin berpaling ke belakang lagi...
hari semalam, kelmarin dan hari2 yang telah berlalu tiada siaran ulangan... "let bygone be bygone".
namun untuk hari ini dan esok kita masih mampu merancangnya....
hari semalam adalah kenangan yang tidak mampu diubah, hari ini adalah realiti dan hari esok adalah impian...
x salah jika kita merancang kehidupan tetapi jgn sesekali kita merasakan bahawa kita yang menentukan kehidupan kita itu....kerana perancangan yang sebenar adalah daripada Allah. sentiasalah letakkan tawakal didepan sebelum usaha kerana penyerahan kepada Allah adalah yang paling utama...tanpa izinnya siapalah kita...!!
Allahu a'lam.

kecemerlangan tidak terhenti di dunia...kesinambungannya di akhirat sana.


Thursday, April 16, 2009

anti klimaks.. ..?


hem....
teringat kembali bicara bersama seorang kawan...
sambil bersantai-santai (jika boleh dikatakan bersantai) menghilangkan lenguh setelah separuh hari di bilik darjah....ummuhanna diajukan dengan pertanyaan spontan seorang kawan..."salahkah kalau kita cari duit byk2? islam x bagi ke?" ha....agak terkejutku dengan soalan spontannya itu...bukan kerana soalan itu mencabar tapi dek kerana kespontanan yang tercetus itu...
"salah? x salahlah....kenapa pulak salah? n kenapa pulak islam x bagi? lagilah bagus kalau kita boleh cr duit byk2 n lagi bagus kalau duit tu kita dapat infaq untuk islam...yang x boleh kalau cari duit byk2 dgn cara yang salah..."jawapan spontan juga ummuhanna berikan kepadanya sebelum berlalu masuk ke kelas...
terfikir kembali...betulkah jawapan yang telah ummuhanna berikan kepadanya....

bila direnung2kan kembali...sungguh pasti...Islam tidak pernah melarang ummatnya daripada mencari harta kekayaan di dunia ini bahkan para shabat Rasulullah SAW sendiri ramai daripada mereka adalah terdiri daripada golongan hartawan. Bahkan isteri Baginda sendiri Saidatina Khadijah juga adalah seorang hartawan.
cuma .....bila mencari harta@$$$$ janganlah sampai kita lupa diri....dimata kita hanyalah $$$$ sehingga kita tidak mengenal hala-haram dan dosa-pahala.
ummuhanna sendiri ingin menjadi org yang byk $$$$...nak hidup senang...tgk org ada itu-ini...hati pun teringin nak memilikinya sam...tgk org ada rumah besar...diri mulalah berangan2 segala...(nafsuuuu) tapi bila difikir2 dan ditimbang2 kembali (jgn sesekali guna timbang yang rosak ye!!) buat ape dikejar harta dunia dan $$$$ segala...bila mati semua ditinggalkan...tiada maknanya....cari harta dan $$$ biarlah berpada...jgn sampai kita mengadaikan akhirat untuk kesenangan dunia yang sementara.
anti klimakskah ummuhanna ni? ehmmmm......

terpulang pada diri yang menilainya....


kecemerlangan tidak terhenti di dunia....kesinambungannya di akhirat sana...

Kenangan semusim...


menelusuri laman di alam maya ini...mata tertangkap satu nasyid yang cukup indah yang mengembalikan kenangan semusim....

"Wahai puteri, lihat nun di sana. Islam mu kini ketandusan pembela.
Bersama sendu mengalir lesu, tertunggu-tunggu mujaddid baru.
kembangnya kini diulit sepi, tiada lagi rijaluddin sejati.
Wahai puteri khidmat mu dinanti.
Ummah derita, engkau pengubatnya. Kelembutanmu penawar sengsara.
Engkau penyeri Islam dan tamannya,
Tanganmu bakal menggoncang dunia. "
Namun ingat puteri,ilmu perlu dicari.
Buat bekalan dalam perjuanganmu nanti.
Pembimbing diri dari thoghut dibenci, tuntutlah seikhlas hati.
Wahai puteri,kau Muslimah sejati. Teguhkan iman,taqwamu di hati.
Taqarrub billah takhta peribadi, amalmu menjadi bukti.
Sabarmu dikagumi,pasrah pada ilahi. Redha menghadapi mehnah Rabbul Izzati.
Usah ditangisi takdir yang sudah pasti, pengorbananmu kan disanjungi.
Puteri solehah,mujahidah, ansarullah. Berbekal iman, sabar, taqwa dan redha.
Berilmu, beramal, berkhidmat, berjuang. Berkorban agar Islamkan gemilang.
Bersama puteri, Islam takkan sepi. Subur disirami,harum mewangi.
Wahai puteri, kau Muslimah sejati.

indah sungguh bait-bait kata....
namun bait kata yang indah ini tiada maknanya jika tidak dihayati dan diteladani...

kecemerlangan tidak terhenti di dunia..kesinambungannya di akhirat sana....

di manakah dan ke manakah kita?


Pernahkah kita bertanya kepada diri kita.....di manakah diri kita berada sekarang ini?
muliakah tempat kita sekarang ini?
Ya....!!! mungkin kita mendapat kemuliaan di dunia...tapi bagaimana pula di akhirat sana?
di manakah kita di sisi Yang Maha Kuasa?
Kadangkala....kita sibuk mengejar segala di dunia...pangkat..wang..dan harta...hinggakan kita lupa tempat kita yang abadi di sana.
bukan apa.......perasan atau tidak...kita sentiasa sibuk ngan urusan2 dunia kita....kerja...belajar...kemas rumah dan blablabla...tapi bila masuk part untuk beribadat....solat 10 minit @ mengaji 20 minit pun kita rasa dah terlalu lama...betulkan? tengok drama 1 jam atau movie 2-3 jam kita boleh...tapi nak duduk kat sejadah tu kalau 1 jam rasanya panas punggung...hehehe...x mengata kat org lain....menunding jari pada diri sendiri dulu. (tau x pe!!!)
mungkin kadangkala kita ingat dan adakalanya kita TERLUPAAA.... atau buat2 lupa..ahaks...
so...Sama2lah kita koreksi diri kita.

kecemerlangan tidak terhenti di dunia....kesinambungannya di akhirat sana....

Wednesday, April 15, 2009

Resepi Ubat Penyembuh Dosa

Seorang lelaki Badawi datang kepada seorang doktor dan bertanya “Adakah tuan mempunyai resepi ubat untuk menyembuh penyakit dosa?” Doktor itu menundukkan kepalanya sejenak sambil berfikir, lalu dia menjawab “Dengarkan resepi ini. Jika kamu mengerjakannya kamu akan mendapat penyembuhan dari Allah SWT.”

“Ambillah akar-akar kemelaratan dan jiwa kesabaran lalu campurkan dengan bahan fikiran dan dicampur dengan rempah hati dan kekhusyukan, kemudian ditumbuk semuanya dengan lesung taubat dan dibasahi dengan air mata, lalu ditempatkan dalam tempat rendah diri kepada Allah dan dimasak dengan api tawakkal kepadanya.”

“Setelah itu digaul dengan senduk istighfar sehingga nampak akan taufik dan kehormatan diri. Kemudian pindahkan kemangkuk cinta dan disejukkan dengan udara kasih sayang. Sesudah itu disaring dengan saringan kesusahan dan ditambah dengan hakikat iman serta campurkan dengan takut kepada Allah SWT.”

“Teruskan meminum ubat ini selama hidupmu dan hatimu akan dan sembuh dari segala keluhan dan kekusutan, dan akan hilang rasa sakit dosa.”

hambakah kita?


pernahkah kita bertanya kepada diri kita...sejauhmanakah kita bergantung kepada Allah Taala...? x kira samada semasa kita senang mahupun susah...adakah kita sentiasa ingatkan Allah? pasti...jawpan kita adalah...masa susah sudah tentu....masa senang belum tahu....!!!
itulah masalahnya kita....seringkali kita lupa...lalai...leka...dan alpa bahawa kita sebagai hamba Yang Maha Esa perlu sentiasa mengingati Allah baik ketika susah apatah lagi ketika senang kerana semua kesusahan dan kesenangan itu adalah milikNya. tapi...terbalik ya...ketika senang kita sering lupa diri tetapi ketika susah...Allah yang dicari...tapi ramai juga ek yang x pernah ingat Allah baik ketika susah apatah lagi senang....ahaks...x tau nak cakap apalah...
cuba2lah kita koreksi diri kita..!!! sekadar ingatan bersama. Wallahu a'lam.

kecemerlangan tidak terhenti di dunia....kesinambungannya di akhirat sana....

Monday, April 13, 2009

Boikot! Kuasa Di atas Tangan Kita

Sesiapa yang sedang MEMBOIKOT ('berpuasa' daripada membeli) produk Amerika dan Israel, orang itu sudah dikira sebagai seorang yang prihatin tentang umat islam seluruh dunia terutama di Palestin.

*Para peniaga kedai runcit dan kedai makan punya kuasa, gunakan kuasa yang dianugerahkan Allah kepada anda. Jangan ambil stok baru produk-produk AS dan Israel.






Jika anda punya hati dan perasaan dan bencikan kekejaman, ayuh... boikot produk berikut

demi keamanan!!!!


ujian Allah...adakah mendidik kita @ sebaliknya?


Alhmdllah...dipanjatkan Allah kerana masih memberikan ku ruang untuk terus menjadi umi kepada sofiyyah....kalau ditanyakan pada hati....serasanya aku tidak mampu lagi untuk melalui ujian sebegini....berat sungguh rasanya...tetapi apakan daya kita sebagai hamba untuk mengelak dari ketentuan yang Maha kuasa...
ujian sepatutnya menjadikan kita lebih hampir kepada Allah...seharusnya dan sewajibnya begitu....janganlah kita menempelak atau mempertikaikan Allah jika kita ditimpakan dengan ujian yang kita x mahu hadapi...nauzubillah...tapi sungguh...!!!aku tidak mampu....namun Allah tetap mengujiku...Alhmdllah..ada hikmah disebaliknya...

kecemerlangan tidak terhenti di dunia....kesinambungannya di akhirat sana....

Saturday, April 11, 2009

Upin Dan Ipin memang best

TN UpinIpin DuitRaya Malaysia Top Cartoon : Upin Dan Ipin memang best

Aku sempat melihat-lihat website tu sebentar tadi.mail01 Malaysia Top Cartoon : Upin Dan Ipin memang best.Memang tak dapat aku nafikan cerita tu memang ipin02 Malaysia Top Cartoon : Upin Dan Ipin memang bestmenarik .Aku juga dapat tahu yang kartun upin dan ipin mendapat ipin01 Malaysia Top Cartoon : Upin Dan Ipin memang bestanugerah kartun terbaik malaysia. Wah, tabik la ku kat mereka. Bagi sesiapa nak tengok cerita tu , ehsan01 Malaysia Top Cartoon : Upin Dan Ipin memang bestboleh lawat kat SINI. kakros02 Malaysia Top Cartoon : Upin Dan Ipin memang bestAku sempat save ehsan02 Malaysia Top Cartoon : Upin Dan Ipin memang bestbeberapa upin01 Malaysia Top Cartoon : Upin Dan Ipin memang bestgambar tadi. Korang punkakros01 Malaysia Top Cartoon : Upin Dan Ipin memang best boleh download sendiri kalau nak.

fizi01 Malaysia Top Cartoon : Upin Dan Ipin memang best

Abang aku selalu buat

http://images.smh.com.au/2009/02/21/391663/carsmash210209-420x0.jpg

Pada suatu hari, adalah dua orang rakan karib menaiki keta. Keta itu dipandu dgn lajunya...
Ssetibanya di satu Traffic Light, kelihatan lampu traffic light berwarna Merah.
Si pemandu nie tadi dengan selambanya memecut tanpa menghiraukan lampu merah tadi.
Kawan kat sebelah dia cemas gila lalu bertanya."Hei mat kau tak nampak ke lampu Merah tadi?!!"
Mamat menjawab "Jangan takut abang aku selalu buat".

Selang beberapa kilometer keta ini tiba di satu traffic light, lagi lampu traffic light itu Merah.
Tanpa segan silu mamat memecut laju. Kali nie member Mamat tadi lagi bertambah cemas gila-gila-gila babi lalu memarahi si Mamat tadi. "Lagi sekali kau buat macam tu aku nak turun tak kira!!!!" mamat dgn selambanya menjawab "Jgn. takut abang aku selalu buat"
Selang beberapa kilometer, keta nie sekali lagi tiba di satu traffic light. Secara mengejut mamat memberhentikan ketanya dgn diikuti kokokkan tayar "SKREET......".
Member mamat nie terus berkata, "Hei! mamat, kau dah gila ke? kan lampu traffic light tu Hijau" nak tau apa yang si mamat nie jawab............ "aku takut abang aku akan lalu jalan yang satu lagi..."

Anak perempuan lebih terbuka



PAKAR pengkaji kini memperoleh satu keputusan yang mengejutkan berkenaan penyebaran rasa gembira oleh adik-beradik perempuan berbanding lelaki. Daripada 571 orang yang ditemubual dalam kumpulan umur 17 hingga 25 tahun mendedahkan, mereka yang membesar sebagai adik-beradik perempuan adalah lebih gembira.

Kajian ini menyatakan, keluarga yang mempunyai anak perempuan akan bersikap lebih terbuka untuk menyentuh hal-hal mengenai perasaan. Universiti Ulster di Ireland juga mendedahkan pengaruh anak perempuan penting terutamanya dalam keadaan kekecewaan seperti perpisahan ibu bapa.

Dalam kajian ini, peserta dikehendaki menjawab soalan psikologi yang meliputi pelbagai isu dan masalah kesihatan mental. Ketua penyelidik Profesor Tony Cassidy berkata: "Adik-beradik perempuan menggalakkan komunikasi terbuka dalam keluarga, sebaliknya adik-beradik lelaki yang mempunyai efek alternatif."

PEMIMPIN YANG TULEN


http://saladinconvoy.files.wordpress.com/2008/01/20060601_saladin.jpg
Ramai orang dewasa ini berebut-rebut hendak menjadi pemimpin atau ketua. Bagi mereka yang menyedari tentang besarnya risiko memegang jawatan sebagai ketua sudah tentu keberatan menerima jawatan tersebut. Saidina Abu Bakar sendiri semasa hendak meninggal dunia, mengeluh dan kesal kerana dilantik sebagai ketua (khalifah).

Begitu juga dengan Saidina Umar yang dilantik sebagai khalifah selepas kematian Saidina Abu Bakar. Saidina Umar sangat mengambil berat tentang kebajikan rakyatnya. Pada suatu malam sedang dia meronda di sekeliling kota dan kampung untuk melihat hal rakyatnya, dia terdengar tangisan kanak-kanak. Saidina Umar menghampiri pondok buruk tempat tinggalnya kanak-kanak itu.

Dia mendengar ibunya menjerang sesuatu. Kanak-kanak tadi senyap seketika apabila melihat ibunya sedang memasak. Namun masakannya tidak siap-siap sehinggalah anaknya tertidur dalam kelaparan. Melihat keadaan yang menyayat hati itu, Saidinia Umar memberi salam dan meminta izin untuk masuk. Wanita itu tidak sedar bahawa tetamu itu ialah Saidina Umar. Saidina Umar bertanya tentang hal kehidupan wanita itu. Wanita itu mengadu yang dia dan anaknya sudah berhari-hari tidak makan. Apabila anaknya menangis hendakkan makanan, dia pura-pura memasak dengan memasukkan beberapa ketul batu ke dalam periuk. Melihat keadaan itu, anaknya diam sebentar kerana menyangka ibunya memasak sesuatu.

Wanita itu mengadu dan mengutuk Khalifah Saidina Umar kerana tidak bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Mendengar kutukan wanita itu, Saidina Umar terdiam sejenak. Sebentar kemudian, dia memohon diri meninggalkan keluarga wanita itu. Dalam kegelapan malam, Saidina Umar terus menuju ke Baitul Mal lalu mengambil sendiri beberapa pundi gandum untuk dihantar ke rumah wanita itu.

Sebaik sampai di rumah wanita itu, Saidina Umar memberi salam dan masuk ke rumahnya buat kali kedua. Dia mengambil gandum dari pundi lalu terus memasakkan untuk wanita dan anaknya. Wanita itu masih tidak sedar bahawa orang yang datang membawa gandum dan memasak itu ialah khalifah sendiri. Setelah siap, Saidina Umar sendiri menghidangkan makanan untuk wanita dan anaknya.

Melihat mereka gembira mengadap makanan, Saidina Umar berasa amat senang hati dan beredar dari situ. "Kalaulah Saidina Umar buat begini, alangkah baiknya....", kata wanita itu tanpa menyedari orang yang berada di hadapannya ialah Saidina Umar sendiri.

MORAL & IKTIBAR
  • Tanggungjawab sebagai pemimpin amat berat. Mengikut Nabi Muhammad saw. Setiap kita adalah gembala dan akan ditanya tentang haiwan gembalaannya. Ini bermaksud kita akan dipersoalkan tentang orang di bawah jagaan kita.
  • Pemimpin yang benar-benar bertanggungjawab terhadap rakyat sentiasa memastikan kebajikan mereka dijaga dengan baik.
  • Pemimpin tulen ialah mereka yang sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat terutama yang msikin lebih daripada kepentingan sendiri.
  • Amalan yang ikhlas tanpa mengharapkan pujian makhluk adalah satu amalan yang terpuji.
  • Setiap pemimpin (raja, menteri, atau wakil rakyat) sepatutnya sanggup turun padang setiap ketika untuk melihat sendiri kehidupan rakyat dan hulurkan bantuan kepada mereka yang miskin dan memerlukan dengan ikhlas kerana Allah, bukan mengharapkan pujian dan sanjungan.
  • Kegagalan seseorang pemimpin mentadbir negara dengan adil dan saksama akan menyebabkan dirinya jauh dari syurga dan hampir dengan neraka.
  • Walau setinggi manapun pangkat dan darjat kita tidak akan dinilai Allah. Apa yang diambil kira ialah amalan yang diikhlaskan untuk Allah.
  • Untuk keselamatan dunia dan akhirat hendaklah kita mencontohi pekerti Nabi Muhammad dan sahabat-sahabat Baginda.
  • Pemimpin yang baik ialah mereka yang sanggup mendengar kritikan rakyat jelata serta mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

JALAN KE SYURGA PENUH DURI


"

Perjalanan ke syurga dilingkungi dengan duri dan onak. Manakala jalan ke neraka dikelilingi dengan keinginan syahwat. Demikian ditegaskan oleh Nabi Muhammad saw. mengenai dua jalan yang ditempuhi oleh manusia.

Syurga ialah tempat kenikmatan dan kebahagiaan di akhirat yang dikurniakan

kepada hamba-hamba Allah yang beramal soleh. Neraka pula tempat azab keseksaan disediakan untuk mereka yang beramal tholeh (kejahatan).

Untuk melayakkan diri ke syurga, seseorang itu mestilah menempuh banyak ujian seperti melaksanakan suruhan Allah dan rasul serta menjauhi laranganNya. Kesemua ini memerlukan semangat dan kekuatan yang bermula dari keimanan kepada Allah. Sudah tentu untuk mengerjakan solat, puasa, haji dan amal kebajikan lain amat payah kecuali bagi mereka yang beriman. Sebab itulah Nabi mengatakan jalan ke syurga penuh dengan kesusahan.

Bukan mudah untuk masuk ke syurga. Kita kena bermujahadah atau berjuang melawan nafsu untuk melakukan kebaikan. Syaitan dan nafsu memang menyuruh kita berbuat kejahatan dan tidak menggalakkan kita melakukan kebajikan. Jika kita turutkan kehendak syaitan sudah tentu kita tidak mampu melakukan sebarang kebajikan.

Sebaliknya jalan ke neraka amat mudah kerana dikelilingi dengan kehendak syahwat. Semua manusia memang cenderung mengikut kehendak nafsu dan syahwat. Syaitan pula sentiasa mendorong manusia mengikut hawa nafsu. Amat mudah melakukan kejahatan.

Nah, di depan kita terbentang dua jalan. Terpulang kepada kita jalan mana untuk diikuti. Tepuk dada dan tanyakan iman - bukan tanya selera yang memang suka kepada nafsu.

Betapa tak susah masuk syurga? Dalam satu keterangan dinyatakan: orang jahil semuanya binasa kecuali yang berilmu. Orang berilmu semuanya binasa kecuali yang beramal. Orang beramal semuanya binasa kecuali yang ikhlas. Untuk mencapai darjah keikhlasan perlu banyak berjuang. Ibarat mendaki bukit yang tinggi, hanya orang yang lasak saja berjaya sampai ke mercu.

Kebahagiaan di dunia belum menjadi pasport untuk ke syurga. Malahan adalah menjadi kesalahan jika kekayaan yang didapati tidak diperolehi dan dibelanjakan secara Islamik.

Semua manusia inginkan hidup senang. Kesenangan di dunia hanya sementara manakala kesenangan akhirat kekal abadi. Orang yang bijak sudah tentu memilih kesenangan yang hakiki bukan yang bersifat sementara. Hanya orang yang cetek akal saja memilih kesenangan dunia dan mengenepikan kesenangan akhirat.

Syaitan selalu membisikkan kepada kita tentang amal kita yang banyak walaupun baru sikit benar. Kita gembira apabila dipuji manusia. Timbul rasa ujub dan riak yang memusnahkan pahala. Kita tak perasan kita sebenarnya berdosa sebaliknya menyangka kita masih beramal soleh. Kita mesti mengawas dari serangan penyakit batin seperti ria, ujub, bongkak, sombong, dengki yang kesemuanya merosakkan amalan. Di sini peranan ilmu tasauf yang perlu kita pelajari dan dalami.

Perlu kita ketahui sebelum kita melakukan sebarang ketaatan, Allah sudah terlebih dulu mendahului dan mengingati kita. Kalau Allah tak gerakkan kita untuk beramal, kita tak akan beramal. Ini maknanya Allah mendahului kita. Jangan sangka kita yang beramal, sebenarnya Allah menggerakkan kita beramal. Jadi soal pahala tak timbul. Sepatutnya kita bersyukur kerana Allah gerakkan kita beramal.

Bagaimana kita mahu mendabik dada tentang amalan kita? Saidina Ali yang sudah dijamin masuk syurga pun mengeluh kerana bimbang kurang amalan sedangkan perjalanan ke syurga amat jauh. Saidina Ali memang terkenal dengan zuhud dan banyaknya melakukan amal ibadat. Bagaimana dengan diri kita? Saidina Ali Menggigil mengenangkan bekalan yang sikit untuk perjalanan ke akhirat yang jauh.

Kesimpulannya kita terpaksa mengharung kesusahan mencari ilmu akhirat serta mengamalkannya. Kesusahan dalam hal akhirat adalah rahmat. Dengan kesusahan ini Allah mengampun dan meninggikan darjat kita. Dunia bukan tempat bersenang-lenang. Kesenangan hanya di akhirat. Seseorang tidak diberi pahala jika tidak bersusah-payah menempuh dugaan dan cabaran.

Ingat sekali lagi pesanan Nabi saw "Jalan ke Syurga dikelilingi dengan kepayahan. Jalan ke Neraka pula dikelilingi dengan nafsu dan syahwat." Oleh itu, utamakanlah kepayahan kerana itu jalan ke syurga. Jauhilah kesenangan berbentuk nafsu syahwat kerana itu jalan ke neraka. Wallahu 'Alam. .

Friday, April 10, 2009

sejenak....

kemanakah tujuan kita....
kemanakah hala kita....
jika dunia yang dicari...
gagahkah kita untuk menongkat langit .....menyonsang arus...?

kecemerlangan tidak terhenti di dunia....kesinambungannya di akhirat sana....

Thursday, April 9, 2009

bingkisan...

sedarkah kita.....


kecemerlangan tidak terhenti di dunia....kesinambungannya di akhirat sana....

sekapur sirih


Alhamdullah...akhirnya hasrat untuk memliki blog sendiri dimakbulkan Allah SWT...
tiadalah niat dihati kecuali untuk berkongsi sedikit rasa....
beriring mendidik jiwa....
memperindahkan taqwa....
agar jannah menjadi milik kita....

kecemerlangan tidak terhenti di dunia....kesinambungannya di akhirat sana....